Seronoknya cuti sekolah! Seminggu pulak tu bergabung dengan Raya Haji. Paling best bulan depan ada tiga kali lagi cuti hari Isnin. Amboiii banyaknya masa terluang ni. Tapi takkanlah nak terperuk dalam rumah main game layan video je. Emm, tak fun betul.

Apa kata kan, alang-alang musim Merdeka ni kan, keluar rumah sikit, jalan-jalan ke tempat yang bersejarah. Dapat udara segar satu kelebihan, dapat jalan-jalan dengan orang yang tersayang pun seronok juga. Dapat gambar stailo untuk instagram, tu satu plus. Dan yang paling penting dapat belajar untuk sayang dan hargai sejarah negara kita.

Apa, tak ada ongkosnya? OK kami kongsikan kepada korang TUJUH tempat bersejarah yang FREE ENTRANCE sempena bulan kemerdekaan ini!

1. Tugu Peringatan Negara, KL

Kepada yang menyinggah KL, jangan lupa ke Tugu Negara di KL kerana ia mempunyai sejarahnya yang sendiri. Asalnya, kita ada sebuah menara tugu yang dibina oleh penjajah British bagi mengingati perajurit yang gugur semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Tapi selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman mengusulkan pula pembinaan Tugu Negara yang menggambarkan sekumpulan pejuang yang sedang mempertahankan negara semasa zaman darurat. Kalau korang nak tahu, punyalah tinggi simbolik tugu ni tau, sampai pernah kena bom dengan komunis! Mujur dah dibaiki semula dan elok sampai hari ini. 

2. The Stadhuys dan Dutch Square, Melaka

Haa. Tempat ini semestinya lejen dalam senarai tempat sejarah Malaysia.Mesti korang pernah pergi masa lawatan sekolah dulu-dulu kan? Kalau nak tahu, Stadhuys ni antara bangunan Belanda yang paling tua bukan saja di Malaysia, malah di Asia Tenggara!  Ditambah pula dengan Dutch Square (dataran) yang dihiasi menara jam merah menyala, inilah tempat paling lawa untuk dilawati secara free. Tapi nak juga diingatkan, kalau masuk kena caj RM5. Berbaloi juga sebenarnya, kerana ada pameran barang antik dan replika menarik di dalamnya. 

3. Rumah P. Ramlee, KL

Siapa tak kenal Seniman yang kacak bergaya ini? Filemnya sentiasa diulang-ulang dari hari ia diterbitkan hinggalah ke hari ini. Bukan saja jalan ceritanya menarik malah ia relevan tidak kira generasi apa yang menontonnya. Begitulah hebatnya Seniman P. Ramlee ini. Jadi, rumah kediaman P.Ramlee di Setapak ini telah diperkemaskan menjadi memorial yang dibuka kepada orang awam secara percuma. Korang bukan saja boleh tengok pameran hasil karya malah boleh mencuba kostum dari filemnya untuk bergambar.

4. Rumah Kelahiran Tun Mahathir, Kedah

Like it or hate it, Tun Mahathir sebenarnya seorang yang banyak memberi sumbangan kepada negara. Beliau yang mencecah 90an ini telah bersama-sama membangunkan negara dari zaman Tanah Melayu yang serba ketinggalan, hinggalah ke zaman Malaysia yang sudah moden dan maju seperti sekarang. Siapa sangka anak orang kebanyakan dari sebuah perkampungan biasa-biasa ini boleh jadi pemimpin yang power di mata dunia! Jika anda berada di Kedah, singgah-singgahlah melihat rumah kayu klasik yang cukup dijaga dengan baik ini. Ada barang pameran menarik yang menanti anda.

5. Kompleks Arkeologi Sungai Batu, Kedah

Kompleks Arkeologi Sungai Batu ini telah diisytiharkan sebagai tamadun yang terawal dan tertua di rantau Asia Tenggara. Tapak yang terletak di Lembah Bujang dekat mukim Merbok, Kuala Muda, Kedah ini dilaporkan berusia lebih 2,000 tahun. Wow! Lama dah rupanya kan? Tapak arkeologi itu jauh lebih tua daripada Angkor Wat yang berada di Siem Reap di Kemboja dan Candi Borobudur di Yogyakarta, Indonesia. Dulu, kita selalu anggap tamadun Melayu hanya bermula pada zaman Kesultanan Melaka 400 tahun yang lalu. Tetapi, dengan penemuan ini terbuktilah tamadun Melayu sememangnya bermula seawal kira-kira 2,000 tahun yang lalu.

6. Kubu Margherita, Kuching

Selain daripada Fort Cornwallis di Semenanjung, Fort Margherita di Sarawak juga adalah salah satu hasil peninggalan penjajah kulit putih. Keluarga Brooke membina kubu besar ini di atas bukit menghadap Sungai Sarawak. Khabarnya askar-askar Brooke di zaman itu menembak meriam dari kubu ini setiap hari, untuk menakut-nakutkan orang tempatan. Tapi sekarang senyap sunyi saja keadaannya kerana tidak digunakan lagi. Apa-apapun, siapa yang ingin melihat bangunan kolonial ala British dan sisa-sisa tinggalan penjajah, jemputlah ke kubu ini.

7. Menara Jam Atkinson, Sabah

Satu lagi mercu tanda zaman British yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Ini ialah menara jam dari kayu yang dinamakan sempena pegawai daerah Tawau pada zaman dahulu, Francis G. Atkinson. Menariknya jam ini ialah ia dibina dari kayu tanpa sebarang paku langsung! Biarpun pernah rosak terkena peluru mesingan pada Perang Dunia Kedua dulu, ia dijaga dengan baik dan kekal berfungsi sehingga hari ini.

Ha, banyak juga kan tempat bersejarah di Malaysia ni. Mesti ada yang korang belum pernah pergi. Apa lagi, cepat-cepatlah ambil peluang sebelum cuti sekolah tamat ni. Yang penting jangan lupa persiapkan diri sepanjang masa travel ni ya. Pastikan paling kurang, bawa air yang cukup, bawa snek ringan, payung lipat atau topi serta yang wajib bawa, wangian Twist And Spray yang comel! Selit je dalam beg, nak naik bas ke beca ke, malah nak berlari ke memanjat ke tak ada hal. Dahlah botol Twist and Spray ni tahan lasak, bau dia tahan lama pula tu. 

Kalau korang belum tahu, sempena bulan kemerdekaan ini DeXandra menawarkan pakej khas harga promosi tau. Kalau teringin nak beli jom layari laman web ni untuk maklumat lanjut: www.dexandra.com/wavinscentsale

Salam Merdeka!

 

August 19, 2019 — de-xandra Admin