Ramai wanita di luar sana yang mengeluh dan runsing mencari hadiah untuk pasangan lelakinya. Kalau wanita, bermacam hadiah yang boleh diberi seperti beg tangan, kasut tumit tinggi atau alat solek tetapi lelaki?

Disebabkan itu, kami akan kongsikan cadangan hadiah-hadiah yang mudah dan praktikal untuk diberikan kepada pasangan lelaki.

Nak tahu apa cadangan hadiah-hadiah tersebut? 

Jom baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.  

Hadiah Untuk Lelaki Yang Mudah dan Praktikal

Hadiah biasa yang diberikan untuk lelaki adalah dompet, jam tangan dan tali pinggang.

Tapi bosanlah setiap kali nak beri hadiah-hadiah macam itu saja kan?

Dahlah harga hadiah-hadiah tu bukannya murah. Lagipun, sesetengah barangan tahan lama seperti dompet yang boleh dipakai selama beberapa tahun.

Jadi, kalau nak recycle idea hadiah setiap tahun boleh dikira membazir.

Oleh itu, kami akan kongsikan beberapa hadiah yang mudah, mampu milik dan praktikal di bawah ini:

Hadiah Untuk Lelaki 

  1. Phone Stand & Charging Station

Hadiah ini amat sesuai buat pasangan lelaki yang minat terhadap gadget.

Ia merupakan pemberian hadiah yang sangat berbaloi dan berguna, terutamanya mereka yang memiliki gadget seperti wireless earphone, jam tangan digital dan powerbank.

Kesemua gadget tersebut boleh dicaj pada satu tempat yang sama dan lebih kemas.

Jadi, tidak adalah bersepah gadget di atas meja mahupun wayar yang berbelit pada extension.

 Hadiah untuk lelaki

  1. Shoe Organizer

Ramai lelaki yang minat mengumpul kasut-kasut yang berjenama.

Jika pasangan lelaki anda; ayah mahupun suami, gemar mengumpul kasut, hadiah yang paling mudah untuk diberikan ialah shoe organizer.

Hadiah ini menunjukkan bahawa anda mengambil tahu mengenai minat mereka. Pasti mereka akan berasa terharu dengan pemberian hadiah ini.

Idea yang lebih baik adalah shoe organizer yang membolehkan mereka display koleksi kasut.

Pembelian kasut itu bukannya murah, jadi lebih baik simpan sambil display saja koleksi kasut tersebut.

 

  1. Gift Card

Anda juga boleh hadiahkan lelaki gift card.

Cadangan hadiah yang seterusnya adalah gift card. Pemberian gift card ini sangat berguna, lebih-lebih lagi buat pasangan lelaki yang gemar bershopping.

Contoh gift card yang anda boleh dapatkan adalah Zalora, Google Play, Spotify, Netflix, Starbucks, Iflix dan bermacam-macam lagi.

Dengan pemberian gift card, pasangan lelaki anda boleh melakukan bermacam-macam perkara seperti redeem code, menerima diskaun, dan menikmati layanan premium.

 Hadiah untuk lelaki

  1. Baju

Baju kedengaran seperti hadiah biasa yang orang berikan, bukan?

Betul, tapi yang lebih menyeronokkan adalah anda boleh memilih style baju yang anda ingin lihat mereka pakai.

Jika anda inginkan pasangan lelaki anda tampil seperti lelaki bekerjaya, anda boleh menghadiahkan baju kemeja.

Untuk pemakaian yang casual, anda boleh menghadiahkan sweatshirt dan casual shirt.

 

  1. Topi

Topi juga sesuai untuk diberikan hadiah bukan sahaja kepada orang muda tetapi untuk yang sudah berumur.

Hadiah ini bukan sahaja untuk lelaki bergaya tetapi ada juga praktikalnya seperti digunakan semasa berjoging atau di gym.

Lagi pun topi mudah dicari di mana-mana jadi anda pun tak perlu susah-susah nak mencarinya.

 

  1. Set Penjagaan Diri

Para lelaki juga memerlukan set penjagaan diri seperti pencuci muka, skincare produk, perfume, dan sebagainya.

Lebih-lebih lagi, majoriti lelaki sudah mulai menjaga penampilan mereka dengan lebih teliti.

 Hadiah untuk lelaki

  1. Hand Vacuum

Pernah dengar orang hadiahkan hand vacuum? Jarang, bukan?

Jika anda hadiahkan hand vacuum, ia sememangnya unik dan praktikal untuk pasangan lelaki.

Mereka boleh gunakan hand vacuum ini untuk mengemas bilik dan membersihkan seat di dalam kereta.

Kebanyakan hand vacuum bersaiz kecil jadi senang untuk dibawa kemana-mana dan mudah digunakan.

 Hadiah untuk lelaki

  1. Minyak Wangi

Siapa saja tak suka berbau wangi, kan?

Minyak wangi merupakan salah satu hadiah yang boleh dikatakan klise. Tetapi, tidak dinafikan ianya mudah dan praktikal untuk dihadiahkan kepada para lelaki.

Terdapat pelbagai jenis minyak wangi di pasaran yang bukan sahaja memikat baunya tetapi juga berpatutan harganya.

Hadiah untuk lelaki

Anda tak tahu nak pilih minyak wangi apa? Kami cadangkan minyak wangi De’Xandra.

Yang menariknya, De’Xandra menawarkan set wangian yang sudah dibungkus dengan cantik dan kemas yang anda boleh terus hadiahkan sahaja kepada si dia.

Minyak wangi untuk lelaki De’Xandra dihasilkan untuk membuatkan penggunanya berketerampilan, yakin dengan diri sendiri dan pastinya berbau wangi.

Terdapat 6 series wangian lelaki De’Xandra iaitu Classic Series, Elegant Series, Intense Series, Luscious Series, Dynamic Series dan Deluxe Series. Setiap koleksi dalam series ini diformulasikan dengan haruman tersendiri yang unik dan mengikut kesesuaian situasi si pemakai.

Minyak wangi De’Xandra bukan sahaja wangi tetapi juga tahan lama dan berkualiti tinggi.

De’Xandra merupakan salah satu syarikat pengeluar minyak wangi nombor 1 di Malaysia dan telah memenangi beberapa anugerah bagi kualiti produk mereka. De’Xandra telah menjadi pilihan utama bagi sesetengah rakyat Malaysia dan mempunyai sebanyak 19,000 penjual semula yang berdaftar.

Bagi minyak wangi lelaki, De’Xandra telah mengeluarkan beberapa series minyak wangi yang mempunyai haruman yang setanding dengan minyak wangi bertaraf antarabangsa.

Senang je nak membuat pembelian minyak wangi dengan De’Xandra ni, anda hanya perlu melayari laman web rasmi De’Xandra ataupun hubungi agent-agent mereka.

Tunggu apa lagi, dapatkan minyak wangi anda sekarang dan pasti anda akan lebih yakin dan berpuas hati dengan kualitinya!

 

Dapatkan Minyak Wangi For Him De’Xandra Di Sini.

March 17, 2022 — de-xandra Admin