perfume keretaperfume keretaPenggunaan wangian kereta amat penting bagi mereka yang mempunyai kereta yang sentiasa berbau hapak. Ia bertambah penting sekiranya ada yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak kecil. 

Sudah pasti terdapat kesan tumpahan susu ataupun muntah anak kecil, air minuman dan makanan yang boleh meninggalkan bau yang tidak menyenangkan di dalam kereta. 

Di sini kami akan kongsikan beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk menghilangkan bau-bauan tersebut serta jenis pewangi yang anda boleh cuba.

7 Cara Buang Bau Hapak Kereta

perfume kereta

perfume keretaperfume kereta

 

Bau yang kurang menyenangkan di dalam kereta pasti akan membuatkan anda dan penumpang berasa tidak selesa ketika berada di dalam kereta. 

Selain daripada menggunakan perfume kereta, berikut merupakan cara-cara untuk menghilang bau hapak di dalam kereta menggunakan bahan semula jadi. 

  1. Soda Penaik

perfume kereta

Soda penaik atau juga dikenali sebagai “baking soda” merupakan salah satu cara menghilangkan bau hapak kereta dengan berkesan. 

Terdapat dua cara yang anda boleh ikuti dengan menggunakan soda penaik ini: 

Pertama, taburkan soda penaik ini ke atas lantai kereta ataupun pada bahagian yang berbau. Biarkan selama 2-3 jam sebelum vakum kereta. 

Kedua, anda boleh menggunakan satu bekas yang berisi soda penaik dan biarkan ia di lantai kereta anda secara terbuka.

  1. Daun Pandan

perfume kereta 

Seterusnya, anda boleh menghilangkan bau yang kurang enak di dalam kereta dengan menggunakan daun pandan. 

Daun pandan sememangnya terkenal kerana baunya yang harum dan menyegarkan. 

Bukan itu sahaja, ianya mudah didapati samada dibeli di pasaraya ataupun diperolehi di belakang rumah anda. Anda hanya memerlukan 2-3 helai daun pandan sahaja. 

Ikatkan daun pandan tersebut dan letakkannya di dalam kereta anda. Pastikan anda menggantikannya dalam tempoh 2-3 minggu.

Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, anda boleh hiriskan daun pandan kecil-kecil dan letakkannya di dalam beg kain yang berlubang-lubang. Pasti lebih harum!

  1. Daun Limau Purut

perfume kereta 

Selain daripada daun pandan, daun limau purut juga berkesan untuk menghilangkan bau hapak di dalam kereta.

Anda boleh hiriskan daun limau purut ini, letakkannya di dalam beg kain yang berlubang-lubang dan simpan di bawah tempat duduk atau bonet kereta.

  1. Lemon atau Limau Kasturi

Alternatif lain yang anda boleh gunakan adalah lemon ataupun limau kasturi. Anda boleh menggunakannya sebagai semburan kereta semulajadi.

Apa yang anda perlu lakukan ialah:

perahkan pati lemon ataupun limau kasturi dengan sedikit air.

campurkan dengan sedikit cuka.

  1. Serbuk Teh atau Kopi

Serbuk kopi ataupun serbuk teh juga boleh mengurangkan bau hapak di dalam kereta. 

Pastikan anda menggunakan serbuk kopi ‘o’ dan bukan instant coffee. 

Letakkan serbuk kopi atau teh ke dalam kain uncang dan letakkan di dalam kereta anda. Anda juga boleh menggunakan uncang teh/kopi yang sedia ada.

  1. Arang

 perfume kereta

Arang sering kali digunakan untuk barbeque. Namun begitu, arang juga dapat membantu anda meneutralkan bau busuk dan hapak di dalam kereta anda. 

Anda hanya perlu mengambil beberapa ketul arang dan letakkannya di dalam bekas dan biarkan ia terbuka di lantai kereta anda. 

Selain itu, anda juga boleh membungkus arang tersebut dengan menggunakan beg kain ataupun tisu dan letakkannya pada bahagian kokpit kereta yang berbau busuk.

  1. Anginkan atau Jemur

 perfume kereta

Akhir sekali, anda boleh menganginkan atau menjemur kereta supaya bauan yang terperangkap keluar dengan cepat bagi mendapatkan pengudaraan kereta yang baik. 

Caranya ialah:

Buka pintu kereta anda dan hidupkan enjin.

Biarkan kipas penghawa dingin kereta berpusing pada kelajuan maksimum selama 5 minit. 

Buang Bau Hapak Menggunakan Pewangi Kereta Dexandra

  

Selain menggunakan bahan semulajadi, anda juga boleh menghilangkan bau hapak di dalam kereta dengan mencuba wangian kereta De’Xandra. 

Di sini kami senaraikan 5 wangian kereta terbaik yang anda boleh cuba:

  1. Vanilla Fresh

perfume kereta

Minyak wangi kereta ini dirumuskan dari ekstrak vanilla dan diperkaya dengan haruman sitrus. Harumannya akan membuatkan anda ceria dan tenan

  1. Coffee Warm

perfume kereta

Seterusnya, bagi pencinta kopi, pewangi kereta ini sangat sesuai untuk anda. Sudah tentu anda akan berasa segar kerana aroma kopinya yang kuat.

  1. Fiesta Vienna

Selain itu, bagi mereka yang menggemarkan haruman yang manis, Fiesta Vienna akan memberikan mood yang positif kepada anda

Fiesta Vienna ini berbau segar dan harum serta manis kerana ianya diinspirasikan oleh buah delima.

  1. Violet Ocean

perfume kereta

Seterusnya, perfume Violet Ocean ini akan memberikan anda kesegaran dan menghilangkan tekanan. Ianya dihasilkan daripada ekstrak freesia, geranium, melur serta bergamot.

Sudah tentu anda akan berasa seperti anda berada di tepi pantai yang dipenuhi dengan bunga-bunga yang indah 

  1. Passion Fine

perfume kereta

 Akhir sekali, perfume Passion Fruit akan memberikan anda ketenangan semasa memandu kerana harumannya diperbuat daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. 

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan bau hapak di dalam kereta.

 Anda boleh menggunakan kaedah semulajadi atau menggunakan jenama perfume kereta seperti De’Xandra  untuk memastikan pengudaraan kereta anda sentiasa segar dan nyaman.

Sekiranya anda berminat melihat koleksi-koleksi minyak wangi kereta yang lain keluaran De’Xandra, anda boleh melihatnya di dalam katalog produk minyak wangi kereta di dalam website De’Xandra. 

De’Xandra merupakan syarikat pengeluar minyak wangi nombor 1 di Malaysia dan telah memenangi beberapa anugerah bagi kualiti produk mereka. 

De’Xandra telah menjadi pilihan utama bagi sesetengah rakyat Malaysia dan mempunyai sebanyak 19,000 penjual semula yang berdaftar.

Jika anda berminat, klik sini untuk membuat pembelian