Malaysia adalah negara yang ‘melting pot’ iaitu pelbagai kaum dan agama tinggal bersama sejak 1957. Biarpun datang dari pelbagai keturunan dan asal-usul, rata-ratanya warga Malaysia menzahirkan kesetiaannya kepada negara tanah tumpah darah ini. Dalam sedar tidak sedar sudah enam dekad kita menyambut kemerdekaan. Dan dalam enam dekad ini, pelabagai jenis lagu dicipta dan didendangkan bagi menzahirkan semangat cinta negara oleh para warga negara. Hari ni, kami senaraikan lagu patriotik Malaysia yang paling top dan evergreen ni. Sambil-sambil baca tu, layan sekali lagu-lagunya, pasti buatkan korang rasa bangga menjadi anak Malaysia!

 

1. Gemuruh

Dari bait-bait liriknya sahaja, anda boleh rasa semangat menjadi rakyat Malaysia. Melodi yang pantas dan lirik yang positif menjadikan lagu ini selalu dimainkan bagi menaikkan semangat dalam acara-acara motivasi. Ciptaan Aubrey Suwito ini begitu mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Biarpun sudah 10 tahun dicipta, ia masih lagi dimainkan dengan kerap di corong-corong radio. Kalau dengar Gemuruh dari Faizal Tahir mesti rasa ekstra semangat. https://www.youtube.com/watch?v=M4YdsWqUhiY

 

2. Setia

Lagu Setia ialah nyanyian asal Francesca Peter, yang dicipta oleh Datuk Ahmad Dasilah dan Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat pada 1987. Lagu ini sangat popular hingga dikatana “lagu kebangsaan kedua Malaysia selepas Negaraku”. Namun, pada tahun 2018 ia telah diberi nafas baru dengan gabungan penyanyi tersohor dan penyanyi berbakat negara. Antara barisan penyanyi tersebut ialah Francesca Peter, Man Bai, Zainal Abidin, Hael Husaini, Syamel, Ara Johari, Nicole dan Ernie Zakri. Walaupun lenggok lagunya sudah berubah namun bait-bait pada lirik itu masih sama mengagumkan semua. Jom layan lagu Setia versi baru di bawah. https://www.youtube.com/watch?v=f4acGcHOu-k

 

3. Warisan

Allahyarham Sudirman antara penyanyi yang banyak mengeluarkan lagu-lagu patriotik antaranya Warisan dan Tanggal 31. Lagu ini sangat memberi inspirasi dan motivasi untuk kita terus menghargai segala pengorbanan perwira negara dalam mencapai kemerdekaan. Lagu ini ciptaan sepenuhnya Allahyarham Syed Haron dan lirik awalnya, ‘Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ pernah diangkat menjadi tema bagi sambutan ulang tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 pada tahun 2014. Jom layan lagu Warisan dari Sudirman, confirm “feel!” https://www.youtube.com/watch?v=ZLiJvNyt7pI

 

4. Standing In The Eyes Of The World

Lagu Standing in the Eyes of the World ini merupakan lagu tema Sukan Komanwel pada tahun 1998 yang mana Malaysia telah menjadi tuan rumah ketika itu. Hasil ciptaan David Gates dan Wah Idris, lagu ini dinyanyikan oleh Ella dalam dua versi iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ella yang menyanyikannya dengan nada rock-selamba beliau, diselangi chorus yang dinyanyikan ramai-ramai, sentiasa menyebabkan pendengarnya terikut-ikut menyanyi sekali.  Tambahan pula liriknya masih mampu meremangkan bulu roma setiap rakyat Malaysia setiap kali ia dimainkan. Sehingga sekarang lagu ini masih menjadi pilihan setiap kali perlawanan sukan berlangsung. Bukan sahaja boleh membangkitkan rasa cinta pada negara, lagu ini juga mampu membuatkan korang menitiskan air mata. Tak percaya jom layan Standing In The Eye Of The World https://www.youtube.com/watch?v=2KFeUCOGZ2Y

 

5. Tanggal 31 Ogos

Inilah lagu mengenai Hari Kebangsaan paling popular dan ‘evergreen’. Tidak lengkap sambutan Bulan Kemerdekaan tanpa lagu Tanggal 31 Ogos ini. Lagu ini dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Rentak dan bait-bait lirik lagu ini cukup berbisa sehingga mampu menyentap semangat rakyat Malaysia. Lagu ini terus diminati oleh ramai peminat tidak kira bangsa yang dapat membangkitkan semangat patriotisme pada negara tercinta. Sudah menjadi seperti lagu rasmi Tanggal 31 Ogos ini pasti akan dinyanyikan semasa sambutan kemerdekaan. Klik link ini untuk korang dengar lagi Tanggal 31 Ogos dari Sudirman https://www.youtube.com/watch?v=nCiZweEsmoc

 

6. Kita Punya Malaysia (Sayangi Malaysiaku)

Lagu ini lagu yang paling baru dalam kesemua senarai ini namun, ia tetap ada ‘following’nya yang tersendiri. Apatah lagi ia dinyanyikan oleh band rockers anak muda, Bunkface. Biarpun selamba cara persembahannya, lagu ini tetap diiktiraf sebagai lagu kemerdekaan yang rasmi. Ia juga menjadi lagu kegemaran anak-anak muda terutamanya pelajar untuk dijadikan lagu persembahan tarian moden. Tak hairanlah lagu ini tetap menjadi lagu tema merdeka dan dinyanyikan semasa perarakan 31 Ogos bukan sekali, tapi dua tahun berturut-turut. Jom layan montaj lagu ni https://www.youtube.com/watch?v=WdzC1rHXn5o

 

Wah, betul lah lagu-lagu diatas ni nostalgik kan? Bila dengar tu semangat patriotik dalam diri berkobar-kobar. Tidak kira kaum dan keturunan, pasti ramai yang hafal liriknya dan ikut serta nyanyi kalau didengarkan. Haa, kita ni sebagai anak Malaysia ni, jangan sekadar layan saja ‘beat’ dan lirik lagu ni tapi hayatilah sekali sebab setiap bait lirik ada maksud yang hendak disampaikan. Semoga kita sentiasa mengingati dan menghargai pengorbanan para pewira negara yang berjuang demi kemerdekaan Malaysia.

September 06, 2019 — de-xandra Admin
Tags: Zatul Akma