Bila flight delay mesti mood akan kelaut kan? yelah dah planning nak gerak pukul sekian, tetibe flight delay pulak, dah kena ubah plan kita disaat-saat akhir. Tapi jangan salahkan airline pulak sebab mereka bukan sengaja nak delay masa untuk sesuatu flight itu berlepas. pasti ada sebab-sebab tertentu. Kebiasaannya flight delay adalah atas sebab masalah cuaca dan masalah teknikal yang sememangnya tidak dapat dielakkan.

Jangan stress-stress ye! biasalah bila nak pergi travel jauh-jauh ini pasti ada je masalah yang akan terjadi tanpa kita jangka. Untuk korang yang selalu pergi travel tu nak tahu apa aktiviti yang boleh korang lakukan untuk naikkan semula mood anda yang dah down tu?

1. Kemaskini profil media sosial
Setiap orang pasti mempunyai akaun media sosial kan? Tidak kira lapisan umur pasti memiliki akaun media sosial sendiri. Jadi alang- alang wifi laju di airport, kemaskini media sosial tu so korang tak rasa masa yang berlalu itu terlalu lama.

 

2. Layan movie kegemaran anda
Setiap orang mesti mempunyai movie kegemaran masing-masing kan? Jadi sementara nak tunggu masa flight berlepas layan lah dulu movie kegemaran korang. Mesti korang akan rasa masa berlalu tu sekejap sangat tanpa korang sedar. Jadi, sebelum gerak ke airport download lah terlebih dahulu ye movie. risau dekat airport tiba-tiba wifi terganggu, sangkut pulak streaming.

 

3. Belajar Bahasa baru menggunakan apps
Bagi menunggu masa sementara flight delay korang boleh lah berlatih bahasa asing dengan menggunakan aplikasi contohnya Duolingo atau babelfish. Jadi bila dah belajar tuh mudahlah korang masa travel nanti sebab tidak semua negara bertutur dengan bahasa English.

 

4. Baca blog-blog travel
Apabila korang baca blog-blog travel ini bukan sahaja korang boleh isikan masa terluang semasa flight delay secara tak langsung korang juga akan mengetahui budaya dan tempat-tempat menarik di tempat yang korang nak travel tu. Kan mudah bila korang dah tahu selok-belok tempat tu sebelum korang pergi travel.

 

5. Spray perfume Rush
Dan terakhir sekali paling korang tak sangka bila mood korang down… cubalah spray perfume ! Dengan Twist & Spray Rush pasti mood travel korang tu akan kembali semula. Untuk jejaka versatil yang sentiasa mengembara seperti korang Rush memang kena gaya.

Dengan Twist & Spray Rush ia akan memberikan korang rasa segar sepanjang hari. Bergamot dan lada memulakan aromanya, diikuti bunga labdanum, lavender, ambroxan dan kayu cedar untuk sisi yang lebih menggoda kepada si Hawa.
Jadi sebelum next trip tu , dapatkan segera perfume Twist & Spray Rush ini tau.Jangan lepaskan peluang sementara stok tengah panas ni. Layari www.dexandra.com/chooseyours

July 29, 2019 — de-xandra Admin