Cakap pasal makanan, orang kita ni memang suka. Dari Utara ke Selatan, Timur ke Barat, ada saja makanan yang menjadi igauan semua. Maklumlah, Malaysia ni kaya dengan makanan yang sedap-sedap tau. Dan melalui makanan jugalah rakyat Malaysia dapat disatukan.Yelah sekarang ni, tak kira restoran cina ke melayu ke india ke, mesti penuh dengan orang pelbagai jenis. Ni kami senaraikan makanan yang confirm satu Malaysia suka, sebab ia 100% stail kita!

 

  1. Nasi Lemak

Nasi lemak merupakan salah satu makanan kegemaran orang Malaysia tidak kira kaum. Kalau pagi-pagi menyinggah gerai nasi lemak mesti korang perasan semua jenis kaum tengah beratur. Asasnya nasi lemak kita ni letak telur, timun, ikan bilis goreng,kacang goreng dan sambal. Namun sekarang ni, pelbagai hidangan yang disajikan bersama nasi lemak. Ada yang makan nasi lemak dengan ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu. Itu belum lagi nasinya yang sekarang dah macam-macam warna. Dari putih kini biru, hijau, merah, kuning, semua ada. Punya nak kasi viral kan! Tapi apa-apapun, pergilah ke negeri mana sekalipun nasi lemak ‘biasa’ pasti menjadi pilihan semua.

  1. Otak-otak

Otak-otak ni asalnya makanan tradisional dari perkampungan nelayan. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor”. Mana lagi sedap ye otak-otak ni? Kalau nak tahu cubalah dulu, yang pasti rasa nya tidak akan jauh beza. Otak-otak ni diperbuat daripada isi ikan laut dan dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah. Tapi ikan air tawar pun boleh dibuat otak-otak tau? Tapi tak semua ikan lah, antara ikan-ikan yang sesuai untuk buat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah ni perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Aroma daun dibakar tu membuatkan aromanya lebih umph! So, tunggu apa lagi kalau dah kecur air liur tu boleh dah cari kat kedai-kedai makan ya.

  1. Laksa

Laksa adalah makanan mi yang perlu dimakan bersama kuah ikan yang pekat berempah. Budaya makan mi berasal dari budaya Tiongkok dan budaya makan berkuah dari kaum Melayu, maka bila bergabung jadilah ia Laksa. Nama Laksa diambil dari bahasa Sanskrit (India kuno) iaitu Laksha. Di Malaysia laksa mempunyai pelbagai versi, ada laksa lemak, laksa asam, laksa Penang, laksa Sarawak dan laksa Johor. Agak-agak boleh tak tekak korang terima semua jenis laksa ni? Kalau boleh, memang confirm korang rakyat Malaysia sejati. 

4 .Nasi Kandar

Kalau tak sebut nasi kandar, tak jadilah kita nak cerita tentang makanan Malaysia kan? Nasi Kandar ini wujud hasil imigran India Muslim yang berhijrah ke Pulau Pinang. Mereka menjual nasi dengan menggantungnya “kandar” di atas bahu. Dalam kandar ini terdapat nasi, kuah gulai berempah, sayur goreng dan macam-macam lagi. Kini orang tak kandar nasi lagi, hanya dijual di restoran-restoran dan kadangkala dihantar kepada pelanggan melalui “delivery”. Nasi kandar biasanya ditemui di Utara Malaysia, dengan ada versi nasi kekuningan berherba yang dipanggil “nasi ganja”. Tak, jangan risau – nasi ganja tak ada daun yang mengkhayalkan. Cuma ia cukup sedap sampai teringat-ingat ke esok hari! 

  1. Yee Sang

Kalau nak tahu, tradisi lambung-lambung makanan pakai chopstick setiap Tahun Baru Cina ni, tak wujud di negara lain tau. Yang melahirkannya ialah anak Malaysia dari Seremban. Ya! Yee Sang atau nama asalnya  Sup Kum Yee Sang (sepuluh deria) dihasilkan oleh Loke Chin Kee. Setiap bahan dalam Yee Sang ini melambangkan kejayaan, kekayaan, kecantikan, panjang umur dan banyak lagi. Asalnya ada tiga puluh bahan dan setiap bahan mesti mengikut aturannya tersendiri. Mujur sekarang banyak versi yang lebih simple siap ada dalam package set lagi. Boleh ambil satu buat di rumah bersama rakan atau keluarga!

  1. Roti Canai

Ada banyak perbincangan tentang asal-usul roti canai. ada yang cakap ia berasal dari perkataaan mencanai, iaitu menguli dan menarik roti hingga leper. Ada juga yang mengatakan ia berasal dari Chennai, India. Yang penting, roti canai ni memang ada di Malaya sejak kewujudan imigran dari India lebih seabad dulu. Lama kelamaan, ia menjadi makanan yang dinikmati oleh semua. Biarpun negara lain seperti Singapura dan Thailand juga ada roti canai, tapi roti canai Malaysia ni special, kita makan dengan kari bersama sambal – lagi pedas lagi pow! Tapi ada juga rakyat Malaysia yang suka makan manis-manis–makan iaitu roti canai pisang, roti canai jagung, roti tisu atau makan roti kosong saja dengan susu pekat manis. Hm, patutlah ramai kena Diabetes. Opss! Sekali sekala sudahlah ya!

  1. Roti Titab

Tahukah anda roti titab ini ciptaan yang agak ‘baru’ dalam industri makanan kita? Ya, berbanding roti canai atau nasi lemak, ia wujud sejak 2010. Diwujudkan oleh seorang pengusaha kopitiam bernama Wong Nye Hua, beliau mendapat idea setelah memakan roti bakar telur goyang di China. Jadi beliau mereka stail sendiri iaitu roti dibakar atas arang, disapu majerin, diletakkan telur goyang, dan 4 sudu serikaya di setiap sudut roti. Truly Malaysia! Biarpun Wong memegang hakcipta sepenuhnya roti ini, ia tetap boleh didapati di banyak kopitiam di seluruh negara. Tapi tetap tiada siapa yang boleh ‘challenge’ roti titab original dari kedai milik Wong di Pengkalan Chepa, Kelantan ya. Jadi kalau ada peluang singgahlah ke sana

Bestnya lah dekat Malaysia ni kan pelbagai makanan yang kita boleh dapat. Cuma rajin atau tak rajin saja nak pergi cari makanan tu. Korang mesti dah pernah try at least separuh dari dalam list ni kan? Jadi kalau korang terrer apa kata korang main kuiz “makanan malaysia” ni. Kalau terrer, tunjukkan resultnya pada kawan-kawan ye. https://app.involve.me/dexandra/anda-terrer-tak-pasal-makanan-malaysia

 

Oh ya, alang-alang tengah layan makanan Malaysia tu, janganlah lupa bawa perfume ya. Touch-up sedikit sebelum teruskan perjalanan atau masuk office. Karang semerbak bau rempah kari, pening member. Layari laman web dexandra.com dan korang boleh tengok kempen yang tengah ada sekarang. 

 

Selamat menjamu selera!

August 30, 2019 — de-xandra Admin