Majlis keramaian dan kenduri kendara merupakan event yang pastinya dihadiri semua jenis masyarakat. Bukan saja sahabat handai, sanak saudara serta jiran tetangga malah kenalan jauh juga akan hadir  memeriahkan lagi suasana majlis. Inilah masanya untuk menonjolkan diri dan memperlihatkan gaya terbaik korang kepada hadirin lain. Betul tak? Haa, sini admin nak sharekan 5 wangian terbaik De’Xandra yang pastikan membuat orang lain menoleh kali kedua bila anda memakainya.

 

  1. Belle

Wanita yang meminati haruman perfume yang manis, sitrus dan fresh tapi dengan gaya yang matang, BELLE semestinya pilihan terbaik! Haruman BELLE ini walaupun ‘sweet-sweet’ gitu, tetap mampu membuatkan wanita yang memakainya kelihatan ‘Classy’. Haa, untuk pengetahuan anda BELLE ni adalah antara perfume yang mempunyai ketahanan bau yang lama dan tersangatlah sesuai dengan cuaca Malaysia yang agak panas. Jadi ia akan memberikan ada kesegaran yang berpenjangan untuk aktiviti harian anda. Dari kenduri terus ke shopping mall sampai petang? Tak ada hal lah dengan BELLE! 

 

  1. Zahra

Untuk wangian yang manis-manis ayu tapi membuatkan si pemakai kelihatan menggoda, ZAHRA adalah yang paling sesuai.! Wangian ini biasanya dibeli ramai penggemar De’Xandra dalam golongan umur 30an kerana bau aroma daripada kombinasi honeysuckle dan juga apple gala memberikan imej yang ayu dan sopan. Ia juga membuatkan si pemakai tampil segar. 

 

  1. Lady Rose

Wanita yang stylish dan ‘classy’ amat sesuai untuk LADY ROSE ini. Aroma yang floral oriental ini merupakan campuran bunga-bungaan ‘timeless’ dan klasik, memberikan nada elegan dan mewah. Padankan dengan kebaya potongan tradisional, pemakai LADY ROSE patinya lebih menonjol diantara yang lain. Haa, untuk pengetahuan anda LADY ROSE ini adalah campuran daripada bergamot, melur, kenanga dan ada beberapa lagi campuran yang mampu membuatkan haruman ini sebagai aroma yang berani.

 

  1. Elenor

Siapa yang suka kelihatan feminin tapi still nampak muda belia, ha dapatkanlah ELENOR. Walaupun wangiannya bunga-bunga campur sitrus tetapi ia ada aroma yang unik yang menyebabkan orang menoleh dua kali. Sebabnya ia bukan saja ada bunga sweet-sweet seperti peony dan ros, malah ia juga ada aroma cendana dan rempah. Biasanya cendana dan rempah ni ada dalam perfume lelaki kan? Tapi dalam ELENOR ia memberikan aroma yang feminin. Kami yakin orang akan harus bilang WOW gitu.

 

  1. Victoria

Kalau cakap pasal wangian penarik perhatian, tak sah tak cakap pasal VICTORIA. Wangian ini baunya terang dan semerbak, sesuailah untuk orang yang ingin jadi ‘center of attention’. Kalau masuk dewan keramaian, ‘confirm’ orang akan toleh dua kali. Aromanya yang terdiri daripada bunga neroli yang ‘rare’ gitu, digabung dengan manis raspberi dan harum melur, memberikan gaya seorang yang berpengaruh, berkuasa dan luar biasa. Siapa je yang tidak ingin tampil begitu kan? Jangan pening kepala kalau korang jadi rebutan para jejaka ye!

 

Kalau nak tahu, lima wangian EDP ni adalah juga wangian bestseller De’Xandra. Jadi nak grab satu, boleh saja ke mana-mana kiosk terdekat, insyaallah ada stoknya. Yang penting korang tak perlu lagi pening kepala untuk pilih wangian yang sesuai kalau dapat jemputan untuk ke majlis keramaian. Itu saja dari kami untuk minggu ini. Nak tahu banyak lagi tips pilihan wangian, boleh check-out blog kami di minggu-minggu akan datang ya!

September 30, 2019 — de-xandra Admin