JANGAN PERGI GYM TANPA 5 BARANG INI! NO.3 PALING KORANG TAK SANGKA!

 

Pernah tak korang terlupa bawak barang penting ke gym? Pernah tak penat-penat packing, bila sampai ke gym barulah sedar ada benda tak ada? Pernah tak packing beg gym penuh-penuh last-last tertinggal jugak barangnya. Biasalah, dalam hari-hari yang busy ni, selalu terlupa. Terutamanya bila benda itu lah yang paling penting sebenarnya. Haa, mesti pernah kan korang alami situasi macam ini?

 

Kalau korang selalu hadapi masalah seperti ini, ketahui 5 barang penting yang perlu ada dalam beg gym korang sebelum korang pergi keluar ke gym! Nak tahu apa benda penting tu? Jom kita baca artikel ini sampai habis.

 

  1. Kasut Gym

Aik, iya ke? Kenapa kena berada dalam beg. Ha, sebenarnya kasut perlu berada di dalam beg anda sebelum masuk gym, bukannya berada di kaki. Ini disebabkan kesan daripada kotoran luar seperti lumpur atau lecak air yang melekat di tapak kasut anda boleh mengotorkan kawasan gym. Tetapi ini bukan maksudnya anda tidak perlu memakai kasut untuk ke gym! Pakai saja kasut gym yang lain, dan simpan yang elok di dalam beg supaya pastikan ia kekal bersih dan tidak berbau. Sama-sama kita menjaga keselesaan semasa berada di pusat gym ya.

 

 

  1. Tuala mikrofiber

Tuala mikrofiber bukan tuala biasa. Ia nipis tapi sangat menyerap, digunakan untuk mengelap peluh dari badan anda selepas siap melakukan latihan di gym. Selain itu, tuala ini juga boleh digunakan untuk melepaskan cengkaman anda pada pelbagai latihan yang menarik semasa di gym, seperti Pull-Ups atau Rows. Pastikan tuala yang anda bawa tidak nipis supaya ia tidak mudah koyak semasa digunakan.

 

 

  1. Beg plastik

Simple tapi amat berguna. Pakaian gym yang dah kotor dan berpeluh perlu diasingkan sebelum sedia untuk dimasukkan ke dalam mesin basuh. Dengan adanya beg plastik untuk isi baju kotor anda masalah beg berbau dapat diatasi dan kebersihan juga akan terjaga. Yelah baju anda yang penuh peluh itu akan memudahkan bakteria untuk membiak tau.

 

 

  1. Hand Sanitizer

Setiap peralatan di pusat gym tidaklah bersih dan penuh dengan kuman yang kita tidak dapat lihat. Jadi dengan penggunaan hand sanitizer ini kebersihan dan kesihatan diri kita akan terjamin dari kuman-kuman yang ada di peralatan gym itu. Selepas selesai latihan di pusat gym pastikan anda membersihkan diri supaya kesihatan dan kebersihan diri akan terjamin.

 

 

  1. Twist & Spray Vibe

Minyak wangi adalah antara benda yang wajib dibawa kemana sahaja untuk kita kekal segar dan berkeyakinan diri. Tambahan pula apabila kita pergi ke gym, wangian memang sangat diperlukan kerana peluh membuatkan bau kita tak selesa bagi orang lain. Dengan Twist & Spray Vibe ini, anda akan kekal segar dan tampil maskulin walaupun badan sudah lencun mandi peluh tau. Haa, saiz nya pun kecil dan mudah nak bawa kemana-mana.

 

 

Kalau anda seorang jejaka maskulin — yang gemarkan aroma sitrus serta rempah seperti lada, kayu guaiac dan kacang tonka — anda semestinya jejaka Vibe ni. Jadi, tunggu apa lagi, mari dapatkan segera Vibe ni selagi stok masih ada! Jangan sampai korang terpaksa berputih maa kerana kehabisan stok pula nanti

Layari www.dexandra.com/chooseyours

July 22, 2019 — de-xandra Admin