Wangian Untuk Wanita yang Dibolehkan Dalam Islam

23 May 2019 De'Xandra Titipan Wangian Ramadhan

Masalah bau badan berlaku bukan hanya disebabkan oleh peluh semata-mata. Bau yang timbul ini sebenarnya di olah daripada bakteria yang bertindakbalas dengan peluh sehingga mengeluarkan bau yang kurang enak. Selain itu juga pemakanan yang salah boleh menyebabkan bau tertentu seperti sulfide dikumuhkan melalui peluh, menyebarkan baunya kepada orang disekitar anda.

 

Ditegur oleh orang lain kerana masalah bau badan mungkin satu mimpi ngeri buat semua orang, bukan? Kalau boleh sebaiknya kita ingin dijauhkan dengan insiden macam ni. Mesti kita akan rasa down bila terima teguran macam ni kan, tak kiralah dari keluarga mahupun kawan-kawan.

 

Jadi, sebelum ditegur oleh orang sebelah bahawa bau badan kita yang tidak menyenangkan, lebih baik kita ambil alternatif dengan memakai wangian. Wangian ini boleh mewujudkan aura positif kepada si penghidu. Wangian bukan hanya untuk menggelakkan bau badan, malah memberikan perasaan yakin apabila kita sentiasa rasa wangi dan segar.

 

Secara umumnya wanita yang boleh memakai wangi-wangian adalah seorang isteri yang memakainya ketika suami berada di rumah, terutamanya semasa ingin melayan suami mereka. Isteri-isteri Nabi SAW juga berwangi-wangian semasa beliau berpergian ke rumah mereka. Tapi apakah ciri wangian yang sesuai untuk wanita?

 

Haa, untuk pengetahuan anda semua De’Xandra akan sharekan ciri-ciri wangian wanita yang dibolehkan dalam islam:

 

  1. Wangian yang dipakai untuk perhiasan suami sahaja. Tak kisahlah yang berbau macamana, floral, fruity mahupun sitrus. Bukan apa, dapat juga menghilangkan bau bawang atau masakan. Biar senantiasa wangi, barulah harmoni.

 

  1. Wangian yang sedikit dengan niat untuk menghilangkan bau badan seperti deodorant, bedak, sabun wangi, losyen tidaklah termasuk dalam kategori yang dilarang dalam agama. Wangian seperti ini adalah dibolehkan bagi wanita di dalam islam.

 

  1. Wangian yang dipakai ketika keluar rumah diharuskan yang baunya tidak kuat. Maksudnya jenis yang hanya bau untuk diri sendiri sahaja bila dipakai hingga tidak menyebabkan adanya tarikan syahwat. Caranya cuba calit di kulit, kalau baunya harum tak kuat tak apa. Tapi kalau calit, baunya kuat hingga orang dihidu orang sebelah, haa itu yang diharamkan.

 

  1. Memakai wangian semasa berada di rumahnya, ketika ingin menunaikan solat di dalam rumah dan ketika menyambut tetamu wanita adalah disunatkan kepada wanita. Ini memenuhi sifat fitrah wanita yang suka kelihatan kemas dan menyenangkan sepanjang masa.

https://youtu.be/N0VJl8pvHiw