Banyak produk-produk yang ada di Malaysia ni tapi siapa yang sangka ada produk yang kita anggap dari Malaysia dan ada juga yang kita anggap ianya bukan dari Malaysia rupanya betul produk itu adalah produk tempatan. Emm… Macam mana kita nak tahu ya tentang produk-produk ni? Haa, kalau nak tahu jom baca artikel ni comfirm korang akan “ lahhh Malaysia rupanya produk ni!” 

  1. Royal Selangor

Ha ni mesti ramai orang tahu. Nama pun ada Selangor, semestinya jenama ni dilahirkan di negara Malaysia. Kalau korang nak tahu inilah pengeluar terbesar barangan buatan pewter di Malaysia dan juga di dunia! Asalnya nama kedai ini ialah Jade Peace, tapi selepas disokong Sultan Salahuddin, Sultan Selangor ke-8, ia ditukar nama menjadi Royal Selangor. Produk Royal Selangor seperti set teh, cawan, bekas abu rokok dan lain-lain, telahpun dieksport sejauh Australia, Eropah, Jepun dan Hong Kong. Istimewanya pembuatan barang pweter oleh Royal Selangor ini menggunakan sejenis daun dinamakan ‘stone leaf’ untuk proses penggilapan barang hingga berkilau. Royal Selangor juga pemegang rekod Guiness untuk mug pewter terbesar di dunia dengan berat hampir 3,000kg. Kalau ke HQnya di Setapak bolehlah singgah sekejap selfie dengan mug ni!

 

  1. PREMIER

Haa, siapa sangka tisu PREMIER ini adalah produk Malaysia? Tisu ini antara produk yang berkualiti diantara tisu-tisu yang terdapat di pasaran. Produk PREMIER ini dimiliki oleh NTPM Holdings yang telah diasas oleh Lee See Jin. Pada tahun 1975, syarikat ini telah mengeluarkan produk pertamanya iaitu kertas gulung. Pada tahun 1981, NTPM mula memproses dan menjual kertas tisu dan tisu gulung ke pasaran. Kini tisu PREMIER sudah berkembang dan pasarannya semakin maju. Uniknya PREMIER ini, mereka selalu menjual kotak tisu dengan design mengikut perayaan Malaysia seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali. Oh ya, kalau singgah ke pasaraya minggu ini mungkin korang akan lihat Premier Edisi Merdeka!

 

  1. The Manhattan Fish Market

Pasti ramai yang menyangka The Manhattan Fish Market ini asal dari Manhattan kan? Sebenarnya sangkaan itu salah kerana The Manhanttan Fish Market ini sebenarnya produk Malaysia yang diasaskan oleh 2 orang sahabat baik yang berasal dari Malaysia iaitu George Ang dan Dr. Jeffrey Goh. Walaupun pada pertama kali restoran ini dibuka di Singapura pada tahun 2008 telah mendapat banyak kritikan tetapi nasib menyelebahi mereka apabila lebih banyak respon positif yang diterima berbanding negatif. Disebabkan itu dalam masa yang singkat restoran rangkaian makanan laut ini semakin berkembang dan kini restorannya sudah beroperasi di banyak negara.

 

  1. JobStreet.com

Kebanyakan graduan yang sudah menamatkan pengajiannya pasti akan mencari pekerjaan. Kalau dulu nak cari kerja mesti akan guna cara manual. Tetapi berbeza dengan sekarang kerana pelbagai aplikasi dan laman sesawang yang boleh digunakan untuk mencari kerja. Antara laman sesawang yang kerap digunakan ialah JobStreet.com. Laman sesawang JobStreet.com ini adalah hasil dari buah fikiran Mark Chan Mun Kee, iaitu bekas seorang jurutera pemprosesan di Kendall International. Mark Chan mewujudkan laman sesawang ini adalah untuk menyediakan platform automatik bagi memudahkan urusan pencarian pekerja yang telah ditawarkan oleh majikan. Kini, JobStreet.com telah diiktiraf sebagai syarikat pekerjaan dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara.

 

  1. Grab / MyTeksi

Cakap pasal produk Malaysia yang berjaya, tak sah kalau tak sebut Grab. Grab atau nama lamanya GrabTaxi atau MyTeksi ialah satu app yang membolehkan orang menempah teksi untuk pergi ke mana-mana. Dahulu sebelum app ini wujud, pelanggan terpaksa tahan teksi di tepi jalan, atau telefon syarikat teksi yang mereka ingat dan mohon dihantarkan teksi. Tak tahan dengan kesukaran menahan teksi, Tan Hooi Ling dan Anthony Tan pun hasilkan app ni. Sekarang dengan app saja, pelanggan dapat berhubung dengan semua pemandu teksi yang ada di jalanraya dan terus panggil yang mana ada, malah boleh bayar secara kad kredit atau e-wallet jadi tak ada masalah “tak ada duit kecil” lagi. Bukan itu saja malah Grab kini boleh hantarkan makanan dan jadi runner untuk barangan korang. Grab dah berkembang jadi nama besar di seluruh Asia Tenggara. Tak hairanlah, nilai syarikat Grab dah capai satu billion USD tau. 

 

  1. Sushi King

Tahukah anda Sushi King ini adalah jenama Malaysia? Ramai sebenarnya yang tidak tahu fakta ini. Kita hanya tahu makan saja. Yelah sedap kan sushinya lagi-lagi masa sale. Hehe. Walaupun Sushi King diasaskan di Malaysia tetapi pengasasnya sebenarnya berasal dari Jepun iaitu Tan Sri Dato’ Seri Dr. Fumihiko Konishi. Outlet pertama yang dibuka ialah pada tahun 1995. Sushi King ni peneraju yang terawal di Malaysia dalam konsep ‘Kaiten Sushi’ atau ‘Revolving Sushi’ iaitu konsep sushi yang dihidang atas laluan trek. Sekarang, di Sushi King bukan hanya ada sushi sahaja tau, banyak lagi hidangan Jepun yang ada seperti bento, ramen dan cheesecake Jepun. Kini Sushi King antara salah satu penyedia Sushi dengan pendaftaran Halal Jakim di Malaysia. Emm…sedapnya!

 

  1. Life

Siapa sangka sos Life merupakan produk Malaysia. Banyak restoran fast food selain Kentucky Fried Chicken (KFC) yang menggunakan sos Life ini dalam hidangan makanannya. Antaranya ialah Pizza Hut, RasaMas dan banyak lagi. Sos Life ini diasaskan oleh syarikat Region Food Industries (RFI) Sdn. Bhd. Pada tahun 1978. Pada tahun 1994, syarikat Life ini telah dibeli oleh KFC Holding (Malaysia) Bhd. sebagai tanda sokongan mereka kerana telah membekalkan sos ke rangkaian restoran KFC di seluruh negara. Kini, RFI merupakan pembekal utama produk sos original dan berkualiti bukan sahaja di Malaysia tau tapi di negara-negara lain juga. Namapun orang Malaysia, kalau tak ada sos, tak ada life!

  1. Fipper

Dengan cuaca di Malaysia yang panas ini menyebabkan ramai memilih untuk memakai selipar berbanding kasut. Fipper telah mengeluarkan rekaan selipar yang simple bukan sahaja mudah untuk dipakai malah boleh bergaya. Korang nak tahu tak kisah di sebalik pengasas Fipper ni? Kisah pengasas ini standing tau dengan kisah Mack Zuckerberg dan Bill Gates! Sama seperti tokoh tersebut, pengasas Fipper  sanggup mengambil risiko berhenti belajar di universiti semata-mata untuk mencapai impian. Fipper ini diasaskan oleh seorang pemuda yang bernama Jack Lim pada tahun 2008. Ramai orang suka selipar Fipper ni sebab ‘solid’ dari getah asli, tak mudah tergelincir dan yang penting selesa dipakai. Disebabkan kualitinya, ada yang menyangka Fipper ni international tapi sebenarnya kilangnya di Seri Kembangan, Selangor sahaja. Cuma ia sudah berkembang ke Brunei, Indonesia, Singapura, Cambodia dan Vietnam. Wow! Siapa sangka kan.

 

  1. TheLorry

Simple saja namanya, The Lorry. Lori syarikatnya pun sering kelihatan di jalanraya, dengan warna merah menyala. The Lorry diasaskan Nadhir Ashafiq dan Chee Hau sebagai syarikat sewa lori untuk kegunaan pindah barang. Kini ianya adalah syarikat logistik besar yang mendapat sokongan syarikat gergasi seperti Unilever dan telah berkembang ke Singapura, Indonesia dan Thailand. Berbeza dengan syarikat logisitik lain, ia menggunakan online portal untuk membolehkan pelanggan menempah dan memohon servis pengangkutan. Syarikat ini biarpun masih baru, namun perekembangannya cukup memberangsangkan sehingga mendapat suntikan pelaburan lebih 8 juta USD sejak permulaannya. Semoga lebih banyak pencapaiannya yang kita dengar di masa hadapan!

 

Lahh, rupanya banyak juga kan produk yang kita sendiri tak sangka itu produk tempatan. Banyak lagi sebenarnya yang korang tak tahu apa apa pun jangan pernah bosan okay untuk membaca. Teruskan membaca artikel yang seterusnya ya! 

September 03, 2019 — de-xandra Admin
Tags: Zatul Akma