Pewangi atau bau-bauan yang harum amat penting kepada manusia. Ia bukan sahaja penting kepada manusia moden, malah minyak wangi telah digunakan sejak beribu tahun dahulu.

Pewangi bukan setakat digunakan pada manusia, malah digunakan kepada perabot, bahan pencuci, lilin, ruangan bilik dan macam-macam lagi yang boleh ditambahkan kepadanya.

Teknik Menyimpan Minyak Wangi Supaya Tahan Lama di Rumah

Pastinya hampir setiap orang mempunyai minyak wangi atau perfume di rumah bukan?

Minyak wangi sememangnya satu perkara yang penting dalam kehidupan seharian dan sentiasa menjadi pelengkap pada penampilan mahupun aura seseorang.

Mesti anda rasa rugikan jika beli minyak wangi yang mahal dan tidak tahan lama gara-gara tidak pandai menyimpannya dengan cara yang betul.

Berikut adalah tips yang boleh dijadikan panduan agar minyak wangi anda tahan lama dan sekaligus menjimatkan wang supaya tidak kerap membeli minyak wangi yang baru.

  • Simpan di tempat gelap

Koleksi minyak wangi yang tersusun di meja solek atau di atas rak sememangnya cantik dilihat.

Namun, kita kena elakkan tabiat ini kerana minyak wangi yang sering terdedah dengan pancaran sinar matahari akan memecahkan molekul minyak wangi tersebut.

Bukan itu sahaja, ianya boleh mengurangkan juga aroma pewangi. Tempat yang terbaik adalah di dalam laci, almari atau mana-mana tempat yang tertutup.

  • Ditutup dengan rapi

Setiap minyak wangi yang berasaskan alkohol memiliki tahap penguapan yang tinggi apabila terdedah dengan udara.

Jadi, macam mana sekalipun selepas guna jangan tinggalkan minyak wangi anda tidak ditutup terlebih dahulu.

  • Minyak wangi dalam bekas lebih kecil

minyak wangi tahan lama

Kajian menunjukkan minyak wangi yang ada dalam saiz besar, apabila ianya berkurang akan mengurangkan bau aromanya.

Ini adalah kerana udara dalam botol akan mengoksida aroma minyak wangi di dalamnya.

  •  Elak simpan ditempat yang lembab

Kadang kala memang mudah untuk kita menyimpan semua minyak wangi sekali dengan barangan kecantikan kita yang lain di dalam bilik mandi bagi menjimatkan masa.

Namun tabiat ini perlu sangat dihindari. Ini adalah kerana bilik mandi merupakan tempat yang lembap serta menjadi tempat untuk bakteria membiak.

  • Simpan di dalam kotak

Jika kita membeli minyak wangi yang dibungkus kemas bersama dengan kotak, jangan buang kotaknya.

Hal ini kerana kotaknya itu berperanan untuk mengelakkan botol minyak wangi daripada terkena pancaran sinar matahari dan suhu yang panas.

Dengan cara ini, aroma minyak wangi akan kekal sama seperti baru dibeli.

Cara Pakai Minyak Wangi Agar Tahan Lama

Semua orang gemar berbau wangi sepanjang hari, bukan?

Tapi anda tahu tak, wangian yang anda selalu pakai selalunya cuma akan bertahan sehingga tengahari sahaja?

Ini mungkin kerana cara pemakaian minyak wangi anda yang salah. Masih ramai yang tidak mengetahui cara yang betul untuk memakai wangian yang boleh memastikan baunya boleh tahan lama.

Disini kami akan kongsikan cara untuk memastikan wangian anda akan tahan lama. Tips ini sesuai bagi lelaki mahupun perempuan.

  • Pakai Selepas Mandi

Ini adalah waktu yang sesuai untuk anda untuk sembur minyak wangi pada badan anda.

Hal ini kerana badan anda masih lembab dan akan menyebabkan minyak wangi akan melekat pada badan kita. Minyak wangi akan tahan lama pada permukaan yang lembap.

Jadi, disarankan untuk anda sembur minyak wangi selepas mandi.

  • Sembur Berpada-pada

Mesti anda ingat jika sembur banyak minyak wangi akan lebih wangi, betul?

Tetapi, tahukah anda jika terlebih minyak wangi akan membuat orang disekeliling kita akan pening dan akan menjauhkan diri daripada kita?

Jadi, berpada-padalah sembur minyak wangi ok!

  • Pakai Bersama Losyen

losyen

Pemakaian minyak wangi bersama lotion akan memberikan kesan yang maksimum dengan ketahanan yang lama.

Jika kulit kita lembab, barulah sesuai untuk kita sembur minyak wangi.

Molekul minyak wangi akan bercampur bersama dengan lotion lebih baik berbanding dengan kulit kering.

Cuma pastikan lotion yang digunakan jenis odorless supaya bau perfume akan lebih menyerlah.

  • Jangan Gosok Selepas Sembur

Selepas sembur minyak wangi, jangan sesekali gosok dikawasan yang disembur.

Ini akan merosakkan molekul wangian tersebut dan mengurangkan tahap wangian minyak wangi tersebut.

Jika mahu berjimat, jangan gosok tetapi tap sahaja pada bahagian tertentu.

  • Sembur di Sikat

Jika anda mahukan rambut anda wangi, cuba semburkan minyak wangi di sikat anda, bukan terus ke rambut anda.

Jangan sembur terus ke rambut kerana kandungan alkohol boleh menyebabkan rambut anda rosak.

  • Sembur Pada Nadi

Minyak wangi akan bertindak balas dengan haba, jadi dengan pakaikan wangian di bahagian nadi.

Ianya boleh membantu bau tersebut tersebar sepanjang hari.

Semburkan juga di bahagian leher, lipatan siku, pergelangan tangan atau belakang lutut anda.

Bahagian ini sedikit panas dan membolehkan wangian tahan lama.

  • Pakai Pelembap

Jika anda jenis kulit kering, disarankan pakai pelembap dahulu seperti Vaseline di tempat anda ingin sembur minyak wangi.

Dengan itu, bahagian tersebut akan menjadi lembap dan menjadikan wangian tahan lama sekaligus mengelakkan masalah kulit pada sesetengah individu.

Barulah selamat nak sembur minyak wangi kan?

  • Buang Minyak Wangi

Setiap minyak wangi mempunyai tarikh luput dan ianya tidak tahan lama.

Jika sudah lebih dari tarikh luputnya, baunya akan berubah.

Jadi sebaiknya, anda peka dengan perkara ini dan buang sahaja bila sudah sampai tarikh luputnya. Beli sahaja yang baharu.

  • Jangan Goncang Botol

Sebelum menyembur minyak wangi jangan menggoncang botolnya. Mungkin ini sudah menjadi kebiasaan sesetengah orang.

Perbuatan ini akan membuatkan udara mudah masuk dan akan mengurangkan kualiti harumannya.

Seperti yang anda sedia maklum, semua minyak wangi mempunyai kepekatan yang berbeza. Lagi pekat minyak wangi dengan minyak yang asli, lebih mahal harganya berbanding dengan minyak asli yang tidak begitu pekat.

Buat anda yang sedang mencari minyak wangi yang tahan lama semestinya dari Dexandra. 

Anda boleh dapatkan melalui website, stokis atau agen Dexandra (dexandra.com).

Minyak wangi Dexandra memiliki bau haruman yang berbeza.

Oleh itu, anda boleh cuci mata dahulu di laman web kami terlebih dahulu untuk melihat koleksi minyak wangi yang ada.

Kepada wanita dan lelaki yang sukakan bau wangian umpama bunga-bunga yang sedang kembang mekar, bau kesegaran rumput selepas dipotong dan kesegaran hujan anda boleh pilih:

  • Juliet
  • Savage

Ianya gabungan limau nipis, lemon dan nota laut.

Selain itu, untuk yang suka outdoor ada wangian yang sesuai untuk anda.

Wangian yang baunya seakan kayu-kayuan, sesuai untuk masking tatkala peluh dan semasa cuaca panas.

  • Helena
  • Romeo

Yang terakhir sesuai untuk digunakan pada siang hari

  • Chaleur atau Vigor

Selain minyak wangi bersaiz besar, terdapat juga saiz untuk travel dan mempunyai air freshener yang memiliki pelbagai bau yang menarik

DAPATKAN MINYAK WANGI DE’XANDRA SEKARANG!

December 27, 2022 — de-xandra Admin