Haa untuk stokis, agent serta dropship DeXandra yang disayangi! Tahu tak Reward Challenge sesi 2020 ni dah bermula sejak 1 September 2019 lagi? Reward Challenge ini akan berakhir pada 31 Disember 2019.

 

Tahun ini hadiah yang diberikan cukup wow! Bagi stokis, pemenang menerima satu tiket ke sebuah destinasi di Eropah. Bagi ejen pula , pemenang akan mendapatkan korang satu tiket trip ke Indonesia serta untuk dropship, satu tiket dinner khas bersama founder diberikan kepada setiap sale sebanyak RM6,000. Wah, excitednya dapat bercuti dan dinner bersama bigboss kan! Tarikh, masa dan tempat untuk reward kali ini akan diumumkan nanti. Jadi jangan lupa untuk selalu update okay?

 

Bagi reseller yang ingin menyertai Reward Challenge ini, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi.

  1. Syarat paling utama ialah kesemua reseller MESTI berada di dalam Empayar Tree atau Agentlite. Ini kerana nilai jualan akan dikira dari dalam rekod anda di sana.
  2. Pembelian yang direkodkan dalam sistem Squarelet bermula 1 September 2019 hingga ke 31 Disember 2019 akan dikira untuk Challenge ini.
  3. Kelayakan tiket adalah seperti berikut:
  • Dropship: Rm6,000 sepanjang tempoh Challenge melayakkan satu tiket tajaan penuh.
  • Agent:  RM40,000 sepanjang tempoh Challenge melayakkan satu tiket tajaan penuh.
  • Stokis: RM280,000 sepanjang tempoh Challenge melayakkan satu tiket tajaan penuh.

# Jika anda dapat separuh dari nilai ini, anda akan dapat 50% kos yang ditanggung oleh De’Xandra dan 50% lagi adalah anda yang tanggung. Tetapi jika nilai ini berganda maka bertambahlah tiket yang anda akan dapat. Wow!! Jadi takkan nak biar je peluang keemasan ini kan.. Jom rebut peluang ni!

  1. Tiket kedua, ketiga dan seterusnya (jika pembelian adalah gandaan dua atau lebih) yang anda terima (jika ada) boleh digunakan untuk diri sendiri, pasangan, ahli keluarga atau ‘business partner’ anda sahaja ya.
  2. Bagi stokis atau ejen, tiket anda tidak boleh diberikan kepada dropship di bawah anda.
  3. Tiket yang anda dapat tak boleh dipindahmilik atau dijual beli kepada pihak ketiga.
  4. Paling penting, INGAT! Reward ini dengan secara sendirinya akan BATAL jika anda melakukan ini: pembelian/penjualan secara main harga atau supply kepada pemborong. Sila bersaing dengan sihat ya!
  5. Dan akhir sekali sila pastikan anda masih dilevel yang sama pada masa reward diberikan, jika anda di downgrade atau tidak lagi bersama jemaah De’Xandra, reward tersebut dengan sendirinya tidak akan dikira untuk Challenge ini, malah penyertaan anda dan tiket yang diterima (jika ada) akan terbatal serta-merta.

Haa,tak susah pun kan syarat yang ditetapkan ini asalkan korang kena sentiasa konsisten dan bersemangat untuk naikkan sales DeXandra. Semoga aktiviti pemasaran ini akan dapat menyuntik semangat kepada para reseller dalam menjalankan aktiviti niaga serta memberikan hasil yang memberangsangkan kepada HQ, stokis, ejen dan juga dropship dari De’Xandra. Selamat berjaya!

September 11, 2019 — de-xandra Admin
Tags: Zatul Akma