Ini dia perfume termahal di dunia… Wow! handbag isteri menteri pun tak mahal macam ni!
Tahukah anda berapa harganya perfume paling mahal di dunia.
Seratus, dua ratus, dua ribu, tiga ribu? Emm, salah tu.
drumroll please…
EMPAT JUTA RINGGIT!
😲
Ya, wangian yang termahal di dunia berharga empat juta ringgit dan berasal dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Seorang parfumer bernama Asghar Adam Ali dari Nabeel Perfumes mereka sebuah wangian bernama Shumukh yang bermakna kemegahan. Ia bersaiz 1.92 meter dan diliputi dengan emas 18 karat serta permata sebanyak 3,500 butir termasuk berlian, topaz, dan mutiara. Banyaknya permata sehingga perfume ni direkodkan dalam Guiness Book of Records sebagai “permata paling banyak diletakkan di atas satu botol wangian”. Wow!
Wangian ini diinspirasikan oleh “Spirit of Dubai” (semangat warga Dubai) dengan menggambarkan tujuh budaya masyarakat Dubai iaitu mencari mutiara (Durra), melatih burung falcon (Baz), membela kuda Arab (Abjar), menanam ros (Narjesi), bermewah-mewahan (Haibah), budaya melayan tetamu (Diwan), dan budaya kemodenan yang juga diserap dalam bandar Dubai (Aamal).
Bagaimana pulak aromanya? Macam biasalah aromanya bergaya Arab dengan notes seperti amber, cendana, kasturi, gaharu India, ros Turki, patchouli, kenanga dan kemenyan. (Ya, kemenyan tapi kemenyan Arab lah). Dikatakan kalau spray di badan, boleh tahan baunya hingga 12 jam. Namun dengan harganya yang begitu, kami belum berkesempatan beli lagi. So kami pun tak tahu lah betul ke tidak. Haha.
Oh ya, siapa yang beli perfume ni. Mesti korang tertanya-tanya kan? Tidak lain tidak bukan mestilah seorang Instafamous. Rashid Saif Belhasa atau Rsbelhasa di insta adalah satu-satunya pembeli perfume Shumukh setakat ni. Anda boleh lihat reviewnya di laman Youtube beliau Money Kicks.
Fuh…mujur kan perfume De’Xandra elok berbaloi je harganya. Kadang-kadang ada sales pulak tu. Boleh borong banyak-banyak buat guna hari-hari. Kalau korang nak tahu, satu botol De’Xandra tu, kalau pakai 1-2 spray sehari, bersamaan dengan menggunakan kira-kira 2 ringgit setiap hari. Makan roti canai dan teh tarik pagi tadi pun tak semurah ni ya tak.
Hmm…apakah perfume termahal yang korang pernah tengok. Kongsikan dengan kami!