Dua wangian TERBARU De’Xandra Air Freshener ni confirm buat korang diawang-awangan!
De’Xandra ni sudah lama terkenal sebagai brand utama wangian di Malaysia. Sebut sahaja haruman Malaysia, pasti nama De’Xandra naik di bibir. Terkenal dengan lebih 35 jenis wangian EDP termasuklah yang Limited Edition seperti wangian Adam dan Hawa. Bermula 2017 ditambah lagi 10 wangian penyegar udara dalam senarai produk De’Xandra. Kini wangian ini VIRAL sebagai wangian no 1 untuk pemandu kereta seluruh Malaysia.
Kini, untuk tahun 2020 De’Xandra telah mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan menambah 2 lagi aroma terbaru dalam senarai Air Freshener De’Xandra. Wow! makin banyak lah pilihan untuk perfume rumah dan kereta korang lepas ni. Nak tahu tak bau apa pula yang dah dilancarkan ni?
Violet ocean – Sebuah aroma percutian laut yang uumph!
Bila stress mesti ada yang teringin sangat nak ambil cuti, pack barang dan terus pergi ke tepi pantai untuk terangkan fikiran kan? Tapi takkanlah setiap kali stress nak pergi ke pantai lagi-lagi yang duduk jauh. Jenuh nak kena pergi! Jadi untuk pengguna De’Xandra yang disayangi, kini Air Freshener baru iaitu Violet Ocean ini membayangkan seperti anda duduk tepi pantai yang indah dan penuh dengan flora. Bau Violet Ocean yang segar ini pasti buatkan anda hilang segala tekanan di dada. Dirumuskan dari ekstrak bergamot, freesia, geranium, melur, ozone (sea notes) DAN JUGA GREEN NOTES. Gabungan bahan-bahan itu lah menjadikan haruman Violet Ocean ni seperti sedang berada di tepi pantai.
Cupcakes and Cream – Aroma kedai kek yang pastinya terliur!
Siapa je yang tidak suka makan cupcake kan? Tambahan pula bila dihias cantik dengan cream segar dan buah-buahan manis. Jadi penggemar cupcakes di luar sana, ada berita baik untuk anda kerana De’Xandra mengeluarkan Air Freshener yang membuat anda rasa macam berada di dalam kedai kek yang lazat. Bahan-bahan di dalam AF Cupcakes and Cream ini termasuk ekstrak buah beri, vanila, karamel, melon dan juga pic. Dengan gabungan bahan-bahan itu haruman Cupcakes and Cream ini berbau seperti milky, vanilla dan fruity. Wah! Kalau sekali hidu memang terliur lah kisahnya.
Batch pertama Cupcakes and Cream dan Violet Ocean ini sedang berada di pasaran sekarang dengan bilangan yang terhad. Jadi siapalah agaknya yang akan menjadi pengguna pertama dua Air Freshener terbaru ni kan? Kalau anda penggemar dua jenis haruman ni, jomlah borong Air Freshener dalam Pakej Gamma di 99 Mega Bonanza. Beli 10 AF akan dapat percuma 2 AF dan anda boleh pilih aroma yang mana anda mahu! Segeralah untuk ke kiosk yang berhampiran untuk rasai kesegaran kesemua Air Freshener De’Xandra ni.