Jana Pendapatan Dalam Diam Dengan Dexandra
Jana pendapatan secara online mungkin adalah menyeronokan kerana anda boleh menjadi bos anda sendiri dan mempunyai waktu kerja yang fleksibel.
Namun, ia juga merupakan satu perkara yang mencabar untuk sesetengah individu sekiranya mereka tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.
Jangan risau!
Ikuti tips-tips berikut untuk membantu anda memulakan perniagaan online dan jana pendapatan dengan mudah dan berjaya.
Tips Berniaga Online Dengan De’Xandra
Apakah yang anda perlu lakukan apabila bercadang untuk jana pendapatan secara atas talian? Ikuti tips-tips berikut:
- Manfaatkan pelbagai platform media sosial
Media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram dan blog merupakan satu medium yang sangat efisyen untuk sebarang aktiviti mempromosikan barang.
Salah satu faktornya adalah kerana ia merupakan platform yang sangat popular pada masa kini. Hampir kesemua orang mempunyai akaun sosial media.
Ini membuatkan sebarang maklumat dan mesej tentang produk anda dapat disebarkan dengan mudah kepada ramai pihak.
Sebagai langkah permulaan, anda boleh membuat satu blog atau akaun khas untuk memperkenalkan produk anda kepada bakal pembeli.
Anda juga boleh mendapatkan sokongan keluarga dan rakan-rakan untuk memajukan lagi bisnes online anda.
Untuk memastikan ramai pengunjung ke halaman anda, pastikan konten yang anda pamerkan adalah menarik dan mampu menarik perhatian orang yang melihat.
Jika mereka berminat dengan konten anda, mereka juga akan melakukan pembelian.
- Tidak boleh malas
Rezeki tidak datang bergolek, oleh itu, untuk menjana pendapatan secara online, anda sesekali tidak boleh malas!
Malah, anda perlu rajinkan diri untuk sentiasa bertanya dan berusaha untuk memajukan lagi perniagaan online anda.
Bukan itu sahaja, anda juga haruslah rajin untuk sentiasa berjuang dalam mencari peluang perniagaan.
Seterusnya, anda perlu sentiasa berfikiran positif dan tanamkan kata-kata semangat dalam diri untuk berjaya. Dan yang paling penting sekali, jangan putus asa.
Jika anda kurang mempunyai modal untuk memulakan perniagaan online anda, jangan risau, anda boleh lakukannya secara kecil-kecilan dahulu.
Kadang-kalanya, anda mungkin hanya mengeluarkan modal yang kecil tetapi tidak mustahil anda juga mampu menjana keuntungan yang berlipat kali ganda.
- Peruntukkan masa secukupnya
Jika anda beranggapan bahawa bisnes online ini adalah kerja sampingan yang tidak penting dan tidak perlu banyak dedikasi atau tidak perlu diambil serius, anda silap!
Ramai yang melakukan bisnes online secara sambil lewa kerana ia hanyalah dilakukan dari rumah seperti satu hobi.
Dan, oleh kerana hobi hanya dilakukan ketika waktu terluang, mereka akan bersikap acuh tidak acuh ketika mengendalikan bisnes online mereka.
Ini sama sekali tidak patut dilakukan jika anda ingin menjana pendapatan dengan berkesan secara online.
Pastikan anda membahagikan masa dengan teratur contohnya menetapkan masa dari jam 10 pagi hingga 7 malam untuk mengerjakan perniagaan anda.
Untuk mengelakkan daripada diganggu, anda juga boleh memastikan keluarga dan rakan anda mengetahui jadual kerja anda tersebut.
- Utamakan tugas yang mencabar
Kadang-kala, apabila berhadapan dengan kerja yang mencabar, kita akan mudah rasa tertekan dan mungkin akan berhadapan dengan jalan buntu untuk menyelesaikannya.
Namun jangan bimbang, salah satu cara untuk menangani stress ketika menjana pendapatan secara online adalah dengan mengoptimalkan masa anda.
Anda juga perlu mengutamakan tugasan yang penting dahulu dan mengenalpasti tugasan mana yang perlu diselesaikan dengan segera dan mana yang lebih penting.
Dengan ini, anda dapat melakukan tugasan yang mencabar terlebih dahulu dan tidak membuang masa terhadap tugasan yang kurang penting.
Untuk meningkatkan produktiviti, anda boleh memberikan sepenuh perhatian terhadap tugasan yang sukar ketika waktu pagi di mana anda akan berasa lebih segar dan cergas.
Bukan itu sahaja, jika ada tugasan yang di luar kepakaran anda, anda boleh outsource kan tugas tersebut kepada mereka yang lebih mengetahui.
- Kumpul database pelanggan
Benda yang paling penting sekali dalam jana pendapatan secara online adalah mengumpul database pelanggan.
Namun, apakah yang dimaksudkan dengan mengumpul database pelanggan?
Ia merupakan proses menyimpan emel pelanggan dan merekod maklumat mereka seperti nama, no telefon, maklumat demografi dan sebagainya.
Anda mungkin pernah terputus hubungan dengan rakan-rakan zaman sekolah atau jiran tetangga akibat kehilangan telefon atau melakukan penukaran nombor telefon baru.
Namun, dengan menyimpan e-mel seseorang, anda tidak akan berhadapan dengan masalah ini.
Hal ini demikian kerana, alamat emel yang dicipta akan sentiasa kekal secara atas talian. Proses mencari e-mel rakan anda juga dapat dilakukan dengan mudah.
Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk merekod perjalanan keluar masuk duit perniagaan anda. Ini adalah untuk mengenal pasti sebarang keuntungan dan kerugian yang berlaku.
Bukan itu sahaja, ia juga adalah untuk memastikan hasil kerja anda itu adalah menguntungkan dari segi masa dan wang ringgit.
Kenapa perlu berniaga dengan De’Xandra?
Berminat untuk menambah dan menjana pendapatan dengan mudah secara atas talian? Berita baik buat anda, De’Xandra kini sedang mencari lebih ramai usahawan!
Antara produk keluaran De’xandra adalah Eau De Perfume, Travel Spray, Body Mist dan Air Freshner.
Eau De Perfume keluaran kami dirumus khas untuk para lelaki dan wanita dengan 6 series berbeza iaitu Classic, Elegant, Intense, Luscious, Dynamic dan Deluxe.
Selain itu, Travel Spray 15ml De’xandra juga menjadi rebutan ramai kerana baunya yang wangi dan saiznya yang senang untuk dibawa kemana sahaja.
Gabungan aroma sweet, sitrus dan segar pasti akan membuatkan sesiapa sahaja yang memakainya rasa elegan dan berkeyakinan.
Mengapa anda perlu menjana pendapatan dengan De’Xandra? Sudah tentulah kerana margin keuntungannya yang besar terhadap setiap peringkat reseller.
Bukan itu sahaja, De’Xandra juga menawarkan pelbagai produk yang berkualiti dengan pelbagai jenis yang pasti dapat menarik minat bakal pembeli semasa.
Selain itu, Marketing tools yang kami sediakan pula memudahkan reseller sepanjang proses membuat marketing.
Apa yang memudahkan kerja anda lagi adalah jenama De’Xandra ini sudah pun dikenali ramai di Malaysia dan sentiasa mendapat sambutan ramai pihak.
Visi dan Misi syarikat kami juga adalah jelas dan ia membolehkan anda untuk tahu jauh mana perniagaan ini akan semakin berkembang.
Kini, ramai rakyat Malaysia yang sudah mula mencuba menjadi agen dan berkat usaha mereka telahpun berjaya membuka kiosk mereka sendiri.
Dan jangan terkejut, dengan De’Xandra, tidak mustahil anda akan dapat meraih pendapatan purata sehingga lima angka!
Tunggu apa lagi, jom daftar sekarang!
Dapatkan konsultasi percuma untuk menjana pendapatan dengan De’xandra sekarang!