5 Pantang Larang Ini Jangan Langgar! Kalau Nak Kekal Menawan Dari Pagi Ke Petang Lah Ya…
Dalam hari-hari kita yang sibuk ni kita mesti nak kelihatan cantik dan kemas sepanjang hari. Ye la, mana la ada masa nak touch-up tiap jam. Itulah sebabnya kita paling risau kalau perfume kita tak tahan sampai ke petang. Pernah tak jadi, spray perfume pagi-pagi sebelum keluar rumah, belum tengahari bau perfume dah tak ada? Alamak, macam mana la nak kekal segar sepanjang hari kalau macam tu? Haa kalau nak tahu ada beberapa pantang larang yang korang kena elak kalau nak kekal segar sapanjang hari tanpa masalah bau badan. Mari sini admin kongsikan.
No. 1 – Jangan pakai minyak wangi semasa badan anda basah!
Kebiasaanya kita memang memakai minyak wangi selepas mandi. Namun jangan terus memakainya dengan badan yang basah. Pakailah selepas badan dilap tapi masih lembap, bukan basah ye. Ada beza tu. Kerana apabila badan kita lembab, kulit kita akan mengeluarkan minyak semula jadi supaya perfume yang kita pakai “dikunci” oleh minyak yang terdapat pada kulit kita. Jadi ia tak cepat tersejat.
No. 2 Jangan pakai minyak wangi lebih dari satu pada masa yang sama!
Setiap minyak wangi mempunyai aroma dan keistimewaannya tersendiri. Jika kita menggunakan minyak wangi lebih dari satu aroma, mungkin ada tindakbalas kimia sesama aroma itu menyebabkan ia merosakkan ciri-ciri minyak wangi tersebut. Oleh itu mungkin aroma perfume itu akan jadi kurang menyenangkan. Campuran perfume yang sedia ada biasanya dah elok disusun oleh perekanya supaya aromanya sedap. Jadi ingat! Jangan spray lebih dari satu tau. Kalau tiba-tiba rasa nak tukar perfume, tanggalkan perfume lama dulu. Boleh rujuk artikel lama dalam blog ini tentang tipsnya.
No. 3 Jangan biarkan kulit anda menjadi kering!
Memastikan kulit anda sentiasa lembap adalah kunci untuk membuat wangian anda menjadi tahan lebih lama. Kulit yang dilembapkan dengan baik akan memperlahankan proses penyejatan dan biarkan bau wangian itu berkembang. Pilihan terbaik untuk melembapkan kulit anda adalah dengan menggunakan losyen badan. Kalau boleh dapatkan losyen dengan baunya sama, ataupun perfume yang tidak berbau. Kalau tak ada, vaseline pun boleh juga.
No. 4 Jangan pakai minyak wangi dari atas ke bawah!
Selalunya kita pakai minyak wangi bagaimana? Dari atas ke bawah kan. Cuba kali ini anda terbalikkanya, mulakan menyembur minyak wangi anda dari bawah ke atas iaitu dari pergelangan kaki ke atas sampai ke belakang telinga. Cara ini sebenarnya akan dapat menguatkan lagi bau minyak wangi yang kita pakai.
No.5 Jangan pakai minyak wangi di tempat mana anda memakai barang perhiasan seperti jam dan gelang!
Jangan sekali-kali memakai minyak wangi pada barang perhiasan anda! Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang perhiasan akan mempengaruhi aroma perfume apabila ianya bercampur. Jadi minyak wangi anda tidak akan bertahan lama dan sekaligus molekul-molekul minyak wangi ini juga akan merosakkan barang perhiasan anda. Apatah lagi jika gelang dan rantai anda merupakan emas celup atau saduran perak. Nanti rosak berhari-harilah korang berendam air mata!
Haa, setakat itu saja tips yang admin boleh bagi. Jadi lepasni korang boleh take note pantang larang ini ya. Semoga dapat kekal segar sepanjang hari bersama wangian kehidupan De’Xandra!