Hadiah Untuk Isteri: Tak Tahu Nak Bagi Apa? Jom Baca Ini!
Sudah menjadi lumrah alam perkahwinan di mana kadang kala akan berlakunya perselisihan faham antara suami isteri.
Sebenarnya tidak susah pun untuk mengambil hati isteri yang sedang merajuk.
Yang penting adalah si suami perlu tunjukkan usaha dan keikhlasan ketika memujuk.
Tetapi melafazkan kata maaf sahaja tidak semestinya sudah cukup untuk meredakan amarah.
Jadi, ikuti cara-cara berikut untuk memikat kembali hati si isteri.
6 Cara Pikat Hati Isteri
- Dengar luahan isteri
Pertama sekali, beri ruang dan peluang kepada isteri untuk meluahkan apa jua perasaan.
Kadangkala dia hanya mahu tempat meluah sahaja, jadi tidak semestinya anda perlu menyuarakan pendapat.
Jangan biarkan dia pendam lama-lama. Pasangan adalah tempat meluah yang terbaik. Jika dia marah anda, jangan pula marah dia semula.
Cuba mengalah dan bertenang. Sebagai suami, tidak salah rendahkan ego dan dengar luahan isteri dengan teliti.
- Masak masakan kegemarannya
Anda boleh membuat kejutan dengan memasak makanan kegemarannya.
Lebih romantik lagi apabila anda menyediakan ‘candle light dinner’ untuk anda berdua.
Pasti cara ini akan membuatkan si isteri cair, lebih-lebih lagi apabila anda masak dengan penuh kasih sayang dan seikhlas yang mungkin.
- Mengemas rumah
Apabila hati sedang marah atau merajuk, pasti pasangan anda tiada ‘mood’ untuk melakukan kerja rumah.
Eloklah anda yang mengambil alih melakukan kerja rumah seperti basuh serta lipat baju, cuci pinggan, dan kemas rumah.
Biarkan si dia bertenang sementara anda mengemas rumah.
- Membawa keluarga keluar makan
Selain itu, anda juga boleh membawa pasangan dan anak-anak keluar menjamu selera di luar.
Pilihlah restoran kegemaran isteri anda untuk mengambil hatinya.
Tujuannya untuk menghilangkan rajuk si isteri apabila dia melihat kesungguhan dan usaha anda untuk menggembirakan keluarga tersayang.
- Berbulan madu
Siapa kata bulan madu hanya perlu dilakukan sekali sahaja selepas awal perkahwinan?
Tiada salahnya jika pergi berulang kali bersama pasangan anda.
Selain dapat membuat kenangan baru, ia juga boleh menyemarakkan kembali detik romantis bersama pasangan anda.
Pilih sahaja destinasi pelancongan mengikut kemampuan anda. Pasti rumah tangga anda akan kembali berseri.
- Beri hadiah
Yang paling penting semasa isteri sedang merajuk, jangan biarkan dia merasakan yang anda sudah tidak mengambil berat terhadapnya.
Walaupun dia memerlukan ruang dan masa, tunjukkan usaha anda untuk memperbaiki keadaan.
Contohnya, anda boleh memujuknya dengan memberi hadiah, lebih-lebih lagi jika hadiah itu adalah benda yang sangat diingini oleh si dia.
Sebenarnya, tak perlu pun memberi hadiah untuk isteri yang mahal. Asalkan niat di hati itu adalah ikhlas untuk memberitahu yang anda menghargai pasangan anda.
Lama-lama pasti rajuk itu akan hilang dengan sendirinya.
5 Idea Hadiah Untuk Isteri
- Minyak wangi
Minyak wangi merupakan hadiah yang paling sesuai untuk memikat hati isteri.
Contohnya seperti minyak wangi De’Xandra yang merupakan jenama ‘bestseller’ di Malaysia yang menjadi kegemaran ramai wanita.
Terdapat pelbagai pilihan wangian, anda hanya perlu memilih bau yang menepati citarasa pasangan anda.
Pasti pasangan anda akan sentiasa tampil anggun dan bergaya dengan haruman yang memikat hati.
Lebih menarik lagi, De’Xandra juga merupakan minyak wangi setaraf perfume antarabangsa di mana wangiannya mampu bertahan sehingga 8 jam.
Pasti si dia akan menghargai pemberian istimewa daripada anda ini.
- Bunga dan Coklat
Kiriman bunga dan coklat sebagai hadiah kejutan mungkin agak biasa atau cliché bagi sesetengah wanita.
Tetapi jangan risau, kini sudah banyak florist kreatif yang ada cara tersendiri untuk mengubah jambakan bunga dengan cantik sekali.
Anda boleh juga selitkan coklat, belon, kad ucapan istimewa khas untuk isteri anda.
Apabila dia mendapat kiriman tersebut, pasti pasangan anda terkesima dengan kejutan yang diterima.
- Kasut
Kasut merupakan antara pilihan yang baik untuk dijadikan hadiah kerana ia adalah keperluan yang digunakan setiap hari.
Selain itu, ia juga merupakan idaman kaum wanita untuk mempunyai koleksi kasut yang banyak.
Jadi apa salahnya jika anda hadiahkan isteri anda dengan kasut baru.
Pasti si dia tersenyum lebar.
- Beg tangan
Handbag atau beg tangan juga merupakan antara kegemaran wanita tidak kira lapisan umur.
Bertukar-tukar beg tangan setiap bulan sudah pasti menjadi idaman para wanita.
- Tudung
Jika isteri anda merupakan seorang hijabist, pasti dia akan sukakan pemberian tudung baru daripada anda.
Terdapat banyak gaya fesyen tudung terkini yang dijual di pasaran.
Banyak lagi barang yang anda boleh hadiahkan sebagai cara mengambil semula hati isteri tersayang.
Tidak perlulah hanya tunggu hari istimewa seperti hari jadi atau anniversary untuk memberi hadiah.
Demikianlah senarai hadiah yang anda boleh dapatkan untuk pasangan perempuan. Barang-barang ini amat mudah untuk dicari.
Pemberian hadiah kepada pasangan adalah amat penting dalam memastikan kesejahteraan dalam hubungan terjaga.
Buat anda yang ingin menghadiahkan pasangan minyak wangi Dexandra, anda boleh dapatkan melalui website, stokis atau agen Dexandra.
Minyak wangi Dexandra memiliki bau haruman yang berbeza.
Untuk itu, anda boleh mengunjungi website kami terlebih dahulu untuk melihat koleksi minyak wangi yang ada.