Minyak wangi adalah campuran daripada wangian pati atau aroma sebatian, bahan pengikat, dan pelarut untuk menghasilkan bau yang segar dan menyenangkan.

Pasti ramai yang tidak tahu mengapa wangian yang dipakai tidak tahan lama. Sebenarnya, ia bergantung pada kepekatan dan kekuatan sebatian aromatik itu.

Jom baca artikel ini untuk ketahui maklumat mengenai minyak wangi dengan lebih lanjut. 

4 Sebab Lelaki Perlu Pakai Minyak Wangi

Minyak wangi dan deodoran adalah barangan yang wajib bagi memastikan bau pada badan kita kekal segar dan menyenangkan. 

Berikut merupakan 4 sebab mengapa lelaki perlu memakai minyak wangi:

 minyak wangi lelaki

  1. Mewangikan tubuh badan

Minyak wangi jelas telah digunakan sejak dahulu lagi bagi mengekalkan wangian pada tubuh badan kita. 

Ia juga dapat membantu mencegah daripada bau badan yang tidak disenangi oleh orang ramai apabila kita berada di tempat awam.

 

  1. Meningkatkan mood mengikut suasana

Selain itu, kelebihan utama memakai minyak wangi adalah untuk meningkatkan mood. 

Secara tidak langsung, ia membantu meningkatkan semangat kita.

meningkatkan keyakinan diri 

  1. Meningkatkan keyakinan diri

Sama seperti pakaian yang cantik, minyak wangi yang bagus dapat meningkatkan keyakinan pada diri kita. 

Pastikan pemilihan aroma sesuai dengan personaliti kita  serta yang boleh meningkatkan keyakinan.

 

  1. Membantu mengawal stress

Minyak wangi membantu untuk meningkatkan mood dan suasana yang boleh mengawal stress dan tekanan.

  

Bagaimana Mahu Pilih Minyak Wangi?

Setiap manusia mempunyai minyak wangi pilihan yang tersendiri. Jadi, bagaimana untuk ketahui pilihan yang bersesuaian dengan diri kita? 

Ikuti cara-cara di bawah ini:

 cara memilih minyak wangi

  1. Uji pada Kulit

Buat pengetahuan anda, minyak wangi mengeluarkan aroma yang berbeza apabila disembur pada permukaan kulit kita. 

Oleh sebab itu, uji minyak wangi tersebut pada pergelangan tangan bagi mendapatkan jenis bauan yang diingini. 

Tetapi, elakkan daripada testing minyak wangi yang terlalu banyak pada satu masa. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada anda tersalah beli atau pening kepala. 

Tips tambahan, elakkan daripada membuat semburan minyak wangi kepada orang lain. Ini disebabkan setiap orang memiliki kelembapan dan pH kulit yang berbeza.

 

  1. Mood wangian

Mood wangian perlu diambil kira dalam proses pemilihan minyak wangi. 

Mood wangian bermaksud bau wangian mestilah mengikut suasana dan keadaan sekeliling. Sebagai contoh, wangian untuk sukan dan bekerja adalah mood yang berbeza

Ketika bersukan, ramai yang memilih haruman yang lebih keras manakala wangian yang lembut sesuai penggunaan di pejabat.

 

7 Minyak Wangi Lelaki Harga Mampu Milik

Berikut merupakan senarai minyak wangi yang terbaik dengan harga mampu milik:

 

  1. Paco Rabanne

Baunya yang segar dan pada masa yang sama ianya ada moody juga. 

Minyak wangi ini sesuai buat mereka yang suka akan aktiviti luar dan bersukan.

 

  1. Dashing EDT Speed

Minyak wangi ini mempunyai haruman yang maskulin dan memberi kesegaran berpanjangan. Ia direka untuk kesesuaian kulit lelaki ketika berpeluh dan dibawah cahaya matahari.

 

  1. UBERMEN Eau De Toilette Style Freedom Extreme

Minyak wangi ini memberikan kesegaran, kemas, maskulin, dan bergaya. 

Ia boleh digunakan bagi melengkapkan imej lelaki yang bergaya dan ianya sangat terkenal dikalangan remaja.

 

  1. BE by Calvin Klein Perfume For Men

Calvin Klein merupakan jenama yang terkenal. Ianya sangat berkualiti dan tahan lama, memberi haruman maskulin dan kesegaran sepanjang hari.

 

  1. ADIDAS Dynamic Pulse for Men

Minyak wangi ini adalah wangian yang kuat, maskulin dan terbaik untuk digunakan sebagai wangian harian. 

Sesuai untuk kegunaan ketika bersukan kerana ia tidak ada bau yang kurang menyenangkan semasa anda melakukan aktiviti luar. 

Minyak wangi ini mempunyai bau segar Citrus Cedar dan Mint dengan buah-buahan manis, Fragrant Woods dan Tonka Bean.

 

  1. ROMANO Metro Pulse Perfume for Men

Romano Metro Pulse diformulasi dengan adunan Citrus dan Aqueous yang menyegarkan. 

Ianya dicampur bersama daun Pudina dan Sage yang menyamankan serta diakhiri dengan kehangatan Woody. 

Ia juga memberi kesan yang segar dan provokatif, serta tahan selama 8 jam. Haruman ini sempurna untuk lelaki urban bersemangat tinggi.

 minyak wangi lelaki edp

  1. MALIK OUD Perfume for Men

Malik Oud Eau de Parfum adalah minyak wangi yang memberi haruman yang sedikit segar dan haruman kayu. 

Dihasilkan daripada Grapefruit, Marine Notes and Tangerine yang natural serta bunga Jasmine dan daun Bay. Jadi, minyak wangi adalah berasaskan haruman floral. 

Ia sesuai untuk golongan muda dan ideal untuk kegunaan seharian.

Selain daripada senarai di atas, minyak wangi berjenama; De’Xandra menjadi rebutan pengguna setia terawalnya. 

Ia bukan sahaja mahu milik tetapi untuk menikmati aroma sensasi revolusi Eau De Parfum (EDP) yang nyata, baunya tahan lebih lama.

Terdapat 15 haruman eksklusif dicipta yang mana 10 untuk wanita dan lima lelaki dalam kandungan botol 15ml dengan harga mampu milik.

Kajian dan pembangunan yang teliti telah dijalankan dalam memperkenalkan 15 haruman terbaharu menerusi slogan slim, sleek dan sassy dalam rekaan botol yang lebih kecil, mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh klik pautan dibawah untuk lawati kami di laman web rasmi De’Xandra.

 

Dapatkan Minyak Wangi Daripada De’Xandra Sekarang!

September 02, 2022 — de-xandra Admin