Pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai orang hilang pendapatan. Di dalam artikel ini, kami akan mencadangkan kepada anda 11 idea bisnes baru yang anda boleh lakukan dari rumah sahaja.

Jika dibuat dengan betul dan dengan penuh dedikasi, anda berpeluang untuk meraih pendapatan yang sangat lumayan! 

Artikel Berkait

11 Bisnes Yang Lumayan

  1. Dropship Dexandra

Satu idea bisnes yang berpotensi untuk menjana pendapatan yang lumayan adalah untuk menjadi agen atau dropship untuk De’Xandra! 

Berikut adalah langkah yang anda perlu ikuti untuk join team De’Xandra:

  1. Berikan detail di link google form:

http://tiny.cc/dxSaleteam

  1. Daftar di link: 

https://url.squarelet.com/WHnS

Step to join Empire HQ: 

https://youtu.be/OmkO_20yYdg

  1. Join TELEGRAM RASMI untuk dapatkan bahan harian:

http://tiny.cc/dxMarketingChannel

  1. Anda boleh tengok katalog dan maklumat tentang product De’ Xandra di IG kami: @dexandracatalogue

https://www.instagram.com/dexandracatalogue/

  1. Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda juga boleh follow media sosial kami seperti di bawah:

Facebook:

https://www.facebook.com/dexandraHQ/

Instagram:

https://instagram.com/dexandra_hq

TikTok: 

https://vt.tiktok.com/MDB6h1/

YouTube:

https://www.youtube.com/channel/UC8lV2WBdVatKP1N3P5RnVsw

  1. Join TEAMSALE WhatsApp group:

http://tiny.cc/dxsaleteam

  1. Mulakan promosi PACKAGE. Sepanjang promosi jika tidak tahu boleh sahaja bertanya di dalam WhatsApp group TEAMSALE.

Anda boleh WhatsApp Aizu di +60 17-7175357 untuk maklumat yang lebih lanjut.

 2. Pereka Grafik

Bagi mereka yang kreatif, anda boleh menggunakan bakat anda untuk menjadi pereka grafik. Ia sangat senang kerana anda boleh buat dari rumah sahaja.

Banyak syarikat dan juga influencer yang mencari pakar untuk menghasilkan logo atau grafik untuk mencantikkan profil mereka.

Ini merupakan idea bisnes yang boleh menjana duit yang sangat banyak untuk diri anda.

3.Tutor

Jika anda mempunyai ijazah atau ilmu dalam mana-mana bidang, anda boleh guna kepakaran anda untuk menjadi tutor kepada budak-budak.

Ini kerana ramai ibu-bapa mencari online tutor untuk mengajar mereka. Anda boleh memulakan bisnes dengan mengajar anak jiran anda untuk mencuba bisnes ini.

Jika maklum balas yang anda dapat adalah positif, anda boleh mempromosikan bisnes anda di media sosial untuk mendapat pelajar yang lebih ramai.

4. Personal Shopper

Oleh kerana Covid-19, ramai tidak mampu untuk merentas negeri untuk membeli barang yang mereka mahu seperti dari kedai IKEA kerana hanya terdapat di beberapa negeri sahaja.

Bagi mereka yang menetap di negeri yang ada kedai seperti ini, anda boleh menawarkan servis sebagai personal shopper.Ini kerana ramai mencari barang dari kedai tertentu.

Anda boleh letak caj mengikut barang yang mereka meminta dan menguruskan penghantaran produk tersebut. Ini boleh menjana pendapatan yang lumayan kepada anda.

5. Menjual Produk atau Baju Terpakai

Sesetengah orang mempunyai terlalu banyak barang yang memaksa mereka untuk membuang tersebut dan menyebabkan mereka rugi duit dengan banyak.

Daripada anda buang, lebih baik untuk menggunakannya sebagai bisnes dan menjual barang tersebut untuk menggantikan rugi anda.

Walaupun anda mungkin tidak dapat mendapatkan jumlah duit yang penuh, sekurang-kurangnya anda boleh mengguna duit yang anda dapat untuk perkara lain.

 6. Penulis Artikel

Idea bisnes seterusnya adalah untuk memulakan bisnes menulis artikel. Ramai syarikat mencari penulis untuk mempromosikan servis atau produk mereka.

Anda boleh menjadikan mereka sb klien tetap anda supaya anda dapat sumber pendapatan yang tetap dari mereka. 

Anda boleh menulis untuk beberapa syarikat pada masa yang sama untuk menjana pandapat yang lebih banyak. 

Artikel Berkait

 1. Servis Gunting Rambut

Pandemik ini telah memaksa banyak kedai gunting rambut untuk menutup kedai mereka kerana mereka tidak mampu lagi untuk membayar sewa atau bil elektrik.

Jika anda mempunyai ruang yang kosong di rumah , anda boleh menjadikannya sebagai tapak gunting rambut. 

Anda boleh menawarkan servis kepada rakan-rakan yang mencari orang untuk gunting rambut mereka.

 2. Menjual Barang Handmade

Bagi mereka yang pandai dalam kerja tangan seperti membuat pasu, menjahit dan sebagainya, anda boleh menjual hasil produk anda di media sosial.

Ramai orang suka membeli barang handmade kerana ia lebih cantik dan mempunyai sentuhan yang unik. 

Anda boleh rujuk orang lain untuk letakkan harga yang sesuai dengan mengambil kira bahan yang diperlukan untuk membuat produk tersebut.

 3. Servis Membina Website

Ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang IT. 

Ramai orang pada masa kini sedang mengambil langkah untuk memulakan syarikat sendiri dan perlukan laman web. Oleh itu, mereka akan mencari orang yang mampu menolong mereka.

Anda boleh mengambil peluang ini untuk menjana pendapatan dengan menggunakan ilmu yang anda sudah ada. Tiada modal diperlukan kerana hanya boleh dari rumah sahaja.

 4. Coach / Konsultan

Ramai orang di Malaysia berminat dengan seminar atau kelas yang mengajar mereka untuk membuat duit, tentang kesihatan dan sebagainya.

Ini untuk mengisi masa lapang mereka dengan menghadiri program online yang boleh membawa faedah kepada mereka. 

Jika anda mempunyai kepakaran dalam bidang seperti ini, anda boleh menggunakannya untuk memulakan bisnes sendiri.

 5. Menjual Masakan

Bagi mereka yang suka memasak atau membuat cuci mulut seperti kek dan brownies, mereka boleh menjual masakan mereka pada harga yang boleh membawa untung.

Ini sangat sesuai kerana anda sedang membuat perkara yang anda minat. Ini akan menaikkan semangat anda untuk membuat bisnes ini dengan bersungguh-sungguh.

Kesimpulannya, terdapat banyak idea bisnes yang anda melakukan untuk menjana pendapatan yang lumayan.

Jika anda mencari kerja secara sambilan atau ingin memulakan bisnes sendiri, anda boleh mencuba menjadi agen De’Xandra seperti yang dicadangkan di bahagian awal artikel.

Jika anda menyertai team De’Xandra, anda boleh menjana pendapatan yang sangat baik.

Mulakan Perjalanan Dropship Anda Dengan Kami!

July 19, 2021 — de-xandra Admin