Bestnya bulan depan ada tiga kali cuti hari Isnin. Amboiii banyaknya masa terluang ni. Best juga kalau nak plan bawa keluarga bersiar-siar. Yelah takkanlah cuti ni nak terperuk dalam rumah tengok tv je kan. Haa, korang dah ada plan belum nak bawa keluarga bercuti ke mana? Waktu cuti ni lah masa yang paling sesuai untuk korang luangkan masa bersama-sama tau.

 

Tapi bila nak bawa keluarga berjalan ni banyak benda nak kena rancang kan? Nak rancang trip kena siap-siap duit minyal, duit hotel, duit makan, belum lagi tiket masuk tempat percutian. Takkan nak termenung dalam bilik hotel je. Haa. Jangan risau! Alang-alang musim Merdeka ni kami senaraikan 8 muzium FREE yang korang boleh pergi dengan keluarga cuti ni. Bukan setakat boleh spend time dengan keluarga, poket korang pun selamat.

 

  1. Muzium Tentera Port Dickson

Ada anak-anak yang suka tengok kereta kebal, jet pejuang dan machine gun besar? Ya, inilah tempatnya untuk korang. Muzium Tentera ni bukan saja ada pameran sejarah Malaysia di dalam bangunannya, tapi juga ada kenderaan perang di luar bangunannya. Anda boleh naik kereta kebal, jip tentera, helikopter dan keretapi, malah kalau berani, panjat jet pejuang yang ada di belakang bangunan muzium. Muzium ni juga terletak bersebelahan kem tentera, jadi kalau korang bernasib baik, boleh juga nampak abang-abang berbaju hijau tengah berkawad tengah padang. 

 

  1. Muzium Tesktil Negara

Muzium Tekstil Negara ditempatkan di Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur. Muzium ini dibina penuh gaya seni bina Moghul – Islam. Di dalamnya pula penuh hasil seni warga tempatan seperti batik, songket, pua kumbu dan lain-lain. Kalau bernasib baik ada aktiviti kraf buat kain yang korang boleh join. Kalau ada duit lebih pula boleh beli hasil seni yang dah siap seperti baju dan beg. Confirm korang bergaya.

 

  1. Muzium Coklat

Chocolate Museum by Fidani ini adalah muzium coklat yang pertama yang mula dibuka sejak 2013. Kalau korang nak pergi ke muzium coklat ni ia terletak di kawasan perindustrian Kota Damansara, dan bukannya di tengah-tengah bandar. Muzium ini sebenarnya adalah sebahagian daripada kilang coklat dan dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. Saiz muzium ni taklah besar, tapi sesuai untuk dijadikan destinasi anak-anak sempena cuti sekolah. Mesti dorang akan excited! Tiada bayaran masuk dikenakan dan kalau kumpulan anda melebihi 10 orang, anda boleh request guide untuk lawatan anda dan semuanya hanya free of charge. Selain dapat lihat sejarah coklat, anda juga dapat beli produk coklat seperti jem coklat dengan harga murah di hujung lawatan.

 

  1. Muzium Sejarah Cina

Muzium Sejarah Cina Sarawak ini terletak di Waterfront berhadapan Kuil Tua Pek Kong. Disini terdapat jejak sejarah masyarakat Cina di Sarawak. Catatan sejarah yang dipamerkan adalah seperti laluan-laluan perniagaan awal, penghijrahan awal dari pelbagai rantau China, taburan geografi, peneroka-peneroka awal, aktiviti-aktiviti perdagangan tradisional, pembentukan industri perdagangan dan persatuan-persatuan komuniti, sejarah politik dan penglibatan masayarakat Cina di dalam era moden berbilang kaum negeri Sarawak.Wow! Banyaknya tentang sejarah Cina yang menarik kalau pergi ke muzium ni.

 

  1. Muzium Dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia ditubuhkan untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali dan mempelajari tentang sejarah sistem ekonomi dan perbankan negara kita. Penting bagi korang untuk mengetahui semuatu sebab ia boleh membina kefahaman korang tentang  polisi ekonomi negara kita dulu, sekarang, dan pada masa hadapan. Galeri Seni disini mempamerkan koleksi-koleksi seni Bank Negara dari bumi Asia Tenggara dan Malaysia dan diperolehi sejak tahun 1962. 

 

  1. Muzium Adat

Muzium Adat terletak di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan yang mengkhususkan aspek kehidupan adat masyarakat di Malaysia tau. Muzium ini sangat bersesuaian dengan imej dan identiti Negeri Sembilan yang kita tahu ia sebagai “Tanah Beradat”. Muzium ini adalah untuk pengenalan kepada kita tentang adat masyarakat tempatan terbesar di Alam Melayu iaitu Adat Perpatih dan Temenggung. Terdapat replika Batu Batikam dan Batu Baling, artifak atau peralatan upacara adat serta pakaian adat dari pelbagai kaum di Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk  menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai adat-adat di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. 

 

  1. Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Muzium Arkeologi Lembah Bujang merupakan satu-satunya Muzium di Malaysia yang mempamerkan koleksi arkeologi yang membuktikan kewujudkan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu Buddha di Asia Tenggara kurun ke 3 masehi hingga ke 12 Masehi. Muzium ini terletak di atas Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah kira 23 km dari Bandar Sungai Petani. Ia bukan saja tempat mempamerkan artifak-artifak protosejarah dari Lembah Bujang tapi juga tempat penyelidikan dan tapak ekskavasi bahan sejarah. Siapa feeling-feeling Indiana Jones bolehlah ke sini!

 

  1. Pusat Sains Negara cawangan Alor Setar

Ya, mesti korang terperanjatkan, ada dua rupanya pusat sains! Yang kedua ini ialah cawangan utara, juga terdapat pameran dan aktiviti berkaitan sains yang anda boleh lakukan. Terdapat juga maklumat sejarah kemajuan sains seluruh dunia serta kisah tentang tokoh-tokoh sains ternama. Anda juga boleh cuba alat pameran interaktif yang akan bantu anda faham konsep sains dengan lebih mendalam. Sebenarnya, pusat sains ni tak percuma untuk semua orang, cuma kanak-kanak, pelajar sekolah dan orang tua. Namun untuk pengunjung lain berusia 13-55 tahun, harganya RM1. Still berbaloi la juga kan.

 

  1. Muzium Kota Tinggi Johor

Muzium negeri yang kemas dan dijaga dengan baik ni akan mengajar korang tentang sejarah kesultanan melayu khususnya negeri Johor secara detail. Ada lukisan, patung, serta artifak yang menarik untuk menggambarkan kehidupan seharian pada zaman kesultanan dulu. Memang lengkap untuk siapa yang mahu belajar pasal sejarah negara kita. Padanlah orang Johor ni patriotik sentiasa! Boleh datang singgah jika anda ke selatan Semenanjung. Jangan lupa ya, di Johor cuti umumnya pada hari Jumaat, jadi setiap Jumaat ia tutup.   

 

Wah, rupanya banyak juga jenis muzium yang boleh bawa keluarga ni kan? Bukan sahaja kita boleh OOTD dengan pameran dan binaan yang menarik tapi kita juga boleh belajar something new. Jangan lupa bawa kamera dan buku nota ya, banyak nak belajar ni.

 

Oh ya, satu lagi benda yang korang wajib bawa kalau berjalan-jalan ke mana-mana. Perfume Twist and Spray lah namanya! Kalau tak ada perfume dalam poket, macamana  nak lepak luar lama-lama. Segan orang duk bau.

 

Apa, belum beli lagi? Ish ish ish. Tak apa, sale WAVE YOUR SCENT ada. Nak beli set dua Twist and Spray boleh, set EDP dan Twist pun boleh. Jom tengok apa lagi pakej yang ada dalam Wavin Scent Sale yaa… www.dexandra.com/waveyourscent

 

August 23, 2019 — de-xandra Admin