Your Skins’ Bestfriend In Best Scents

9 January 2020 Zatul Akma Tips

De’Xandra sudah lama terkenal sebagai brand wangian terulung Malaysia. Sebut saja wangian, pastinya teringat pada De’Xandra. Bukan saja wangian EDP untuk badan, malah pewangi rumah dan kereta juga cukup menjadi ‘bestseller’ di hati semua pengguna.

Kini, De’Xandra telah mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan melancarkan losyen wangi pula. Bukan sahaja dapat membantu kulit anda kekal sihat dan lembap malah boleh dijadikan sebagai wangian juga! 

 

Yelah, dalam cuaca tak menentu sekarang ni tentu ramai yang mengalami masalah kekeringan kulit kan? Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, DeXandra mengeluarkan bukan satu, dua, tapi LIMA wangian popularnya dalam bentuk pelembap kulit.

 

Apa Kelebihan De’Xandra Scented Moisturizer ni?

Pelembap yang berasaskan air ini mempunyai bahan-bahan aktif seperti minyak dan ekstrak akar tumbuhan untuk memastikan kulit anda tetap sihat dan lembut sepanjang hari. Ini antara kelebihan beberapa bahan aktif yang ada dalam pelembap De’Xandra:

 

  1. Minyak biji macadamia – antikeradangan, melembap dan menghaluskan kulit.
  2. Minyak biji jojoba – mengurangkan kemerahan, kerengsaan kulit, kurangkan kulit mengelupas
  3. Ekstrak pegaga – kurangkan tanda ‘stretch marks’, menguatkan kulit
  4. Ekstrak akar Hu Zhang (japanese knotweed)- mengurangkan kerengsaan kulit, mengurangkan bintik hitam dan kedutan jika diguna dalam jangka panjang
  5. Ekstrak akar Huang Qin (skullcap root)  – anti keradangan, anti penuaan, mencerah dan melembutkan kulit.

 

Selain dari lima ekstrak bahan aktif di atas, losyen ini juga diformulasikan dengan aroma “bestseller EDP” De’Xandra iaitu Valerie, Victoria, Fresia, Chaleur, dan Elenor. Pastinya losyen De’Xandra akan menghidupkan mood anda menjadi lebih segar dan ceria sepanjang hari. Amalkan sapuan losyen setiap pagi semasa kulit masih lembap seperti selepas mandi untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

 

Wangian ini dipasarkan dalam tiub bersaiz 50ml dan berharga RM25 sebotol di reseller De’Xandra seluruh Malaysia. Jadi apa tunggu lagi? Bersediakah anda untuk mencuba produk baru dengan aroma dan sensasi dari DeXandra? Jika ya, dapatkan segera dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan teman baik kulit anda ini!