Hmmm Wanginya Sampai Tak Nak Keluar Bilik! Ini 5 Wangian Air Freshener De’Xandra Yang Paling Sesuai Untuk Kegunaan Bilik Anda.
Pada zaman sekarang, bukan saja badan kena harum, malah persekitaran juga orang mahu wangi. Keadaan bilik atau rumah yang berbau menyenangkan contohnya, menjadi tanda aras bagi tahap kebersihan dan kekemasan seseorang. Bukan itu saja, keadaan bilik yang harum dapat memberikan ketenangan kepada sesiapa saja yang ada di dalamnya. Maklumlah bau ni adalah deria rasa yang boleh memberi kesan kepada mood dan emosi anda.
Cuba bayangkan apabila sesuatu bilik, contohnya bilik tidur kita diselubungi dengan aroma yang mood tenang dan happy saja. Mesti best kan? Kalau nak tahu, itulah sebabnya Air Freshener De’Xandra cukup laku sejak akhir-akhir ini kerana ramai membelinya untuk dijadikan wangian bilik. Jadi untuk hari ini kami kongsikan kenapa lima jenis Air Freshener De’Xandra ini adalah top selling untuk kegunaan bilik dan rumah.
Vanilla Fresh
Siapa je yang tidak sukakan aroma vanilla kan? Vanilla ini adalah salah satu rempah yang “termahal” dan digunakan dalam pewangi dan juga makanan. Ia juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh apabila kita menghidunya. Terdapat kajian hospital yang membuktikan aroma vanila mengurangkan perasaan ‘anxiety’ dan stress kepada pesakit serta meningkatkan selera makan. Oleh itu untuk wangian ini sesuai bagi mereka yang ingin melepaskan lelah selepas seharian bekerja dan beristirehat di dalam bilik.
Green Tea Forest
Satu kajian telah menunjukkan bahawa teh hijau membantu menguatkan daya ingatan kerana ia mengurangkan penguraian sel memori dalam otak. Ia juga memberikan perasaan rileks dan mengurangkan rasa ‘anxiety’ kepada penggunanya. Oleh itu Green Tea Forest ini dapat membantu untuk lebih tenang dan fokus semasa mengulangkaji mahupun menyelesaikan kerja-kerja dari pejabat yang perlu disiapkan di rumah.
Rose Forest
Menghidu aroma ros ini akan membantu tidur dengan lebih tenang. Kajian yang membandingkan kaitan aroma dan kualiti tidur melaporkan bahawa tidur dengan aroma ros lebih nyenyak berbanding aroma lain. Ini disebabkan ia merangsang tubuh untuk menurunkan kadar pengeluaran adrenalin dalam badan, sekaligus membuatkan tubuh lebih relax dan senang untuk tidur. Tapi, bukan itu saja sebabnya ros amat sesuai di bilik tidur. Ros juga terbukti menyeimbangkan hormon wanita terutamanya kepada mereka yang postmenopaus. Wah, mungkin dapat kembalikan kehangatan cinta bersama yang tersayang? Hehehe…
Forest Dream
Aroma dari Forest Dream ini menggabungkan bau lemon yang tidak terlalu ‘strong’ dan sangat sesuai untuk diletakkan di dalam bilik tidur anda, terutamanya kepada yang perlu study atau ingin bangun awal. Ini kerana aroma lemon meningkatkan ‘brain alertness’ serta menyebabkan anda lebih mudah terjaga pada pagi hari. Jadi yang mana ada ‘exam’ tak lama lagi tu, try lah Forest Dream ya. Bukan itu saja apabila bilik tidur kita berbau segar kita pun tak lagi pening kepala kan? Jadi jom kita cuba Air Freshener Forest Dream ini.
Roasted Caramel
Sesiapa sahaja yang bau aroma Roasted Caramel ini akan rasa seperti berada di dalam kedai bakery yang akan membuatkan mood anda berubah menjadi ceria dan berselera. Bau aroma Roasted Caramel ini termasuk dalam kategori gourmand kerana aromanya yang pekat, manis dan seakan-akan boleh dimakan. Yang sedang dalam PMS tu, kalau bau Roasted Caramel ni, kuranglah sikit rasa mengidam nak makan benda-benda manis tu.
Haa, jadi antara lima aroma ni yang mana Air Freshener yang korang nak pilih? Dah tak perlu pening-pening nak fikir apa aroma yang sesuai. Pilih sahaja yang mana sesuai dengan aktiviti korang. Kalau korang nak pilih selain aroma ni pun tak apa juga. Mungkin ada aroma Air Freshener yang lebih korang suka. Maklumlah ada hampir sepuluh kesemuanya kan. Jadi kalau ada masa terluang lepas ni, bolehlah singgah-singgah ke kiosk reseller berdaftar yang terdekat. Mana tahu ada satu yang perfect untuk anda!