“Malaysia kini gah di persada dunia” ini bukan lagi hanya impian tapi sudahpun menjadi kenyataan. Biarpun negara kita kecil saja namun kita telah melahirkan beberapa orang yang hebat yang mempunyai talent istimewa yang memviralkan nama Malaysia. Kejayaan mereka ini telah menjadi buah mulut rakyat Malaysia serta warga dunia. Wah, jadi buah mulut orang! Tapi bukan buah mulut perkara yang negatif tau! Sebenarnya ramai bangga dengan keberanian dan kegigihan mereka ni yang membuatkan nama Malaysia lebih dikenali.  Haa korang nak tahu tak siapa anak-anak muda yang telah mengharumkan nama Malaysia ni? Jom baca…

 

  1. Faiz Subri 

Dalam dunia bola sepak nama Mohd Faiz Subri, adalah tidak asing lagi. Faiz Subri merupakan pemain bola sepak Malaysia yang juga pemain penyerang bagi pasukan negeri Pulau Pinang. Beliau telah merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk jaringan gol paling cantik pada tahun 2016, justeru meletakkan namanya sebaris dengan pemenang terdahulu seperti bintang tersohor, Cristiano Ronaldo dan Neymar. Video sepakan percuma beliau di liga Malaysia itu menjadi ‘viral’ dan menyebabkan seluruh dunia mula mengambil tahu siapa Faiz. Kejayaan yang diraih oleh Faiz ini bukan saja anugerah untuknya malah adalah menggembirakan jutaan rakyat Malaysia.

  1. The Pocketman Azizulhasni Awang

Mohammad Azizul Hasni bin Awang, adalah seorang pelumba basikal trek profesional dari Terengganu. Nama beliau mula naik selepas memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne pada 2009 serta pingat emas Keirin dan pecut 200m Kejohanan Trek Asia pada 2008. Beliau diberi jolokan Azizul The Pocket-Rocketman kerana tubuh badannya yang kecil tapi laju. Tidak hairanlah, beliau kini menduduki Ranking Pertama Dunia bagi acara Keirin! Kejayaan beliau bukan saja membuatkan beliau menjadi pemegang bendera kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik 2008, malah kerajaan Terengganu juga sedang membina sebuah velodrom di Dungun bersempena namanya. Khabarnya ia akan siap penghujung tahun ini jadi ramailah nanti perintis Pocket Rocketmsn ni ya.

  1. Dr. Amalina Bakri

Dr Amalina Che Bakri merupakan anak tunggal seorang pengetua sekolah menengah yang ‘famous’ mulanya kerana keputusan SPM 2004 sebanyak 17A1, rekod ketika itu. Namun beliau tambah lagi terkenal setelah menyambung pengajian secara double degree, menjadi doktor dan kini membuat PhD dalam kajian mengenai kanser. Namanya tidak pernah lekang daripada bibir rakyat Malaysia yang kagum dengan pencapaian akademik beliau. Dan antara kejayaan beliau yang terbaru adalah mencarikan pakar untuk merawat bayi berusia 10 bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidapi ‘Germ Cell Tumour’ di London, United Kingdom. Wow! Begitu mulia kan hati Dr. Amalina Bakri ini.

  1. Yaashwin Sarawanan

Yaashwin Sarawanan mempunyai kemahiran matematik yang sangat mengagumkan dan beliau juga terkenal dengan nama samaran “HUMAN CALCULATOR”. Beliau telah mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang mendapat naib juara dalam Asia’s Got Talent atas kemahiran mindanya. Kini beliau berazam mahu menyertai rancangan lebih besar iaitu Britain’s Got Talent demi diiktiraf menjadi “Manusia Kalkulator” yang terkenal seluruh dunia. Wah, semua ini pada umur 15 tahun saja tau!

  1. Nor ‘Phoenix’ Diana

Nor Diana yang dikenali dengan nama samaran ‘Phoenix’ merupakan ahli gusti wanita profesional. Siapa sangka dengan tubuhnya yang kecil, gadis ini mencuri perhatian ramai dengan aksi lincahnya di gelanggang gusti.  Sebelum ini Diana tampil dengan imej bertopeng, kerana tidak mahu ‘reveal’ identiti sebenarnya namun beliau membuka topengnya pada akhir 2018. Selepas itu beliau ‘viral’ kerana ramai tidak sangka rupanya Pheonix si ahli gusti, sebenarnya seorang gadis manis bertudung! Baru berusia 19 tahun, Nor Diana ini baru sahaja memenangi gelaran Wrestlecon Champion Malaysia Pro Wrestling (MYPW). Mungkin ramai yang tidak tahu, Diana merupakan ahli gusti bertudung pertama di Malaysia dan mungkin juga di dunia, setelah mula masuk gelanggang 3 tahun lalu. 

  1. Neelofa

Neelofa, wanita kelahiran Kelantan yang asalnya ‘famous’ sebagai juara Dewi Remaja 2009/10 kini telah menjadi seorang yang berpengaruh dalam bidang fesyen wanita. Beliau yang dahulunya memulakan kerjaya sebagai model dan pelakon, kini merupakan ahli perniagaan yang berjaya. Neelofa telah tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 bagi kategori E-Dagang dan Peruncitan. AirAsia juga telah melantik Neelofa sebagai pengarah bebasnya. Beliau juga menjadi wanita berhijab pertama yang menjadi duta Swarovski, menghiasi billboardnya bulan Mei 2019. Wow! Banyak betul pencapaian Neelofa ni kan? Walaupun beliau kadangkala dikritik dan digosip netizen tetapi kejayaan yang beliau kecapi semakin lama semakin membanggakan. Semoga beliau terus berjaya!

  1. Yuna

Yunalis binti Mat Zara’ai atau lebih dikenali sebagai Yuna yang tampil dengan imej berturban merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu wanita Malaysia. Beliau mula dikenali apabila menjadi artis bertudung terawal yang memperjuangkan muzik indie-pop. Yuna menerima pendidikan dan galakkan untuk bermain muzik sejak kecil kerana bapanya sendiri adalah seorang ahli muzik. Beliau mula menulis lagu sendiri ketika berusia 14 tahun, dan persembahan pertama lagunya sendiri pada usia 19 tahun. Dengan kehebatan vokal dan penggubahan lagunya, beliau berjaya berkolaborasi dengan Usher dan Pharell Williams, pemuzik R&B antarabangsa. Tidak hairanlah single beliau “Crush” dinominasikan dalam anugerah BET 2017, serta album beliau “Chapters” dalam The Billboard Top 10 Best Albums of 2016. Menakluk dunia nampaknya Yuna!

Kalau nak tahu, ramai lagi warga Malaysia yang berbakat dan mengharumkan nama negara. Cuma tak cukup ruang untuk diisi di sini sahaja. Siapa sangka negara sekecil ini banyak orang yang berbakat dan berjaya? Sempena dengan bulan kemerdekaan ini marilah kita ambil tahu lebih banyak tentang ikon Malaysia yang baru-baru ni. Semoga menjadi semangat baru bagi kita untuk mencapai semua cita-cita kita. Mana tahu, tahun  depan korang pula ikonnya? 

 

Jom ambil semangat ikon Malaysia baru ini dengan pakej Courageous Red, melambangkan keberanian anda dalam menggapai cita-cita. Pakej Courageous Red ni bukan saja ada dua Twist and Spray dengan harga RM99 saja, tambah pula satu botol Air Freshener percuma!  Bukan saja badan korang wangi, malah kereta dan rumah korang boleh sama harum juga. 

Nak tahu lebih lanjut semua pakej dan kiosk yang ada, klik je link ni : dexandra.com/waveyourscent tau.

 

Selamat Merdeka!

August 26, 2019 — de-xandra Admin