Lima jenis customer yang anda akan ada sepanjang berniaga ni. No 4. tu paling stress betul tak?
Berniaga milikan sendiri ni kan, macam-macam orang kita akan jumpa. Ada yang membeli dan ada yang tidak. Dan dalam yang membeli tu, macam-macam gaya lah kita jumpa. Tapi rata-ratanya ada lima jenis yang kita selalu jumpa, yang kami namakan di bawah ni. Mesti pernah jumpa kan. Kadangkala pening juga kepala layan satu-satu. Jangan risau, kami bagi cara mengatasinya.
1. Yang baru nak tanya-tanya – Prospek Paul
“Hello encik saya nak cari perfume travel…saya minat dengan Vibe ni….ada stock tak…..”
Prospek adalah orang yang kita panggil sebagai potential customer. beliau belum kenal lagi produk kita tapi berminat untuk tahu apa yang kita offer.
Cara untuk close sale dengan mereka, bukan dengan terus beri list product dan detail payment serta merta, tapi ice-breaking dulu dengan mengenali jenis orangnya. Apa pekerjaannya. Apa aktivitinya. Ke mana beliau ingin gunakan perfume ini. Jika online, stalk sedikit FB/IG nya kalau public. Barulah boleh suggest satu atau dua EDP. Kemudian offerlah best price.
2. Yang tak kenal maka tak cinta – New Neil
“Hello cik, camana nak guna ya perfume ni, spray satu kali ke dua kali…boleh hilangkan bau badan tak, boleh spray atas baju tak?”
New Neil ialah orang baru yang belum mengenali produk kita. Mungkin dia pernah mendengar dari rakan. Mungkin dia terilhat di TV. Mungkin dia lalu tepi kiosk anda dan tertanya-tanya. Kemudian dia membelinya dari anda.
Orang ini tidak akan terhenti di close sale saja. Pastikan anda dapatkan nombor telefon atau approved messenger / DM darinya. Di sini, anda nyatakan yang anda bersedia membantunya dengan tips penggunaan perfume yang betul, memberi khidmat nasihat cara menyimpan perfume, atau membantu mencari EDP lain untuk dia cuba. Insya-Allah lama kelamaan New Neil akan menjadi Loyal Larry jika betul gayanya.
3. Yang kalau boleh nak sekarang juga – Impulsive Iggy
“Hello sis saya nak order GLEE satu. Details payment please. Transfer harini bila boleh pos?”
Orang seperti ini ada dalam minggu gaji, atau hampir-hampir hujung minggu. Mungkin mereka sudah lihat iklan kita, lalu sebelah kiosk kita beberapa kali, ataupun sudah reiki-reiki produk kita dan tahu yang mana dia ingin beli. Jadi dia sudahpun membayangkan yang produk ini menjadi milik dia. Dia ini perlu dijawab dan dilayan segera, kerana dia juga mudah bosan dan lupa apa yang dia minat.
Jadi mudahkan dia dengan memberinya maklumat penuh pada saat pertama lagi. Berikan butiran ringkas produk, harga, details pembayaran, dan butiran pos. Seboleh-bolehnya jangan panjang-panjang dan meleret-leret. Cara pembayaran pun kalau boleh dimudahkan. Jika anda ada web online store macam Squarelet, Lazada, Shopee, beri saja link kepadanya. Kalau dia ada QR Pay Maybank, Boost, Bigpay, touch n go, grabpay, offer kepadanya untuk pembayaran yang pantas. Yang penting, jangan lupa follow up selepas barang sampai dan dapatkan testimonial, sebelum dia lupa!
4. Yang selagi boleh kurang dia nak kurang! – Discount Dan
“Bro nak Vibe satu ni. Tapi ada freegift tak? free box? free postage? free vouchers? boleh la bro… hehe”
Jenis kaki diskaun ni selalunya dapat di ruang jualan tidak langsung seperti dalam FB, IG atau whatsapp. Dia ni la yang kadang-kadang paling kita geram. Tak pernah-pernah nak beli barang kita dengan harga penuh. Ada saja yang dia minta kurang. Sebenarnya orang jenis memang nak beli barang kita, tapi dia cuma tidak suka bayar penuh, itu saja.
Jadi jelaskan kepada dia kenapa harganya begitu, apa nilai yang dia boleh dapat, bandingkan dengan harga orang lain, atau kalau ada beza pakej (contohnya anda letakkan dalam beg plastik khas, anda beri voucher dsb) nyatakan kenapa pakej ini paling berbaloi. Kalau mahu dan mampu, anda boleh juga offer nilai tambah seperti free postage dan free gift. Tapi sebenarnya tak semua kaki diskaun memerlukan barang free. Kadangkala customer service yang mesra dan melayan juga boleh menukarkan kaki diskaun menjadi Loyal Larry, iaitu pembeli setia.
5. Yang setia sehati sejiwa – Loyal Larry
“Hello bossku, macam biasa, angkat Rush satu, kejap lagi wa transfer, terbaik bossku”
Ada seorang pembeli ni yang kita paling suka. selalu saja beli. tak promote pun tak apa. cukup bulan dia gaji, dia akan hello dalam inbox anda.
Orang seperti ini tak perlu apa-apa lagi kan? Eh perlu! dia memerlukan penghargaan dan balasan budi dari anda. Salah satu caranya ialah membuat satu post di fb/ig anda mengenainya. Tanyakan kepada dia apakah aspek yang dia paling suka semasa membeli dengan anda. Produk, harga, atau layanan anda?
Di media sosial anda, mahsyurkan dirinya sebagai customer setia anda, tuliskan testimonial darinya dan ucapkan terima kasih. Sekali sekala passkan hadiah dan voucher kepadanya. Bukan saja dia akan kekal setia dengan anda malah dia juga akan jadi duta produk yang percuma! Kan best tu.
Haa. Cukuplah lima dulu. Yang lima ini pun kita pernah jumpa sekurang-kurangnya sekali selama berniaga ni. Betul tak? Yang penting, sentiasa promote wangian kita dengan ayat yang sopan dan mesra. Barulah nama kita harum mewangi seharum wangian kita!