5 Teknik Jana Pendapatan Sampingan di Internet Untuk Duit Kahwin

Selalu sangat jumpa tips jana pendapatan atau kumpul duit kahwin yang suruh buat pinjaman di Twitter dan Facebook.
Takkan itu sahaja? Nak bina masjid takkan nak mulakan dengan buat loan pula kan?
Kalau ada yang nak cuba jana pendapatan sampingan dengan hasil titik peluh sendiri, artikel ini ada jawapannya. Ni baru effort guys!
Tips Kumpul Duit Kahwin Cepat!
Pada zaman yang serba maju dengan teknologi di mana semuanya di berada hujung jari, adalah sangat mudah untuk kita mencari pendapatan sampingan.
Nak kahwin tapi duit dalam bank tak cukup lagi? Jangan risau, banyak cara yang korang boleh cuba untuk tambahkan duit simpanan korang dalam masa yang singkat.
Tak cukup masa sebab terikat dengan waktu pekerjaan tetap? Banyak pilihan untuk anda jana pendapatan sampingan tanpa perlu mengganggu waktu pekerjaan anda.
Mari kita lihat pekerjaan yang anda boleh lakukan di bawah!
Perniagaan Di Atas Talian
Semuanya di hujung jari! Zaman sekarang ini membeli belah pun di atas talian. Tak perlu bersusah payah ke pusat membeli belah dah.
Anda boleh ambil peluang ini untuk memulakan perniagaan anda, sama ada dengan menjual produk sendiri ataupun dengan menjadi dropship dan ejen dengan menerima komisyen.
Terdapat pelbagai produk tempatan seperti makanan, kosmetik dan juga pakaian yang anda boleh pilih untuk memulakan perniagaan anda.
Gunakan platform media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook untuk memasarkan barangan anda kerana ianya mempunyai audiens yang ramai.
Adalah lebih mudah jika anda mempunyai kemahiran pemasaran dia atas talian kerana ianya dapat membantu anda untuk menarik lebih ramai pelanggan.
Servis Daripada Hobi
Jika anda mempunyai bakat dan hobi seperti melukis dan menyanyi, anda sangat bertuah kerana anda dapat menjana pendapatan dengan melakukan benda yang anda suka.
Selain dari hobi melukis, terdapat beberapa hobi lain yang anda boleh gunakan untuk menjana pendapatan seperti menulis, menari, fotografi dan lain-lain.
Sama seperti perniagaan di atas talian, tetapi kali ini anda berniaga dengan berasaskan servis. Inilah masanya untuk anda menyerlahkan bakat anda!
Menjadi Blogger/Vlogger
Menjadi blogger atau vlogger adalah salah satu pekerjaan yang anda boleh lakukan untuk menjana pendapatan yang pasif. Jika anda kreatif, anda mampu menarik ramai pembaca/penonton.
Anda hanya perlu membuat lebih banyak konten yang menarik seperti isu semasa ataupun tentang kehidupan atau pengalaman anda sendiri!
Untuk memulakan kerjaya sebagai blogger/vlogger anda hanya memerlukan komputer, internet, kamera serta konten yang menarik. Mudah bukan!
Menjadi Pembantu Secara Maya
Menjadi pembantu secara maya adalah salah satu cara untuk menjana pendapatan dengan berkesan. Ianya bagi membantu orang lain menyelesaikan kerja secara atas talian.
Pekerjaan sebagai pembantu maya mungkin tepat untuk anda mencari pekerjaan dari rumah dan mempunyai pengalaman seperti pentadbiran, perakaunan, perniagaan atau teknikal.
Pekerjaan pembantu maya ini selalunya bekerja dari rumah dengan membantu syarikat dengan tugas-tugas yang diberikan yang biasanya dilakukan oleh pentadbiran.
Pengurus Media Sosial
Menjadi pengurus media sosial adalah sangat berbaloi jika anda kreatif dan berani. Anda boleh menjana pendapatan yang sangat lumayan dengan melakukan pekerjaan ini.
Masa dan usaha yang sangat banyak perlu diambil untuk perniagaan anda dikenali, tetapi, ianya adalah salah satu cara yang bagus untuk menjana pendapatan dari rumah.
Antara tugas pengurus media sosial adalah membuat posting di media sosial, melakukan pengumuman, menyediakan laporan, berjumpa dengan pelanggan dan sebagainya.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan bagi menjana pendapatan sampingan. Anda boleh ikut tips jana pendapatan sampingan di atas atau lihat pilihan lain.
Terdapat beberapa pilihan untuk anda menjana pendapatan sampingan tanpa modal seperti menulis blog, membuat vlog dan memulakan perniagaan berdasarkan hobi anda.
Jika anda berminat untuk melakukan perniagaan di atas talian tetapi tiada idea untuk menjana pendapatan sampingan, anda boleh lihat syarikat De’Xandra.
De’Xandra merupakan salah satu syarikat pengeluar minyak wangi terkemuka di Malaysia dan telah memenangi beberapa anugerah bagi kualiti produk mereka.
De’Xandra juga telah menjadi pilihan utama bagi sesetengah rakyat Malaysia dan mempunyai sebanyak 19,000 penjual semula yang berdaftar.
Cara-cara untuk menjadi ejen dropship De’Xandra:
- Hantar maklumat anda seperti nama, nombor telefon dan alamat.
- Daftar Reseller Development Program.
- Pilih kombinasi produk dan harga dropship yang anda mahu.
Berikut merupakan terma dan syarat untuk menjadi ejen dropship De’Xandra:
Terma dan Syarat:
- Status dropship anda akan terbatal secara automatik sekiranya tiada pembelian selama 3 bulan berturut.
- Tiada pembelian minimum.
- Dropship perlu mengekalkan jumlah belian sebanyak RM250 sebulan untuk kekalkan status aktif.
Cara-cara untuk menjadi stokis De’Xandra.
- Mendaftar Reseller Development Program.
- Sesi perkenalan dan temu duga bersama ahli lembaga pengarah De’Xandra.
- Pembelian konsisten bernilai RM15000 selama 3 bulan berturut-turut.
Berikut merupakan terma dan syarat untuk menjadi stokis De’Xandra.
Terma dan Syarat:
- Stokis perlu mengekalkan jumlah belian sekurang-kurangnya sebanyak RM10000 sebulan untuk kekal aktif.
- Sekiranya tiada pembelian selama 3 bulan berturut, status stokis akan terbatal secara automatik.
Oleh itu, jika anda sedang mencari pendapatan sampingan, menyertai team De’Xandra merupakan pilihan yang bijak.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:
DE’XANDRA HQ
No 13 & 13A, Jalan P4/8B,
Bandar Teknologi Kajang,
43500 Semenyih,
Selangor
Hotline : +603-8726 0399
Email : admin@dexandra.com