Anda ejen official De’Xandra? Dah lama jadi reseller tapi sale takat seribu dua je? Nak kata barang tak best, ejen lain ratus ribu pulak sale dia kan? Tertanya-tanya apa korang boleh buat untuk dapat sale level-level top ejen? Nak tak sis kongsikan TIGA benda yang hanya ejen je boleh buat untuk jadi kaya?
Jom follow artikel sis sampai habis…
.
TIGA TIPS UNTUK MEMASTIKAN SALES ANDA POWER
.
1. Jual diri bukan jual barang je.
.
Aik, jual diri? Eh kita ada maruah la!
Eh…jangan marah, bukan jual diri yang macam tu. Tapi jual diri anda sebagai seorang yang hebat, seorang yang mahir, seorang yang “perfume consultant”. Sebabnya, HQ cuma promote produk dan brand saja.Matlamatnya supaya customer teringin nak beli. Jadi bila customer teringin nak beli, dia akan cari ejen yang dia paling kenal atau paling percaya. Sebab tu ada ejen yang ramai customer pm ada yang emm…krik krik (maaf ye).
.
Jadi tugas pertama anda ialah lahirkan diri anda semula sebagai brand dan kaitkan dengan De’Xandra. Contoh De’xandra by Vazz Enterprise, DiannaYana De’Xandra, Salina Taman Sembuana De’Xandra. Setiap kali buat post, sebutkan nama brand anda berkali-kali. Selitkan kad business anda dalam beg setiap kali berjual. Buat kad bisnes yang mudah di website Canva secara percuma.

Stail sungguh card dia. Nampak tak saiz nama dia lebih kurang sama besar dengan nama produk? Ha itulah taktik. (sumber: @dexandrabyjuf)

 

Jika belum ada social media page untuk business korang, buat lah sekarang.  Rajin-rajin upload gambar sedang buat aktiviti jual beli. Tengah ambil stok ke, tengah pos stok berkepuk ke, tengah bantu customer order barang ke, tengah posing angkat barang depan kedai pun jadilah. Tapi, pastikan logo dan nama korang jelas nampak dalam gambar tu. Semoga nanti bila orang nak beli De’Xandra, orang akan teringatkan anda.

.

2. Jadikan Anda Abang Long/Kak Long/Tokan paling Taikor di Kawasan Anda!

.

“Kalau ke Kampung Batu Bertangkup mesti cari kak Bibah Dexandra!” jadikan nama korang sinonim dengan kawasan korang. Sebut Kampung Batu Bertangkup mesti ingat Kak Bibah. sebut Kak Bibah, mesti Batu Bertangkup. Haa. Nama dah meniti di bibir orang. Dah jadi Kak Long kawasan dah Kak Bibah ni.

Caranya?

Pertama sekali, nama fb/ig page korang kalau boeh letakkan nama tempat sekali. seperti Keemstar Dexandra Setiu, Saripah Dexandra Kampung Ketitir dan seumpamanya. Kalau anda ada kiosk atau outlet, reka sebuah banner atau bunting yang meletakkan muka dan nama korang di sebelah logo De’Xandra. Biar orang yang lalu lalang tahu ni kedai siapa.

comelnya, muka siapalah tu. (foto dari Dexandra Bertam)

Kemudian, lakukan content copywriting. Setiap kali buat posting atau content, selitkan nama kawasan seperti “Inilah kedai butik paling WANGI di Gemas” “jom kita datang ke Gemas jumpa Dexandra Jolie” “perhatian! buat penggemar perfume di area Gemas jom lawati kedai kak Jolie” Cara ni boleh buat orang kaitkan daerah, negeri atau kawasan ni dengan nama orang. Cubalah!

.

3. Tangkap Customer Pancing Satu Testimonial.

.

Ini satu benda yang confirm, hanya ejen boleh buat. HQ tak mampu buat. Kenapa? Sebab Ejen la paling dekat di hati customer. Ejen la yang hari-hari menghadap customer. Jadi ejen la yang dapat tahu siapa suka produk apa.

Jadi, setiap kali ada customer datang ke outlet / COD / beli online dengan korang, ambil masa sekejap pancing testimoni dari dia.

“Terima kasih Tipah beli Dexandra Chaleur dengan kita, best tak Chaleur”
“OK best sangat”
“OK Tq Tipah, sya share ye”

kemudian korang pun screenshot komen dia dan upload ke Facebook…

SALAH DIK. TAK POWER LAGI TU!

Tu bukan testimonial. Testimonial kena berisi sikit. Setakat OK tak OK budak pun boleh cakap. Sebagai ejen korang mesti pandai bercakap kan? Ye la kalau tak takkanlah boleh close sale hari tu!  Haaa. jadi duduk sebentar dengan customer dan tanya pendapat dia. Atau hello-hello semula customer lama yang pernah beli dulu. Nak bagi barang free dua tiga ringgit pun boleh, customer lagi suka (ini taktik psikologi yang biasa orang berniaga guna. Kalau bagi barang free, orang akan segan bagi review tak baik).

Tanya soalan seperti “Ceritakan perasaan korang bila bau perfume ni” “How would you describe this product” “Bau Modé ni bagi korang macam bau apa” etc etc. bagi soalan jenis terbuka yang orang tak boleh jawab yes or no je.Dari situlah korang akan dapat testimoni power macam “Kak Yan cakap bau Modé ni macam terbang di awang-awangan” “Sis Dalila rasa perfume Class ni buat dia feel macam boss lady!” ataupun paling best “lelaki masyam ini tidak pernah pakai perfume, akhirnya Kak Bibah berjaya jadikan dia jejaka paling kachaakkk dengan De’xandra Vibe!

review meletops camni boleh tengok di https://dexandraperfume.com.my/dexandra-air-freshener-review/

 

Oh ya, jangan lupa, semasa menulis copywriting testimonial nanti, korang gunakan kata-kata hikmat menarik perhatian seperti: “Akhirnya”, “Terbaru”, “Terkini”, “Siapa lagi nak” Wanted” “jika” “jangan” “bagaimana” dan lain-lain. Tuliskan di headline (tajuk) post, kalau boleh huruf besar semua dan jangan terlalu panjang. konfem orang tertarik menarik post memang the bomb!

Selesai!
.
Cukuplah tiga tips ni korang cuba dulu. kalau dah naik sales masing-masing sis tambah tips lagi ya. Yang penting jangan cepat putus asa kalau sales slow slow naik. Ada founders yang datang kelas SifuFBAds haritu, jualan 60-100k saja sebulan tapi regular customers sentiasa ada. Biar slow, asal berterusan naik!

tahniah bang. mantap sale air freshener nampaknya!

Oh ya, lagi satu, Twist and Spray masih ada lagi in stock. Masa soft launch haritu kan sold out dalam beberapa hari je. So HQ dah siapkan berkontena-kontena Twist and Spray ni untuk anda jadi peluang jual ribu-ribu botol sebulan. Insyaallah boleh la capai level ejen jutawan macam top ejen tu. Tapi paling penting jangan lupa bismillah dulu sebelum mula kerja ye.

Semoga berjaya!