Ha..hari tu kita sudah bercerita tentang bangunan yang bersejarah di negara Malaysia ni. Sekarang, kita bincang pula tentang bangunan moden yang dibina sepanjang kewujudan negara kita ni. Bangunan ni ada yang famous sampai ke seluruh dunia tau, sebab keunikannya yang memang one in a million. Nak tahu yang mana? Jom baca….

 

  1. Bangunan Parlimen

Korang pernah tak tertanya-tanya kenapa dalam logo Jabatan Kerja Raya, ada bangunan Parlimen? Haa sebabya ia hasil rekaan Ivor Shipley, seorang arkitek British yang pada masa itu berada dalam Jabatan Kerja Raya (JKR). Secara rasminya, ia dibuka pada bulan November 1963. Reka bentuk yang asal berkonsep seperti di laman terbuka dengan aliran air yang akan menyejukkan suasana bangunan ini. Sayangnya ciri ini dibuang sedikit demi sedikit dengan beberapa siri renovasi. Namun, tangga terazo dan kayu yang asal masih dikekalkan.

 

  1. Masjid Negara

Masjid Negara mula dibina pada tahun 1963 dan dibuka kepada umum pada tahun 1965. Masjid tersebut direkabentuk oleh tiga pegawai JKR terdiri daripada arkitek warga Scotland, Howard Ashley dan dua rakyat Malaysia, Hisham Albakri dan Baharuddin Kassim. Rekaan bumbung masjid ini cukup kontroversi pada masa itu kerana ia tiada kubah seperti mana masjid biasa, sebaliknya ada struktur plat berlipat 16. Namun, pasukan pereka bentuk telah menjelaskan plat 16 ini menggambarkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, simbolik payung yang memberikan perlindungan. Oh ya, tahukah anda, sebahagian wang pembinaan masjid ini dari hasil derma rakyat Malaysia? Semoga ia terus memberi manfaat kepada semua.

 

  1. Lapangan Terbang Antarabangsa Subang

Tahukah anda sebelum adanya KLIA, semua penerbangan antarabangsa perlu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Subang? Kini ia menjadi hab untuk syarikat Firefly dan Malindo Air dibawah Subang Skytracks. Ketika dibuka pada 1965, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang ini dikatakan yang tercanggih di rantau ini kerana mempunyai landasan terpanjang di Asia Tenggara. Tahukah anda juga reka bentuk ruang legar dengan deretan tiang yang terdapat di lapangan terbang ini dianggap sebagai rekaan yang ikonik sehinggakan direplikakan semula pada Kuala Lumpur International Airport (KLIA) sekarang? Wow! Patutlah macam sama je…

 

  1. Menara Alaf Baru

Menara Alaf Baru atau Millennium Monument adalah tugu peringatan mengenai para sejarawan, pejuang, serta perajurit yang membantu dalam membina negara Malaysia hingga ke hari ni. Ia dibina oleh Dr Ken Yeang, anak tempatan yang terkenal dengan binaan diinspirasikan alam sekitar. Sebab itu mungkin, menara ini kalau dilihat dari udara, rupanya seperti bunga raya, bunga kebangsaan kita. Dari bawah pula, ia seperti jalan berputar naik ke atas. Kalau anda melusuri jalan ini, anda akan dapat melihat gambar-gambar bersejarah diukir pada sepanjang laluannya. Uniknya menara ini, di dasarnya terdapat satu kapsul masa yang ditanam Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri Keempat dengan janji ia akan dibuka pada tahun 2020. Kini sebagai Perdana Menteri Ketujuh, mungkin beliau juga yang akan membuka kapsul masa ini!

 

  1. Stadium Negara & Stadium Merdeka

Kedua-dua stadium ini dibina untuk memperingati kita tentang Kemerdekaan Tanah Melayu. Stadium Merdeka dibuka pada tahun 1957, hanya sebulan saja sebelum upacara perisytiharan Merdeka. Kedua-dua stadium ini direka oleh Tan Sri Dato’ Stanley Jewkes, seorang arkitek Amerika yang pada masa itu Pengarah JKR. Tunku Abdul Rahman percaya bahawa sukan boleh menyatukan rakyat, Oleh itu,Tunku memberi penekanan yang lebih kepada pembinaan stadium ini. Tahukah anda, lebihan tanah yang dikorek untuk membentuk lengkok stadium yang siap dibina telah dipindahkan ke tapak pembinaan Masjid Negara dan turut digunakan semasa pembinaannya. Inilah yang baru kita panggil mempunyai “asas yang sama”!

 

 

 

Kalau nak tahu, banyak lagi binaan yang ikonik di Malaysia tau. Binaan yang unik dan moden gah berdiri bawah langit biru. Macam itulah juga pakej Loyal Blue De’Xandra, melambangkan kesetiaan kita terhadap Malaysia yang satu. Pakej Loyal Blue ni anda akan dapat 1 EDP dan 1 Set Twist & Spray. Datangnya 1 wangian yang ‘evergreen’ dan 1 wangian yang baru, bantu korang gah mewangi bersama-sama.

Nak tahu lebih lanjut pakej yang lain dan juga kiosk yang join kempen #waveyourscent ni, klik je link : dexandra.com/waveyourscent ya.

Selamat Merdeka!

August 27, 2019 — de-xandra Admin
Tags: Zatul Akma