Ruginyaaa…. Mahal-mahal kita beli perfume, lepas sejam pakai terus hilang! Ini 5 Tips Untuk Menyimpan Perfume Dengan Cara Terbaik.
Kebanyakan minyak wangi menjanjikan bau haruman yang mampu bertahan sepanjang hari, namun, bila kita menyemburnya, kekuatannya hanya indah khabar dari rupa! Time awal-awal spray, bau dia wangi semerbak sangat dan rasa melekat pada baju. Tapi bila dah lama, haruman perfume jadi lemah malah paling menyedihkan aroma tak dapat dibau lagi. Automatik keyakinan diri pun akan berkurang. Mesti korang tertanya-tanya kenapa dan mengapa kan? Korang terbeli batch rosak ke?
Ops, sebelum korang berlari ke kedai minta refund, tengok dulu senarai di bawah. Adakah cara korang simpan perfume itu SALAH? Sini admin sharekan pantang-larang simpan perfume supaya baunya mampu bertahan dari pagi ke petang.
Perfume perlu dijauhkan dari haba
Simpan minyak wangi di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari cahaya matahari secara langsung. Tahu tak kenapa? Ini sebabnya haba yang melampau akan menjejaskan keseimbangan minyak wangi itu tau sekaligus akan menukarkan bau perfume tersebut. Bila kandungannya berubah, perfume itu akhirnya tidak dapat tahan lama. Oleh itu elakkan tepi tingkap, tepi pintu ataupun dalam kereta untuk bantu panjangkan hayatnya. Rugi je kan beli perfume mahal-mahal tapi tak tahan lama aromanya.
Simpan perfume anda di dalam peti sejuk
Apabila korang menyimpan perfume kegemaran di dalam peti sejuk ia boleh membantu untuk mengurangkan kerosakan jangka panjang minyak wangi tu. Ini kerana kebanyakan molekul wangian mudah terurai dengan haba. Tetapi jangan pula menyimpannya terlalu rapat dengan makanan dan minuman yang lain. Nanti tak pasal-pasal pula makanan dan minuman yang berada di dalam peti ais berubah rasa.
Simpan minyak wangi jauh dari kelembapan
Kebanyakan orang akan menyimpan minyak wangi mereka di bilik mandi supaya mudah dicapai sebaik saja selepas mandi. Tetapi malangnya, wap air yang berlebihan itu boleh bertindak balas dengan molekul-molekul minyak wangi tersebut. Bagaimana pula kalau tak ada tempat lain yang lebih sesuai, contohnya kalau tinggal di rumah yang kecil? Penyimpanan di bilik mandi masih boleh cuma korang mesti mempunyai kabinet atau sudut ruang yang selamat dari wap air. Tetapi lebih mudah, kalau korang simpan je perfume di ruang yang kering di dalam bilik tidur korang, contohnya bawah katil.
Almari pakaian atau kotak hiasan adalah tempat yang terbaik untuk anda menyimpan perfume.
Selain itu, kalau korang nak tahu almari pakaian adalah tempat yang paling sesuai untuk menyimpan minyak wangi. Ini sebab almari bertutup bukan saja gelap, bebas daripada kelembapan yang berlebihan dan juga membantu melindungi botol perfume dari terjatuh. Malangnya, tidak semua wanita mempunyai ruang di dalam almari pakaian. Biasalah baju perempuan pun dah penuh satu almari kan? So, korang boleh menggunakan kotak hiasan sebagai salah satu cara yang terbaik untuk simpan minyak wangi kegemaran. Kotak kadbod yang simple pun cukup memadai.
Akhir sekali – Jangan goncang botol perfume!
Ada mitos bahawa minyak wangi mestilah digoncang terlebih dahulu sebelum digunakan bagi memastikan bahan-bahan di dalam perfume itu bercampur dengan baik. Sebaliknya minyak wangi itu direka cukup lengkap dengan bahan pengikat yng memastikan wangian itu keluar mengikut turutan yang betul. Oleh itu, menggoncang perfume akan membuat ikatan molekul di dalamnya itu pecah dan menyebabkan aroma wangiannya akan berubah. So, elakkan lah ia dari goncangan sengaja atau tidak. Nak ke beli perfume mahal-mahal tapi lepas dua tiga kali pakai tinggal air?
Ha, elak-elakkanlah beberapa perkara yang admin share di atas ni ya. Semoga tips ni dapat membantu korang untuk membuatkan perfume pilihan hati korang semua tu tahan lama. Jadi selepas ini masalah bau badan yang kurang menyenangkan itu dengan mudah dapat diselesaikan sekaligus dapat meningkatkan lagi keyakinan diri korang!