Siapa yang suka tonton rancangan Asia Got Talent mesti kenal akan Sacred Riana ni. Beliau yang ‘viral’ pada tahun 2017 dan 2018 ini menjadi juara kerana bukan saja pandai silap mata tetapi uniknya menggunakan elemen horror dalam setiap persembahannya. Elemen “jumpscare” yang dijalankan secara langsung di hadapan audiens menyebabkan beliau diingati sebagai illusionist horror yang legend! Jom kita recap balik beberapa persembahan ilusi Sacred Riana yang cukup menggemparkan dunia realiti TV suatu masa dahulu. 

1. Muncul dalam Gambar Foto Bersama Penyanyi Anggun

Persembahan pertamanya dimulakan dengan ilusi lazim seperti menggerakkan kunci dan menggerakkan daun terup. Tetapi di hujungnya beliau menuding jari kepada Anggun dengan berkata “She helped me” menuduhnya yang menggerakkan kunci dan daun terup itu. Beliau menunjukkan sebuah foto sebagai bukti. Anggun terkejut kerana ini kali pertama mereka bertemu!

  1. Anak Patungnya Bertukar Jadi ‘Manusia’

 Persembahan dimulakan dengan cukup seram di mana Riana cuba mengajak ‘sesuatu’ di dalam rumah anak patungnya untuk bermain bersamanya. Setiap kali membuka pintu rumah anak patung itu ada perkara yang berubah di dalanya. Tiba-tiba Riana mengatakan “she wants to play with you Anggun,” dan anak patung di dalam rumah itu bertukar menjadi manusia berambut panjang! Keadaan itu membuatkan Anggun lari dan menyorok di tepi meja hingga persembahan tamat.

  1. “Syaitan” diseru dari kotak kosong dan Riana menjelma dari belakang pentas

 Untuk ilusi beliau kali ini Riana menggunakan sebuah kotak kosong, yang dijampi sehingga keluar “syaitan” dari dunia lain. Ketika “syaitan” itu mula membuat kacau di atas pentas, Riana lari ke dalam kotak itu dan menghilang, membuatkan ramai orang tertanya-tanya. Tiba-tiba Riana muncul di belakang meja juri dan menepuk bahu Anggun! Adakah kotak itu merupakan portal ke alam lain?

  1. Meja yang berat bergerak sendiri dan membaca minda Jay Park

 Dalam persembahan kali ini beliau membuat langkah berani dengan mengajak artis Jay Park dan penonton naik pentas untuk bermain dengan oujia board yang kononnya boleh memanggil hantu. Semasa orang tertunggu-tunggu papan itu bergerak, tiba-tiba meja itu terapung sendiri menyebabkan semua penonton terpaksa berjalan bersama meja. Lebih mengejutkan lagi papan oujia itu tertulis ‘unhappiness’, iaitu perkataan yang Jay Park sedang fikirkan dalam mindanya!

  1. Memunculkan hantu bunuh diri dalam foto bersama Mel B

 Di America’s Got Talent, Riana menggunakan ilusi gambar foto lagi. Kali ini dia meminta juri memilih sendiri gambar foto yang diingini dari sekumpulan foto. Apabila Mel B memilih gambar ‘Bob’, beliau menunjukkan keratan akhbar bahawa Bob telah mati bunuh diri. Tak cukup dengan itu Riana menunjukkan sebuah gambar polaroid yang menunjukkan bahawa ‘hantu’ Bob telahpun berada di sebelah Mel B!

  1. Riana ‘memanjat’ dinding

Riana datang dari sebuah unggun api lalu memberi amaran “She is coming for one of you” dengan menunjukkan foto juri. Foto itu kemudiannya terkoyak sendiri dibahagian kepala salah seorang juri dan bahagian koyak itu pula muncul pada anak patung. Tiba-tiba muncul bukan satu, dia, tapi enam ‘Riana’ dari tepi dan belakang juri. Apabila Riana meminta mereka berhenti mengacau juri, beliau dikejar oleh mereka lalu ditolak ke atas dinding! 

Menarik bukan ilusi yang dijalankan Riana. Ia cukup melanggar logika sehingga juri menanggapnya benar-benar ada ‘ilmu’! Namun dengan kemahirannya ini beliau dikagumi dan diminati seluruh dunia.

 Tahun ini, Riana melangkah lebih jauh bukan saja dengan Rumah Hantu Sacred Riana di Jakarta dan Ipoh, tapi juga Filem Sacred Riana The Beginning. Filem ini mengupas kembali asal-usul “Riana” yang bermula daripada perpindahannya ke rumah pakciknya dan menemui sebuah patung aneh di sana. Filem ini juga dibintangi Aura Kasih, Alif Brooklyn, Agatha Chelsea dan Rean Firmansyah.

 

Kalau anda peminat Sacred Riana atau filem seram buatan Asia, jangan lupa menonton filem ini ya! Rata-rata mengatakan filem ini berada dalam genre horror-creepy dengan jumpscare hantu dan adegan pembunuhan. De’xandra berbangga menjadi antara penaja utama filem ini selain daripada portal online

December 03, 2019 — de-xandra Admin