Bila tiba musim perkahwinan, pasti ramai diantara kita yang jadi buntu kerana memikirkan hadiah kahwin untuk kawan yang bakal melangsungkan hari penting tersebut.

Semakin rapat kita berkawan, semakin berat persoalan ini bermain di minda, betul?

Keinginan untuk memberi sesuatu yang bermanfaat dan membawa signifikasi terhadap persahabatan anda.

Usah risau lagi kerana dalam artikel ini, kami akan kongsikan 8 hadiah kahwin untuk kawan anda.

Jangan pening kepala lagi dan teruskan membaca!

 

 

8 Hadiah Kahwin Untuk Kawan Anda

Pada bahagian ini, kami akan berkongsi 8 cadangan hadiah kahwin untuk kawan yang boleh anda berikan: 

 cadangan hadiah kahwin

  1. Barangan Perkakas Rumah 

Walaupun kedengaran sangat cliche, namun percayalah, kawan-kawan pasti anda akan menghargai pemberian hadiah ini.

Bagi pasangan yang bakal berkahwin, mereka akan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk persiapan majlis.

Oleh itu, mereka tidak terlalu fokus pada pembelian perkakasan elektronik.

Selain itu, pemberian hadiah berasaskan perkakas rumah sudah menjadi satu lumrah dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sekurang-kurangnya, 2 atau 3 tetamu undangan akan memberi hadiah jenis-jenis ini bagi tujuan congratulate pasangan mempelai.

Antara hadiah elektronik yang anda boleh berikan ketika majlis perkahwinan kawan ialah:

    • Periuk nasi elektronik (electronic rice cooker
    • Sterika 
    • Vakum
    • Electric kettle
    • Microwave
    • Mini peti ais
    • Coffee maker
    • Dish Rack

Untuk hadiah jenis ini, anda boleh membuat pembelian melalui dua cara iaitu:

    • Menggunakan wang simpanan (jika mempunyai wang lebihan)
    • Berkongsi wang bersama rakan-rakan

 

  1. Set pembersihan rumah

Kebanyakkan pasangan yang baru berkahwin akan berpindah rumah bagi memulakan hidup berdua dan berdikari.

Untuk itu, anda boleh membantu mereka dengan menghadiahkan barangan keperluan seperti set pembersihan rumah.

Kedengaran pelik, betul?

Tidak pun, sebenarnya. Pemberian hadiah ini dapat meringankan beban mereka daripada mengeluarkan perbelanjaan wang yang lebih.

Selain itu, mereka juga boleh menggunakan set pembersihan rumah untuk jangka masa yang lama.

Antara barang-barang pembersihan rumah yang anda boleh berikan kepada pasangan berkhawin ialah

    • Span cuci pinggan 
    • Mop lantai 
    • Cecair pencuci 
    • Peluntur 
    • Pewangi rumah atau bilik
    • Wireless vacuum
  1. Set Pinggan Mangkuk

Cadangan kami yang ketiga ialah set pinggan mangkuk. Hadiah ini kedengaran typical, tetapi ianya sangat berbaloi, berpatutan, dan boleh digunakan untuk jangka masa yang lama.

Lagi-lagi apabila anda “selitkan” juga pinggan kecil dan ringan untuk cahaya mata mereka nanti. Pasti berbunga-bunga hati si pasangan! 

 mesin pembuat kopi

  1. Coffee maker 

Kawan anda penggemar kopi yang tegar?

Anda boleh dapatkan coffee maker  kerana ia merupakan hadiah yang paling sesuai.

Apatah lagi, sekarang sudah ada pelbagai jenama coffee maker di pasaran. Jadi, anda boleh memilih coffee maker yang bersesuaian mengikut bajet anda.

Inginkan efek yang lebih dramatik?

Letak nota kecil yang mengatakan anda akan menunggu jemputan “mengkopi” bersama mereka suatu hari nanti.

Ini bertujuan untuk bertanya khabar serta menjaga persahabatan meskipun mereka sudah berumahtangga. 

 skincare

  1. Skincare, Bodycare dan Make up 

Tidak kira perempuan atau lelaki, penjagaan diri dan kebersihan diri itu perlu diutamakan.

Lebih-lebih lagi, bagi pasangan suami isteri yang baru sahaja berkahwin. Sudah tentu mahu kelihatan segak dan rapi walaupun berada di rumah.

Hadiah set penjagaan diri seperti skincare dan personal care amat sesuai diberikan untuk kawan lelaki atau perempuan.

Produk seperti losyen, minyak wangi, scented candle, dan alat solek (bagi kawan perempuan anda).

 

  1. Gift Voucher

Cadangan kami ini sedikit berbeza daripada yang dinyatakan di atas.

Sekiranya anda mempunyai kengkangan masa untuk memberi hadiah secara fizikal, anda boleh berikan gift voucher kepada si dia.

Walaupun gift voucher ini ringan (secara jisimnya), tetapi, ia membolehkan rakan anda menikmati potongan harga ketika bershopping.

Siapa saja yang tidak teruja apabila terdengar perkataan “promosi”, betul?

 

  1. Pakaian Tidur

Pilihan yang ke-7 pasti buat anda terkejut. Hadiah ini sesuai untuk teman-teman yang rapat sahaja.

Sekiranya, kawan rapat anda akan berkahwin, anda boleh berikan set pakaian tidur kepada dia. Kini, anda boleh dapatkan pelbagai set pakaian tidur di online platform.

Bukan sahaja ia mendatangkan gelak ketawa semasa sesi membuka hadiah, malah ia juga boleh merapatkan persahabatan. 

 hadiah kahwin

  1. Perfume De’Xandra

Dengan pemberian hadiah perfume De’xandra, anda tidak perlu risau mengenai bau-bauan. Hal ini kerana perfume De’xandra mempunyai pelbagai pilihan untuk lelaki dan perempuan.

Demikianlah senarai hadiah yang anda boleh berikan kepada kawan anda yang baru menjadi pasangan perkahwinan. 

Jangan risau, barang-barang ini amat mudah untuk dicari di kedai dan platform online. Pemberian hadiah daripada seorang kenalan yang rapat pasti berharga buat mereka.

Buat anda yang ingin menghadiahkan kawan yang baru berkahwin minyak wangi Dexandra, anda boleh dapatkannya melalui website, stokis atau agen Dexandra

Minyak wangi Dexandra memiliki bau haruman yang berbeza. Untuk itu, anda boleh mengunjungi website kami terlebih dahulu untuk melihat koleksi minyak wangi yang ada. 

Selain minyak wangi, kami juga mempunyai air freshener yang memiliki pelbagai bau yang menarik. Antaranya adalah bau buah-buahan, bunga, dan lain-lain. 

Dapatkan Dexandra untuk pasangan anda sekarang juga.

Pilih Hadiah Untuk Si Dia Di Website Kami

July 04, 2022 — de-xandra Admin