Pukau sampai Angau! Ini dia 5 Perfume Yang Pasti Buatkan Bakal Majikan Sangkut dengan Anda. Confirm dapat Job On The Spot!
Bila dapat tawaran untuk interview untuk kerja yang diimpikan mesti korang excited kan? Resume dah berkali-kali betulkan sampai mantap, baju dah siap pilih dan gosok, rambut dah potong supaya kemas tapi apa lagi ya yang tak settle? Alamak! Terlupa pulak perfume apa yang nak pakai. Perfume ini sebenarnya penting ya untuk disesuaikan dengan tempat dan situasi yang korang akan hadiri. Untuk situasi genting seperti interview ni, jangan main redah saja. Sampai salah pilih nanti dari dapat kerja terus jadi turn off di saat pertama. Jadi admin sharekan 5 perfume yang sesuai untuk buatkan imej korang ada gaya bakal pekerja berdedikasi pada hari interview anda nanti.
Dark Amberwood
Dark Amberwood ini wangian pilihan jika korang seorang jejaka 30-an. Aromanya ini adalah hasil daripada campuran patchouli, sitrus dan juga sandalwood. Aroma Dark Amberwood ini adalah aroma yang ‘terang’ dan sesuai jika dijadikan perfume pilihan untuk menghadiri sebarang sesi temuduga. Ini kerana wangian tersebut menampakkan seolah-olah anda seorang yang matang dan profesional. Perfume ini juga mampu membuatkan wanita mahu mendekati anda. Opss, jangan sampai skandal dengan office girl sudahlah ya!
Nemesis
Nemesis pula adalah perfume yang menjadi pilihan anak muda. Ini kerana harumannya yang segar terhasil daripada gabungan pudina dan sitrus, sesuai menyembunyikan peluh di badan. (Biasalah, interview mana yang tak stress! Nemesis juga tidak terlalu kuat sehingga menyebabkan kawasan ruang temuduga anda berbau semerbak. Cukup untuk memberikan aroma yang sedap untuk dihidu. Hanya dengan 2-3 semburan anda akan tampil kemas dari pagi sampai ke petang.
Vigor
Vigor ini sesuai untuk lelaki yang ingin tampil maskulin kerana ianya energetic dan mampu memberi imej anda seorang yang bersemangat. Harumannya berempah dengan sedikit feel-feel pantai, juga membuatkan orang selesa dengan anda, terutamanya wanita. Sebab utama Vigor ini sentiasa menjadi pilihan jejaka-jejaka diluar sana, of courselah sebab baunya juga mampu bertahan sepanjang hari.
Himeros
Bagi jejaka yang ingin kelihatan high-class dan sentiasa mahu tampil berbeza daripada calon temuduga lain, Himeros adalah perfume pilihan yang terbaik. Disebalik haruman yang fruity, ia juga ada sedikit notes yang creamy. Anda akan memberi imej bahawa anda pekerja yang ekstrovert, berani, dan bersemangat. Himeros ini tidaklah terlalu classy dan formal, tetapi mampu membuatkan jejaka yang memakainya merasa macho.
Devotion
Untuk penggemar notes yang classic, haruman dari Devotion ini menzahirkan aroma yang sensual dengan vanila, epal serta kulit kayu manis. Aroma Devotion akan membuatkan si pemakai nampak berkeyakinan tinggi dan dominan. Kami pasti ia juga akan membuatkan orang lain yang menghidunya berbisik sesama sendiri untuk mengetahui perfume jenama apa yang dipakai. Wow! Sampai macam itu sekali ya penangan haruman Devotion ini.
Itu antara lima EDP jejaka dari De’Xandra yang sesuai untuk perfume. Yang penting, ingat! Jangan main spray je perfume yang mana-mana ada dan jangan juga berlebih-lebihan dalam menyembur perfume. Sekali dua kali sebelum masuk bilik temuduga, cukuplah. Selain dari itu jangan juga campurkan lebih dari satu wangian pada satu masa. Takut nanti bau yang tidak menyenangkan pula keluar. Dah itu saja tips kami pada hari ini. Kami ucapkan semoga berjaya dan semoga anda dapat kerjaya yang diingini!