5 Aplikasi Terbaik Yang Perlu Ada Di Telefon Pintar Anda Untuk Kekal Sihat & Cergas
Senaman adalah kegiatan fizikal yang boleh membentuk otot-otot tubuh anda dan menyihatkan badan, yang perlu dilakukan secara rutin dan berkala. Untuk mendapatkan tubuh badan yang diingini dan kesihatan yang baik kini anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk mendaftar keahlian di pusat-pusat gym mahupun mencari coach yang akan membimbing anda. Dengan adanya telefon pintar, anda boleh memuat turun aplikasi-aplikasi yang membantu anda dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Tetapi untuk memuat turun aplikasi kita pasti akan keliru untuk tentukan mana aplikasi yang terbaik kan untuk di muat turun. Yelah, terlalu banyak aplikasi yang ada di Playstore dan Apps store sampai naik pening kan nak pilih aplikasi yang terbaik ni. Haa jom kita lihat 5 aplikasi ini mana yang terbaik untuk kita kekal fitness.
TWEAK AND EAT
Daripada seratus peratus, enam puluh peratus rahsia turun berat ialah kawalan makanan. Jadi gunakan aplikasi tweak and eat ini untuk mengambil gambar pinggan makan anda. Dapatkan ‘tweak’ nasihat anda dari pakar nutrisi yang disahkan untuk menjaga pemakanan seharian. Aplikasi yang sangat responsif dengan banyak ciri hebat ini telah dapat mengekalkan berat badan yang sihat dan membuat pilihan makanan yang baik untuk lebih 500,000 pemuat turunnya . Namun satu cadangan dari penggunanya adalah untuk nilai pemakanan dalam bentuk gram. Ini akan membantu individu dengan sasaran tertentu untuk mengira makro dalam setiap pemakanannya.
HOME WORKOUT
Untuk mereka yang ingin dapatkan badan yang sihat hanya di rumah, tanpa alatan gim mahal! Workout Home mengandungi lebih daripada 100 latihan yang dapat membina otot dan kekalkan fitness dengan latihan rutin aerobik, latihan litar dan gerakan untuk menjaga berat badan yang lain. Dengan setiap latihan yang anda buat, anda dapat mengetahui berapa bilangan kalori yang telah dibakar. Ia juga terdapat animasi panduan gerakan yang sangat mudah untuk diikuti.
CALORIE COUNTER
Aplikasi pengira kalori adalah salah satu cara paling mudah untuk mengetahui kalori dari makanan dan minuman yang kita makan. Jika anda mahu menurunkan berat badan, mengekalkan kesihatan, atau memulakan diet baru, aplikasi Calorie Counter adalah aplikasi yang terbaik kerana aplikasi ini akan memberi tahu anda jumlah kalori, lemak, dan protein yang ada dalam setiap bahan makanan. Aplikasi ini juga memiliki alat membantu amalkan diet yang seimbang kerana turut menyenaraikan menu makanan yang perlu anda ambil sepanjang hari. Selain itu, Calorie Counter ini mempunyai alat pencatat berat badan yang akan membuat anda mengetahui jumlah kenaikan atau penurunan berat badan anda selama ini.
JEFIT
Untuk pengguna gim yang setia pula, jangan tinggalkan JEFIT. Ia adalah aplikasi yang menjadi jurulatih peribadi di telefon pintar anda apabila anda di gym untuk bersenam. Aplikasi ini akan menunjukkan latihan mana dan berapa banyak set yang anda perlu lakukan pada setiap sesi. Dengan opsyen menambah rakan gym, ia juga akan membuatkan anda lebih bermotivasi semasa sesi latihan anda. tak hairanlah apps ini mendapat muat turun melebihi 5 juta pengguna!
FITNESS & BODYBUILDING
Fitness & Bodybuilding nampak simple saja appnya namun ia mendapat lebih 10 juta muat turun di google play. Aplikasi ini membolehkan anda membuat program senaman anda sendiri yang sesuai dengan keperluan anda. Di samping itu, Fitness & Bodybuilding ada maklumat terperinci mengenai latihan untuk setiap otot, dengan penerangan dan video untuk kemudahan anda. Pelan senamannya bukan saja untuk orang biasa, malah juga tersedia untuk bina badan dan powerlifting. Tak perlu lagi pengajar yang mahal!
Mudahnya menjadi seorang yang menjaga kesihatan di masa sekarang, bukan? Anda hanya perlu memuat turun sahaja aplikasi-aplikasi di Playstore atau Appstore untuk membantu anda kekal fit dan sihat. Bila dah sihat nak buat aktiviti apa pun mesti tak terbatas.
Tapi bila nak buat senaman ni mesti nak kena ada mood juga kan? Kalau dah mood kelaut memang tak start bersenam sampai bila-bila. Haha! Jadi sebelum nak mula kan senaman tu spray lah sikit Twist & Spray Vibe kat badan barulah semangat berkobar-kobar. Spray lagi lepas bersenam sebab bila badan mandi peluh pun korang still rasa segar dengan aroma Vibe ni.
Kalau anda seorang jejaka maskulin — yang gemarkan aroma sitrus serta rempah seperti lada, kayu guaiac dan kacang tonka — anda semestinya jejaka Vibe. Jadi, tunggu apa lagi, mari dapatkan segera Vibe ni selagi stok masih ada!
Layari www.dexandra.com/chooseyours