8 Idea Bisnes Dari Rumah (dan juga tips penting anda perlu tahu)

18 August 2021 Bomstart Media info, Tips
Header DeXandra Bisnes dari Rumah

Covid-19 telah memberi banyak kesan kepada ramai rakyat yang telah hilang punca pendapatan. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memulakan bisnes dari rumah.

Ramai orang telah mengambil langkah ini untuk menjana pendapatan utama dan juga sebagai sumber pendapatan tambahan di samping gaji utama mereka.

Di dalam artikel ini, kami akan mencadangkan kepada anda 8 idea bisnes dari rumah dan juga beberapa tips yang anda perlu ingat sebagai usahawan baru.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

Tips Untuk Mulakan Bisnes Dari Rumah

Di bahagian ini kami akan mencadangkan kepada anda beberapa tips untuk anda memulakan bisnes dari rumah.

 

  1. Pilih Bisnes Yang Anda Minat

Satu tip yang sangat penting adalah untuk memilih idea bisnes yang anda suka. Ini supaya anda tidak akan berhenti di tengah jalan semasa proses memulakan perniagaan anda.

Jika anda membuat perkara yang anda suka, anda tidak akan berputus asa dengan cepat. Oleh itu, pilihlah bisnes yang anda suka.

 

  1. Mulakan Bisnes Dengan Dropship

Jika anda tidak pernah mempunyai pengalaman berniaga, salah satu cara untuk belajar tentang proses ini adalah dengan menjadi dropship atau agen barang.

Ini akan memudahkan urusan anda kerana anda menjual barang yang sedia ada dan tidak perlu bersusah payah menghasilkan barangan untuk dijual. Ini boleh memberi pengalaman yang sangat berguna kepada anda.

Terdapat banyak bisnes dan syarikat yang membuka peluang untuk anda menjadi dropship atau agen barangan mereka seperti De’Xandra.

Mereka akan mengajar anda tips dan cara-cara untuk memulakan busines dari rumah jika anda menyertai team mereka.

 

  1. Tetapkan Masa Untuk Berniaga

Untuk memulakan bisnes yang berjaya, sudah pasti anda perlu meluangkan masa dan tenaga untuk menjayakan idea ini.

Oleh itu, sebelum anda memulakan perniagaan, anda perlu memastikan anda mempunyai masa yang cukup untuk menguruskan perniagaan anda.

Jika tidak, tenaga dan juga wang anda akan dibazirkan begitu sahaja.

8 Idea Bisnes Dari Rumah

 

  1. Dropship

Menjadi dropship atau agen merupakan idea yang sangat bagus dan boleh menjana pendapatan yang sangat lumayan jika anda bersungguh-sungguh.

Seperti yang kami menyatakan di bahagian awal artikel, De’Xandra merupakan salah satu syarikat yang sangat bagus untuk mereka yang mencari team untuk menjadi dropship atau agen.

Berikut adalah langkah yang anda perlu ikuti untuk join team De’Xandra:

a. Berikan detail di link google form:

http://tiny.cc/dxSaleteam

 b. Daftar di link:

https://url.squarelet.com/WHnS

Step to join Empire HQ:

https://youtu.be/OmkO_20yYdg

c. Join TELEGRAM RASMI untuk dapatkan bahan harian:

http://tiny.cc/dxMarketingChannel

d. Anda boleh lihat katalog dan maklumat tentang product De’ Xandra di IG kami: @dexandracatalogue

https://www.instagram.com/dexandracatalogue/

e. Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda juga boleh follow media sosial kami seperti di bawah:

Facebook:

https://www.facebook.com/dexandraHQ/

Instagram:

https://instagram.com/dexandra_hq

TikTok:

https://vt.tiktok.com/MDB6h1/

YouTube:

https://www.youtube.com/channel/UC8lV2WBdVatKP1N3P5RnVsw

f. Join TEAMSALE WhatsApp group:

http://tiny.cc/dxsaleteam

g. Mulakan promosi PACKAGE. Sepanjang promosi jika tidak tahu boleh sahaja bertanya di dalam WhatsApp group TEAMSALE.

Anda boleh WhatsApp Aizu di +60 17-7175357 untuk maklumat yang lebih lanjut.

 

  1. Menjual Barang Terpakai

Bagi mereka yang suka membeli barang atau baju dengan banyak.  Satu perkara yang anda boleh lakukan dengan barang yang anda sudah tidak guna adalah dengan menjualnya.

Ini boleh menjimatkan ruang di rumah anda dan juga boleh menjana pendapatan kepada anda.

Ia merupakan idea yang sangat bagus dan tidak perlu mengeluarkan modal yang tinggi kerana anda sudah mempunyai barang atau baju-baju untuk dijual.

 

  1. Menjadi Tutor Online

Jika anda merupakan graduan dari mana-mana universiti, anda boleh menggunakan ilmu yang anda perolehi untuk mengajar orang lain.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai kepakaran dalam subjek seperti Bahasa Inggeris atau Matematik, anda boleh memulakan kelas online untuk pelajar sekolah rendah.

Anda berpeluang untuk menjana pendapatan yang lumayan kerana ramai ibu yang mencari kelas online untuk anak mereka.

 

  1. Penulis (Copywriter)

Pada zaman sekarang, banyak syarikat sedang mencari penulis atau copywriter untuk membantu mereka menghasilkan artikel yang baik untuk laman web, social media dan blog mereka.

Ini merupakan idea bisnes dari rumah yang sangat bagus terutamanya bagi pelajar universiti yang sudah biasa dengan penulisan.

 

  1. Menjual Makanan

Idea seterusnya adalah menjual makanan atau masakan bagi mereka yang suka dan pandai memasak. Ini membolehkan anda untuk menjana pendapatan sambil melakukan hobi anda.

Anda boleh memulakan perniagaan makanan dengan menjual kepada rakan atau ahli keluarga anda dahulu sebelum menjual ke orang luar supaya anda dapat maklum balas tentang masakan anda.

 

  1. Pelukis

Ini merupakan idea bisnes dari rumah yang sangat menarik bagi mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini.

Anda boleh mengambil komisen untuk melukis potret atau apa sahaja mengikut permintaan pelanggan.

Ia juga akan menjimatkan tenaga dan masa kerana anda tidak perlu menghantar hasil secara fizikal dan boleh menghantarnya secara online sahaja.

 

  1. Pereka Grafik

Jika anda mempunyai kemahiran dalam aplikasi seperti Photoshop atau Adobe Illustrator, anda boleh menjadikannya sebagai bisnes anda.

Ini kerana ramai orang mencari pereka grafik yang dapat membantu mereka mencipta logo atau perkara lain untuk mencantikkan media sosial atau laman web mereka.

Ia sangat sesuai untuk mereka yang kreatif.

 

  1. Servis Membina Website

Bagi mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang IT, servis membina website merupakan salah satu idea bisnes dari rumah yang boleh menjana pendapatan utama.

Untuk syarikat atau ahli perniagaan yang baru sahaja bermula bisnes mereka, mereka akan mencari pakar untuk membantu mereka dalam membina laman web.

Anda boleh mengambil peluang ini untuk membina portfolio perkerjaan anda dengan menghasilkan lawan web yang menarik. Sekiranya anda melakukan kerja dengan baik, pelanggan anda pasti akan menyarankan servis anda kepada orang lain.

Kesimpulannya, terdapat banyak idea bisnes dari rumah yang boleh menjana pendapatan yang lumayan kepada anda.

Jika anda sedang mencari kerja sambilan atau ingin memulakan bisnes sendiri, anda boleh mencuba menjadi agen De’Xandra seperti yang dicadangkan di bahagian awal artikel.

Dengan menyertai team De’Xandra, anda boleh menjana pendapatan yang sangat lumayan.

Mulakan Perjalanan Dropship Anda Dengan Kami!