5 Sebab Mengapa Perfume DeXandra Menjadi Perfume Pilihan No.1 Rakyat Malaysia.
Samada untuk menghilangkan bau tak menyenangkan mahupun untuk menarik perhatian jejaka, wangian dan manusia tidak dapat dipisahkan. Namun perfume bukan boleh dipilih secara sambil lewa. Salah pilih, ia akan membuatkan aroma kita makin tidak menyenangkan dan orang pun menjauhi kita.
Mujurlah ada De’Xandra Perfumes!
Eau de parfume (EDP) dari De’Xandra diyakini sejak 2014 sebagai wangian peribadi pilihan rakyat Malaysia. Ini kerana EDP dari De’Xandra ini memiliki pati yang pekat iaitu 15 hingga ke 20 peratus. Wanginya cukup tahan lama yang mampu bertahan sehingga 6 ke 8 jam. Wangian ini sangat sesuai digunakan untuk sepanjang hari belajar, bekerja, menghadiri acara rasmi ataupun ke majlis-majlis keramaian. Mari admin kongsikan lagi 5 kelebihan perfume De’Xandra yang confirm ramai orang setuju.
Bau perfume mahal
Apabila nak keluar je rumah mesti admin akan spray perfume De’Xandra, lepas tu ramai yang tanya perfume apa yang admin pakai ni. “Mesti perfume yang mahalkan?” tanya kawan-kawan admin. Ya la, sebab ‘notes’ yang harum dan tak sintetik macam wangian murah lain. Haa, korang tak payah beli perfume mahal-mahal pun. Guna je De’Xandra mesti ramai orang terpikat dengan aromanya.
Mesra solat
Apabila membeli perfume perkara yang perlu dititikberatkan adalah kandungan bahannya. Jangan pula dah beli tiba-tiba perfume tersebut tidak boleh dibawa untuk solat. Ramai yang terlepas pandang pada perkara ini sebab bagi mereka kalau wangi terus je beli. Mujur perfume-perfume De’Xandra adalah perfume yang mesra solat – hanya ekstrak bunga, buah, rempah atau kayu digunakan tau, jadi tak perlulah risau ya.
Setanding dengan wangian original
Walaupun wangian-wangian DeXandra asalnya ‘inspired by’ wangian terkenal tetapi aroma wangiannya setanding dengan perfume original tau. Anda tak perlu dah untuk melabur duit hingga ratusan ringgit untuk mendapatkan perfume yang tahan lama kerana De’Xandra menjanjikan wangian yang mampu membuatkan anda tampil wangi dari pagi ke petang.
Mudah dibawa ke mana sahaja
Saiz dan rupa bentuk perfume yang direka De’Xandra adalah saiz yang amat mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Kepada yang sangat suka travel itu jangan risau kerana saiz perfume De’Xandra melepasi piawaian yang ditetapkan untuk carry-on luggage. Ia juga dalam kaca tebal yang tahan hentakan. Jadi tak perlu resah terpaksa tinggalkan perfume kesayangan di rumah bila naik flight, ya.
Menepati citarasa rakyat Malaysia
Walaupun perfume De’Xandra dikatakan inspired perfume tetapi aroma nya diolah supaya berbau lebih manis dan floral berbanding wangian asal yang kadangkala ikut selera Eropah yang lebih berkayu dan musky. Ini menepati citarasa pengguna perfume di Malaysia. Oleh itu tidak hairanlah permintaan perfume De’Xandra ini semakin meningkat dari hari ke hari, membuktikan bahawa ia adalah perfume yang dapat diterima oleh semua lapisan umur dan kaum.
Nak tahu apa lagi yang menarik! Tentulah De’Xandra yang selalu mengadakan SALES sempena hari-hari istimewa bagi menawarkan wangian mampu milik dengan lebih penjimatan! Tahun ini bermula Singles Day 11.11.2019, De’Xandra menawarkan pakej wangian murah bermula RM99 dalam De’Xandra Mega Bonanza Sale! Wow sangat kan. Nak buat stok setahun boleh, nak buat hadiah pun boleh! Lebih jimat lagi bukan saja harga yang bonanza malah hadiah pun bonanza. Lucky draw dijalankan sepanjang sales ini dan pemenang utama akan membawa pulang hadiah yang bernilai sehingga RM10,000! Jadi mana yang nak membeli De’Xandra dalam bulan ini, layari dulu https://dexandra.com/99megabonanza/ untuk info lanjut ya.