Melaka tak asing lagi sebagai negeri yang amat bersejarah di semenanjung Malaysia. Korang mesti dah tahu kan asal usul negeri Melaka bermula apabila Parameswara, turun ke muara Sungai Melaka. Putera raja dari Palembang ini terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14 namun ditumpaskan. Pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Bertam, dekat muara sungai Melaka.  Tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda yang kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Maka baginda menamakan negerinya sempena nama pohon tempat beliau bersandar, Melaka. Dari situ lah lahirnya negeri bersejarah ini. Nak tak sis kongsikan fakta menarik tentang negeri Melaka? No.2 tu pasti buatkan korang rasa..boom! mindblown!

  1. Negeri terbanyak muzium

Satu-satunya negeri yang mempunyai muzium terbanyak iaitu 14 muzium seperti muzium istana melaka, muzium maritim, muzium senibina dan lain-lain (tidak termasuk beberapa muzium swasta seperti muzium Baba dan Nyonya & muzium Jed). Wow, banyakkan muzium yang ada di Melaka ni! Korang pernah ke pergi semua Muzium ni tak? Kepada yang sangat meminati sejarah pasti korang teruja untuk melawat kesemua muzium ini.

 

  1. Negeri Masjid terbanyak

Negeri Melaka ini adalah negeri yang ketiga terkecil selepas Perlis dan Pulau Pinang tau, tapi untuk pengetahuan korang negeri Melaka adalah negeri yang paling banyak mempunyai masjid. Korang tahu tak berapa? Bilangan masjid yang ada di dalam negeri Melaka ini sebanyak 174 buah masjid. Wah, banyak bukan? Jadi senanglah kalau kita nak pergi bersiar-siar di Melaka ni takperlu susah-susah nak berhenti cari masjid untuk menunaikan solat. Masa kita pun lebih jimatkan takperlu nak cari masjid sampai tersesat jalan.

 

  1. Negeri yang jalan sentiasa bersambung

Tahukah korang, negeri Melaka ini sentiasa ada jalan shortcut atau jalan pintas tau. Yelah, memandangkan Melaka dipenuhi traffic lights dan jem disana sini jadi orang-orang Melaka akan mencari jalan alternatif iaitu jalan shortcut yang lalu kampung atau taman perumahan orang. Habis kampung dan taman perumahan diredahnya semata-mata nak elak jem dan traffic light. Tapi disebabkan semua jalan pun boleh berhubung dengan jalan lain, maka korang akan sampai juga ke destinasi.

Walaupun agak mencabar ikut ‘jalan dalam’ ni tapi bestlah sebab lebih banyak tempat yang kita boleh explore tau. Bila lalu di kawasan kampung kita dapat tengok reka bentuk rumah-rumah kampung yang masih mengekalkan budaya negeri Melaka ini.

 

  1. Bandar World Heritage Site Terbesar di Malaysia

Hanya ada dua saja tau tempat yang dianugerahkan World Heritage Site oleh UNESCO di Malaysia ni. Satunya ialah bandar Georgetown, satu lagi ialah bandar Melaka yang dinobatkan pada tahun 2008 yang lalu. Mestilah sebab sangat banyak tempat bersejarah di seluruh negeri ni kan! Daripada bangunan, istana, kubu, menara, hinggalah tugu peringatan, semuanya ada. Sebab tulah ia tempat pilihan no. 1 bagi para pelancong yang nak masuk Malaysia.

 

  1. Tempat makam ramai Pahlawan kemerdekaan

Tok Putih, Tok Janggut, Dol Said malah Hang Tuah, Hang Jebat , Hang Kasturi dan Tun Teja, telah disemadikan di dalam negeri Melaka. Itu tidak termasuk lagi perwira-perwira tak didendang seperti perajurit dan askar biasa.  Begitu ramai pahlawan yang menjadikan Melaka destinasi terakhir mereka. Mungkin aura patriotisme dapat dirasai di negeri bertuah ini oleh mereka yang berdarah perwira. Hmm…misteri!

 

Rupanya banyak perkara kan yang kita tak tahu pasal negeri Melaka ini. Haa, Melaka ni terkenal dengan masakkan asam pedas dan banyak tempat yang menarik. So bila tengah cuti nak rehatkan minda yang dah penat dengan minggu yang busy boleh bawa keluarga pergi berjalan-jalan. Bukan sahaja korang boleh explore tempat-tempat menarik tapi korang juga boleh ‘food hunting’ tau sebab banyak je tempat makan yang viral di negeri Melaka ini.

August 21, 2019 — de-xandra Admin