De’Xandra memang terkenal dengan pilihan perfume yang sangat banyak berbanding syarikat perfume tempatan lain. Pernah ada sehingga 80+ wangian, sekarang ada lebih 40 jenis yang memang steady best-seller (35 EDP dan 5 Twist And Spray) . Bagi orang yang baru mengenali De’Xandra, mesti rasa pening-pening sikit tak tahu nak pilih yang mana kan. Biasanya pembeli baru akan pilih yang mana paling popular dan terus beli. 

Hm…tapi kan, tak semestinya yang orang suka kita pun juga suka kan? Bagaimana pula kalau selama ni kita beli perfume dari brand lain, dan kita nak perfume De’Xandra yang SAMA STAIL dengan perfume yang kita ada. Ha, ada caranya. 

Step 1: kenali fragrance wheel:  Cuba tengok rajah di bawah:

 

 

klik kanan dan ‘open in new tab’ untuk lihat versi yang lebih besar. 

Reseller yang pernah masuk ke Know Your Perfume tahun 2018 mesti kenal Roda Impian ni kan? Ha ni bukan sebarang roda tau, ini roda wangian. Fragrance Wheel kata orang putih. Di sini wangian kita klasifikasikan ikut jenis utama seperti woody, floral, citrus, fruity dan lain-lain. Dalam klasifikasi ni pula kita pecahkan lagi ikut floral oriental, citrus fresh, dan pecah lagi kepada isi kandungan nya seperti bunga melur, buah oren dan sebagainya. Ok sekarang, berkenalan sudah, cara guna pula macamana? Jom tengok. 

Step 2: senaraikan jenis perfume branded yang anda suka. 

Ada perfume yang korang pernah guna sebelum ni dan suka? Ha ingat balik. Biasanya kalau korang beli banyak-banyak brand pun, bau dia mesti lebih kurang. Betul tak? Jadi senaraikan semuanya. Contohnya, anda suka Good Girl CH. Ala perfume berbentuk kasut warna biru gelap tu. Kemudian anda juga suka Black Opium (botol hitam gelap) dan Si (botol bentuk bujur dari Giorgio A tu). 

Step 3: letakkan perfume itu dalam fragrance wheel.

 Kemudian cuba tengok ia ikut kumpulan mana. Kalau tak pasti, google saja perfume tu, dan tengok jenisnya di website seperti sephora dot com atau fragrantica dot com. Bila google Good Girl CH, nampak ia ditulis sebagai “oriental floral”. Aromanya pun ada bunga tuberose iaitu termasuk dalam ruang warna dark pink, oriental floral. 

Step 4: Cari perfume De’Xandra mengikut warna ini.

Sekarang kan korang dah tahu, perfume kegemaran korang oriental floral rupanya.  Jadi korang boleh tengok apa perfume yang dalam kumpulan serupa. Lihat gambar ini untuk senarai perfume De’Xandra mengikut kumpulan yang kami dah senaraikan ni (open in new tab jika mahu gambar besar).

 

  Jadi korang boleh pilih aroma yang:

  1. a) berada dalam group yang sama. contoh Helena De’Xandra. Sama-sama floral oriental seperti perfume Good Girl tadi. Atau:
  1. b) Bersebelahan group pewangi anda. 

Di sini. korang boleh beli soft oriental atau floral oriental. Contohnya Helena dan Lady Rose. Confirm takkan lari jauh aroma dia, walaupun tak inspired sama.

  1. c) Bertentangan dengan group anda.

Ini wangian yang tak sama tapi sepadan. Sesuai kalau korang nak beli perfume untuk suami atau pasangan tapi tak mau sebiji sama macam kembar. Contoh floral oriental bertentangan aromatic (aromatic ni fresh yang lebih kepada woody). Jadi cuba tengok perfume De’Xandra yang mana boleh korang pilih? Clubman contohnya, ada aroma lavender berkayu maka dia berada di dalam group aromatic floral.

 

  1. d) berada dalam bentuk segitiga dari group anda.

Ni untuk yang agak berani sikit. Nak tukar perfume aroma baru tapi tak mau lari jauh sangat dari aroma kegemaran sekarang. Contoh untuk Good Girl yang Floral Oriental tadi, boleh ambil yang De’Xandra yang dalam group Green dan Mossy Woody. Contoh Fresh seperti Twist And Spray Class dan Vibe. 

Step 5: dapatkan tester dia dari kiosk2 terdekat. 

Sekarang dah tahu, ya! Catatkan wangian-wangian yang dirasakan sesuai untuk anda, dan pergi ke kiosk terdekat. Dan test bau kat sana atau minta smell card. So dapatlah filter out the best of the best gitu. Dengan cara ni tak perlulah bau semua, maksimum test smell sehari pun boleh empat wangian saja kan? Cara ini boleh pastikan pilihan korang lebih mudah tapi pada masa yang sama lebih tepat.

gambar dari kiosk stokis Chettaki Omey 

Selamat mencuba, dan jangan lupa, #99Megabonanza masih berlangsung tau. Bukan saja dapat beli perfume yang viral dan perfume yang murah serendah RM99 per set, malah melayakkan pula untuk Lucky Draw sehingga RM10,000 untuk dimenangi! Hanya selfie dan upload resit ke dalam borang pertandingan. Cepat-cepat sebelum 31 Disember ni ya! 

Tags: chaleur, dexandra perfumes, fragrance wheel, helena, know your perfume, luvia, perfume murah, perfume viral, roda wangian, tips memilih wangian, twist and spray, victoria, wangian murah, wangian viral