Wangian Raja Sehari

28 June 2018 Izzati Hassan Tips

Assalamualaikum semua.

Pada ketika ini, kita sudah pun berada dalam minggu kedua bulan Syawal. Dan dengan bermulanya bulan Syawal, musim perkahwinan juga bermula. Ada saja kad yang diterima, kenduri yang ingin dihadiri. Mungkin ada di antara anda yang sedang dan akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat? Jika ya, selamat Pengantin Baru!

Memandangkan musim kahwin dah bermula, apa kata saya ceritakan tentang satu trend orang putih lately iaitu trend Wangian Raja Sehari atau Wedding Scent.

APA ITU WEDDING SCENT?

Konsepnya begini, memori kita tentang sesuatu peristiwa akan jadi lebih kuat jika disertakan dengan rangsangan deria, seperti sentuhan dan bau. Jadi, bakal pengantin di sana akan memilih satu pewangi khas untuk dipakai pada hari perkahwinan mereka. Supaya nanti, setiap kali mereka terbau wangian itu, mereka akan teringat-ingat saat manis hari bahagia mereka.

Wedding scent akan dipilih dari perfume baru yang mereka tak pernah pakai sebelum ini, dan lebih cenderung kepada bau klasik floral. Namun, wangian yang dipilih tetap mempunyai ciri si pemakai tu sendiri.

Contohnya, wangian Olivia De’Xandra melambangkan kesempurnaan cinta wanita. Dengan bau wangi bunga melur disulam melati dan lili, ia sesuai untuk bakal ratu sehari yang ingin menggambarkan kematangan mereka. (Dan mungkin juga sesuai untuk impress keluarga mertua, sebab bau ni mereka memang suka).

Grace pula wangian floral dengan dasar bunga ros, magnolia, peony dan freesia, memberikan feel wanita berkeyakinan dan elegan. Padankan dengan baju pengantin labuh berkilauan, anda bawa gaya ala VVIP yang cukup eksklusif di majlis perkahwinan anda.

Satu lagi wangian yang popular untuk raja sehari ialah Lady Rose. Aroma ylang ylang dan patchouli memang unik, tapi ia memberi efek romantik kepada gaya anda. Tapi awas, wangian ini cukup menggoda, ditakuti nanti si raja sehari tak tahan pula!

Apa-apapun, jangan risau jika Wangian Raja Sehari yang anda pilih tidak sama seperti wangian stail yang anda pakai hari-hari. Itu memang tujuannya! Wangian ini akan jadi wangian koleksi khas anda. Mungkin paling lama pun, anda gunakannya hingga sesi bulan madu. Kemudian, ia biasanya disimpan dengan baik dalam bekas bertutup di tempat yang sejuk dan dingin supaya tahan lama.

Apabila hari ulangtahun anda tiba, atau apabila anda ingin mengingati hari indah itu, buka botol wangian tadi dan sembur sedikit pada udara. Saya yakin, anda tentu akan terus terbawa ke hari bahagia itu dan terkenang-kenang momen cinta pertama anda, sebagai seorang suami isteri. Andai anda sedang berselisih faham atau berkecil hati dengan si dia, tenangkan diri dan sembur sekali dua wangian tadi. Insyaallah perasaan sayang itu hadir semula.

Oh ya, bagi yang inginkan wangian yang betul-betul rare untuk perkahwinan anda, kami ada berita baik – set wangian sepasang Adam dan Hawa masih available sepanjang bulan Syawal ini. Bukan saja boleh dibuat wangian Raja Sehari, malah boleh juga diletakkan di atas hantaran kerana kotaknya yang cukup elegan. Dapatkan daripada ejen terdekat anda ya!

https://www.instagram.com/p/BjJtMwADgp5/?taken-by=dexandra_hq