‘Expert’Kan Diri Anda Dalam Lima Perkara Ini Sebelum Beli Perfume Tau!
Pernah tak anda teringin nak beli perfume baru masa sale tapi tak jadi sebab banyak sangat kritera perlu fikir. Sesuai ke? elok ke? boleh ke?…macam-macam terlintas di fikiran. Last-last sale pun habis. Lagi haru kalau ada banyak sangat perfume yang boleh dipilih dan masa pula tak banyak. Hmm! Perfume ni macam teman baik, kita akan bersama-sama dengan dia dalam jangka masa yang panjang. Silap pilih teruk jadinya. Jangan risau, kami boleh beri sedikit tips untuk anda yang nak membeli perfume terbaik dengan cara termudah!
- Jangan biarkan orang lain buat keputusan untuk anda!
Diri anda sendiri penentu kepada jenis haruman yang sesuai kerana otak akan memproses bau dan mengaitkannya dengan perasaan anda samada menyenangkan atau sebaliknya. Bak kata Marie Kondo, “Does it spark joy?” Ha gitu! Dan setiap aroma ni sebenarnya akan memberi perasaan yang berbeza kepada setiap orang bergantung kepada keadaan fizikal, mental dan emosinya. Oleh itu, jangan sesekali membiarkan orang lain membuat pilihan haruman untuk anda. Jika tersilap pilih, akhirnya perfume itu akan tersadai juga di atas meja kerana ia dirasakan tidak sesuai dengan selera.
- Kenali jenis-jenis minyak wangi.
Minyak wangi ada beberapa jenis iaitu Parfum, Eau de Parfum (EDP), Eau de Toilette (EDT) dan Eau de Cologne (EDC). Sebenarnya mungkin ramai orang yang keliru dan tak tahu apa perbezaan setiap jenis ini. Bagi kebanyakan orang, EDP lebih sesuai kerana ia merupakan perfume yang mengandungi 15-20% ekstrak haruman dan baunya boleh bertahan lebih dari 4 jam. EDT pula harumannya lebih ringkas dengan sekitar 5-15% ekstrak haruman dan baunya akan bertahan selama 2-3 jam sahaja. Eau De Cologne (EDC) merupakan wangian yang mempunyai kepekatan pati paling sikit iaitu sekitar 2-4% sahaja dan aromanya bertahan tak sampai 2 jam. Jadi lakukan perbandingan dan pilih secara bijak ya!
- Spray perfume pada kulit anda.
Apabila korang ingin mencuba minyak wangi ingat petua ni ya. Spraylah perfume itu pada lengan dan di bahagian dalam siku untuk mendapatkan bau serasi untuk korang. Ekstrak aroma akan bercampur dengan lembapan semulajadi kulit anda lalu membentuk aroma bila tersejat. Jadi jangan cuba untuk bau perfume yang disembur pada kertas mahupun pada baju kerana baunya tidak akan sama apabila ia disembur pada kulit badan.
- Jangan cuba lebih daripada 4 minyak wangi dalam satu masa!
Haa korang yang hendak memilih perfume tu. Ingat ya, maksimum minyak wangi yang boleh dicuba dalam satu-satu masa ialah empat wangian sahaja supaya korang tidak akan tersilap semasa membuat pemilihan. Ini kerana jika terlalu banyak minyak wangi yang anda cuba memproses bau. Jangan beli sehingga sudah membuat keputusan tepat.
- Dapatkan pandangan orang lain.
Aik tadi kata jangan biarkan orang lain buat keputusan untuk kita. Jadi macamana ni? Ha…sbebenarnya pilih dahulu gunakan kriteria yang kita tetapkan. Kemudian barulah tanya orang lain. Pendapat orang lain masih penting terutamanya selepas beberapa jam wangian itu dipakai kerana hidung kita boleh jadi “anosmic” (tidak peka) terhadap wangian tadi jadi kita tidak tahu samada wangian itu masih menyenangkan atau sebaliknya. Dapatkan seberapa banyak maklumat dan pandangan daripada orang sekeliling korang. Sekiranya lebih ramai yang memberikan pandangan negatif dari positif, mungkin anda perlu menukar kepada pilihan baru. Takut nanti ada pula yang tak senang hati!
Jadi, admin harap 5 tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda dalam pemilihan perfume baru. Pilihan perfume yang betul bukan saja boleh melengkapkan gaya anda, menyelamatkan poket anda malah kehidupan sosial anda juga! Selamat berjaya.