Anda ketandusan idea dan sedang mencari hadiah untuk diberikan kepada orang tersayang dan sahabat handai?

Jangan risau, di dalam artikel ini akan disenaraikan hadiah hari jadi yang terbaik dengan pelbagai pilihan yang membolehkan anda memilih serta mengikut bajet anda.

Benar, setiap orang akan menjadi cerewet dalam membuat keputusan jika melibatkan untuk memilih dalam banyak perkara apatah lagi untuk yang tersayang.

Lebih-lebih lagi kaum wanita. Jadi pastikan ambil tahu apa yang penerima suka sebelum anda membeli hadiah dan survey hadiah untuk penerima.

Apabila sudah tahu, pasti lebih mudah untuk mencari hadiah dan datang idea yang bersesuaian dengan minat, umur latar belakang dan lain-lain.

8 idea yang anda boleh beri hadiah kepada sesiapa yang anda hendak beri.

 kasut

  1. Kasut

Kasut sangat sesuai untuk diberikan semasa sambutan hari jadi. Percaya atau tidak, orang yang meminati kasut akan berasa kasutnya tidak mencukupi walaupun penuh 1 rak kasut. Betul atau tidak?

Anda boleh belikan kasut jenis flatsneakers atau yang bersesuaian untuk kegunaan harian. Namun, pastikan anda tahu saiz kaki mereka. Cepat cari di pasaran atau kedai yang bersesuaian!

 hadiah hari jadi

  1. Bouquet Makanan

Tak semua orang suka akan benda-bendaan. Ada orang suka makanan, lagi-lagi makanan kegemaran mereka. Jadi cubalah cari bouquet yang bersesuaian dengan minat penerima.

Sebagai contoh, beri sejambak coklat, gula-gula, burger, ayam goreng dan macam-macam lagi. Semestinya mereka akan sayang anda lebih!

 jam tangan

  1. Jam Tangan

Perempuan mahupun lelaki semestinya suka akan aksesori yang berguna untuk mereka. Sebagai contohnya, jam tangan.

Pemberian jam kesihatan (smart watch) mempunyai banyak manfaat seperti pantau kalori yang sudah dibakar, jarak jalan dan macam-macam lagi.

Selain itu, pemakaian jam menampakkan si pemakai kelihatan elegan dan mempunyai kelas tersendiri.

 minyak wangi

  1. Minyak Wangi

Sudah menjadi lumrah manusia suka akan wangian. Kadang kala, wangian menjadikan seseorang lebih yakin, berketerampilan dan  ceria.

Kaum wanita meminati bau-bauan yang lembut seperti bau bunga dan manis. Lelaki pula cenderung meminati haruman maskulin yang kuat dan fresh.

 tumbler

  1. Tumbler atau Tupperware

Apa kata anda beri hadiah tumbler dan Tupperware yang comel-comel kerana banyak jenis rekaan yang sesuai berada di pasaran.

Semestinya ianya sangat berguna kepada si penerima kerana boleh digunakan di rumah atau bawa ke tempat kerja.

Lebih-lebih lagi sekarang anda boleh custom bekas ini supaya nampak lebih menarik mengikut design yang kita minati.

 beg

  1. Beg atau Beg Tangan

Tidak kira lelaki atau perempuan, semestinya sukakan beg. Apa kata anda hadiahkan kepada mereka kerana ia pasti digunakan ke mana sahaja mereka pergi.

Beg atau beg tangan merupakan salah satu perhiasan untuk kaum lelaki dan perempuan untuk meletakkan segala barangan yang hendak di bawa keluar.

Contohnya, telefon, dompet, tisu, minyak wangi dan lain-lain lagi.

 barangan elektrik

  1. Barangan Elektrik

Barang elektrik seperti ketuhar atau air fryer sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah hari jadi untuk orang yang kita sayangi.

Ini kerana barangan tersebut boleh memudahkan segala urusan mereka di dapur. Lagi-lagi mungkin mereka jenis orang yang sibuk sehinggakan selalu beli makanan di luar.

Mungkin dengan pemberian hadiah ini dapat membantu mereka berjimat duit dan masak di rumah.

 hadiah hari jadi

  1. Bantal

Bantal yang bercorak atau bertulis perkataan yang manis-manis mampu dijadikan hadiah hari lahir.

Bagi seseorang, hadiah berbentuk bantal atau anak patung yang comel adalah sangat romantis.

Mereka boleh jadikan ia sebagai bantal tidur atau hiasan di dalam bilik, ruang tamu atau di kereta.

 

Itulah dia 8 hadiah yang sesuai untuk lelaki mahupun perempuan dengan bajet yang anda ada tak kira rendah atau tinggi mengikut kemampuan anda.

Pasti mereka si penerima sangat gembira dan seronok apabila menerima hadiah daripada anda.

Dalam pemilihan hadiah, adalah lebih penting untuk memberikan sesuatu yang berguna dalam kehidupan harian agar barangan tersebut tidak tersimpan di dalam almari sahaja.

Melalui pemberian hadiah tersebut dapat membina hubungan silaturahim dan membuatkan kita lebih baik dan akrab dengan si penerima.

Oleh itu, berikanlah hadiah yang paling bermakna sebagai hadiah hari jadi mereka untuk membuatkan orang yang kita sayang gembira.

Buat anda yang masih tercari-cari di mana tempat untuk beli hadiah, jom semak laman web Dexandra. Minyak wangi yang sangat eksklusif namun boleh didapati dengan harga yang sangat berpatutan berada di Dexandra.

Di samping minyak wangi, mereka juga ada menjual pewangi kereta yang sudah berada di merata tempat. Sebagai contoh, kedai runcit, stesen minyak dan banyak tempat lagi.

 

KUNJUNGI DE’XANDRA UNTUK MELIHAT KOLEKSI MINYAK WANGI!

September 26, 2022 — de-xandra Admin