Pada masa kini, kita lihat ramai rakyat Malaysia telah memilih untuk memulakan bisnes sendiri dan menjana pendapatan sampingan. Tidak kurang juga ada yang menjadikan bisnes sebagai sumber pendapatan utama mereka.

Bisnes adalah perkara yang bagus untuk anda cuba dan ianya berpotensi menjadi pintu utama rezeki anda. Namun, tidak ramai yang tahu cara yang betul untuk memulakan bisnes.

Di dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi kepada anda beberapa sebab mengapa bisnes sendiri baik untuk anda juga beberapa tips yang anda boleh ikuti.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapatkan maklumat yang berguna untuk anda. 

Artikel Berkait

Ketahui Sebab-sebab Anda Perlu Buat Bisnes

 

  1. Untuk Kebaikan Anda dan Juga Masyarakat

Hari ini kita lihat ramai orang bekerja dan berusaha mencari rezeki untuk membuat simpanan dihari tua. Bagi mereka yang mempunyai simpanan yang lebih untuk kehidupan seharian, mereka mengambil peluang menggunakan simpanan yang ada untuk memulakan bisnes. Ada juga yang memulakan bisnes dengan tujuan memberi kebaikan kepada masyarakat.

Perkara ini kita dapat lihat, banyak usahawan baru dan lama yang telah berbakti kepada masyarakat dengan menyalurkan sumbangan mereka kepada badan-badan kebajikan hasil dari keuntungan syarikat mereka. 

Perkara ini dapat membantu orang ramai yang sedang mengalami masalah kewangan disebabkan oleh pandemik Covid-19. Sumbangan yang diberikan kepada mereka sangat membantu untuk meneruskan kehidupan.

 sebab anda perlu memulakan bisnes

2. Terdapat Peluang Menarik

Seterusnya jika anda mempunyai peluang untuk memulakan bisnes sendiri seperti atas jemputan rakan atau anda melihat peluang perniagaan yang diperlukan oleh orang ramai, anda patut  mengambil peluang tersebut untuk mulakan bisnes anda.

Ini kerana peluang seperti itu tidak akan datang setiap hari dan perlu diambil apabila ia berada di depan anda. 

Bagi mereka yang takut untuk mencuba berniaga di dalam sesuatu industri, anda tidak perlu risau kerana ramai orang yang boleh membantu anda.

 3.Minat Bisnes 

Bagi mereka yang sudah lama mempunyai minat berniaga, ini mungkin petanda untuk anda menceburkan diri dalam industri bisnes.

Anda tidak perlu mencuba berniaga benda yang anda tidak suka atau tidak tahu kerana anda boleh menjadikan hobi atau kebolehan anda sebagai idea bisnes untuk menjana pendapatan.

Sebagai contoh, jika anda pandai melukis, anda boleh menjadikan lukisan anda sebagai barang perniagaan atau anda boleh gunakan kebolehan melukis anda untuk membuat servis melukis potret atau sebagainya.

Artikel Berkait

5 Tips Persediaan sebelum Buat Bisnes

 

  1. Sentiasa Positif

Di dalam bisnes, perkara yang paling penting untuk berjaya adalah untuk kekal positif dalam apa juga cabaran atau rintangan yang dihadapi. Perasaan kekok dan tidak selesa di peringkat awal bisnes memerlukan anda untuk kekal positif.

Ini kerana untuk memulakan perniagaan, tidak semua akan mencapai kejayaan. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi untuk berjaya. Oleh yang demikian, mindset yang positif sangat diperlukan supaya anda tidak berputus asa dengan mudah.

 mempersiapkan diri dengan ilmu perniagaan agar dapat membangunkan bisnes yang berjaya

2. Melengkapkan Diri Dengan Ilmu

Untuk mereka yang tidak mempunyai pengalaman dalam dunia bisnes, anda disarankan untuk melengkapkan diri anda dengan ilmu pengetahuan berkaitan bisnes.

Bagaimana nak lengkapkan diri dengan ilmu perniagaan? Anda boleh menonton video atau seminar di Youtube atau mana-mana laman sesawang yang memberikan ilmu tentang perniagaan. Anda juga boleh mendapatkan ilmu perniagaan dengan membaca buku yang diterbitkan oleh pakar yang bertauliah dalam industri mereka.

Ilmu ini akan membantu anda untuk mencapai potensi diri anda dan juga boleh membantu menjana pendapatan yang sangat lumayan!

 3.Selalu Utamakan Pelanggan

Ini antara tips penting yang perlu anda titik beratkan di dalam sesebuah perniagaan. Pelanggan merupakan perkara yang paling penting untuk menentukan kejayaan perniagaan anda. Bak kata orang “The Customer is Always Right”.

Layanan yang baik kepada pelanggan akan menyebabkan pelanggan mengingati perniagaan anda. Mereka akan menjadi pelanggan yang setia sekiranya mereka menyukai servis atau layanan anda.

Selain itu mereka juga akan mengesyorkan servis atau perniagaan anda kepada rakan dan ahli keluarga mereka!

membina rangkaian bisnes

 4.Mempunyai ‘Network’ Yang Luas

Sebagai seorang ahli perniagaan, mempunyai ‘networking’ yang luas dan ramai penting untuk membantu anda memajukan bisnes anda.

Terutamanya bagi mereka yang menjual barangan, anda memerlukan ‘networking’ yang luas untuk mencari pembekal yang dapat memberi harga barang yang berpatutan dengan kualiti yang anda inginkan dan juga dapat memberi layanan yang baik untuk anda.

Jika anda tidak mempunyai pembekal yang bagus dalam ‘networking’ anda, ia akan mendatangkan pelbagai masalah.

  1. Buat Perkara Yang Anda Minat

Seperti yang diperkatakan pada awal artikel ini, anda dinasihatkan untuk menjalankan perniagaan yang anda minati sebagai tarikan utama.

Jika anda seorang yang suka fesyen, anda boleh memilih bisnes dalam industri pakaian. Antara bisnes yang boleh dijalankan adalah seperti bisnes pakaian bundle.

Ini akan membuatkan anda lebih semangat untuk berniaga kerana anda melakukan perkara yang anda gemari.

Artikel Berkait

Cabaran Utama Ketika Mengendalikan Bisnes 

Sebagai seorang ahli perniagaan, anda perlu ingat bahawa terdapat pelbagai cabaran yang anda akan hadapi sepanjang menjalankan perniagaan anda.

Jika anda memilih untuk memulakan bisnes yang melibatkan pekerja di bawah jagaan anda, anda perlu ingat bahawa setiap bulan anda perlu membayar gaji mereka. Anda perlu memastikan bisnes anda berjalan dengan baik.

Ini kerana terdapat banyak syarikat yang gulung tikar kerana mereka mempunyai masalah kewangan dan juga masalah dalam pembayaran gaji pekerja.

Sebagai ketua syarikat, anda perlu mengurus wang dengan baik supaya anda tidak mengalami masalah ini.

Selain itu, anda juga perlu bersedia untuk menghadapi sebarang masalah kecemasan seperti penutupan kilang atau ofis disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Ini kerana jika kes Covid-19 naik dengan mendadak, seperti sebelum ini, kerajaan akan mengambil langkah untuk menutup semua premis perniagaan untuk membanteras Covid-19.

Oleh itu, anda perlu bersedia sekiranya perkara ini akan berlaku pada masa yang akan datang. 

Kesimpulannya, terdapat pelbagai perkara yang anda perlu tahu sebelum anda memulakan bisnes sendiri.

Jika anda mencari kerja secara sambilan atau ingin memulakan bisnes sendiri, anda boleh mencuba menjadi agen De’Xandra seperti yang dicadangkan di bahagian awal artikel.

Jika anda menyertai team De’Xandra, anda boleh menjana pendapatan yang sangat baik.

 

Mulakan Perjalanan Dropship Anda Dengan Kami!

February 09, 2023 — de-xandra Admin