4 Tips Memilih Wangian Mengikut Personaliti Anda

Wangian yang paling sempurna untuk diri kita?
Mencari wangian yang sesuai memang mengambil masa yang agak lama. Salah pilih wangian, mungkin akan mengakibatkan orang sekeliling tidak selesa. Jadi, untuk memilih wangian mengikut personaliti adalah satu tugas yang agak mencabar.
Tapi…
Tidak bagi kami, kerana kami akan sediakan 4 tips untuk anda! Jangan risau lagi ya, cuma baca sampai habis….
Anda perlu tahu jenis-jenis wangian.
APA PERBEZAAN Eau De Parfum (EDP) & Eau De Toilette (EDT)?
Soalan paling cliché sekali yang biasa kami terima.. EDP atau EDT? Nak bau pekat ke sedang-sedang..
Nah.. kami sediakan sekali rujukan untuk anda..
EDP mempunyai kepekatan pati yang paling tinggi. EDP mampu bertahan lebih 5jam dan kebiasaanya, pati adalah lebih banyak dari alkohol. Untuk pengetahuan anda, wangian de’xandra semuanya adalah EDP.
Manakala kandungan EDT lebih banyak alkohol berbanding EDP dan lebih ringan. Kebiasaannya wangian EDT tidak bertahan lama.
Jadi yang lebih sesuai adalah EDP la kan?
Eh tunggu dulu…tak semestinya… Kadangkala EDT yang ‘kurang pekat’ tu lebih rasa selesa. Ini bergantung kepada campuran pewangi tersebut. Ada campuran yang kurang aromanya, lebih menyenangkan untuk dibawa ke tempat kerja. Jadi tak salah anda memiliki EDP untuk satu pewangi dan EDT untuk pewangi yang lain. Cuba dulu baru tahu. Itulah kegunaannya tester, bukan?
Tips #1
YANG MANA BERKENAN DI HATI?
AWAS! Jangan salah beli hanya lihat botol yang cantik sahaja! Tapi anda perlu mengambil kira samaada wangian tersebut benar-benar serasi dengan jiwa anda. Jadi bagaimana caranya?
Caranya…
Jika anda spray pertama kali terus jatuh cinta! Bak kata orang putih, Go with your guts! Bauan pertama yang anda rasa yakin untuk memakainya dan secara automatik akan menimbulkan sisi anda yang lain.
Tips #2
UJIAN KULIT.
Eh.. Kenapa bau tak sama dengan yang saya spray di kulit dan kertas?
Untuk pengetahuan anda, perfume memberikan impak aroma berbeza apabila di sembur pada kulit. Jadi, semasa proses pemilihan perfume, uji sembur pada kulit tapi tidak pada kertas ya! Jika anda ke kiosk wangian, selepas menghidu semua tester, minta jurujual menyapukan tester pilihan ke pergelangan tangan anda pula. Kemudian uji baunya. Kalau mahu lebih yakin, teruskan berjalan-jalan ke tempat lain dahulu, dan hidu semula tangan anda selepas beberapa jam. Adakah ia serasi dengan kulit anda? Kalau ya, boleh teruskan membeli!
Oh ya, kepada yang suka membeli sebab dipengaruhi kawan-kawan tu…anda masih perlu try dulu ya wangian tu pada diri sendiri. Ada kalanya kulit anda dan rakan (malah keluarga sendiri) tak sama keadaannya, jadi sesuatu aroma yang berbau floral dengan dia, mungkin berbau fruity pula dengan anda. Kenapa? Sebab bahan dalam pewangi juga bertindak balas dengan kelembapan dan pH pada kulit anda jadi bau berbeza akan timbul.
Tips #3
MOOD WANGIAN
Anda harus tahu, semasa proses pemilihan wangian, mood wangian juga perlu di ambil kira. Mood wangian di sini bermaksud, haruman yang mengikut situasi dan keadaan sekeliling. Contohnya, wangian yang lebih kepada sitrus segar sesuai untuk bersukan.
Kesesuaian wangian juga mengambil kira samaada digunakan untuk aktiviti luar atau juga aktiviti di dalam (indoor) kerana faktor kepekatan dan kekuatan wangian tersebut. Contoh, wangian yang tidak terlalu semerbak biasanya digunakan untuk ke pejabat(indoor).
Tips #4
PERIBADI SI PENGGUNA WANGIAN
Ini juga amatlah penting untuk pemilihan wangian terutama bagi yang ingin membeli atau mencadangkan wangian untuk seseorang. Wangian biasanya melambangkan si pemakainya. Aroma tertentu akan menarik perhatian orang yang tertentu, maka tidak hairanlah seseorang penggemar wangian mempunyai jenis wangian yang lebih kurang sama sahaja di atas meja rias mereka.
Contohnya, wanita yang lemah lembut dan pemalu biasanya mencari wangian yang harum berbunga tapi “light”. Wanita yang berpersonaliti dominan pula suka bauan yang kuat dan adakalanya musky. Wanita muda yang suka bersosial dan sentiasa ceria pula gemarkan aroma fruity floral. Wanita yang berusia pula umumnya lebih suka floral yang bau seperti bedak dan harum semerbak. Dikatakan, semakin seseorang itu berusia, semakin kurang sensitif hidung mereka, oleh itu aroma yang mereka suka juga ‘kuat’ dan ‘semerbak’.
Dengan 4 tips ini kami berharap anda mendapat idea untuk memilih wangian yang sesuai bagi diri anda, atau untuk dijadikan hadiah kepada yang tersayang. Oh ya, jika anda inginkan kelainan dalam wangian anda untuk tahun ini, apa kata dapatkan wangian terbaru De’Xandra yang akan keluar tidak lama lagi – 5 aroma baru yang tentunya memberikan keunikan kepada anda tetapi masih mempunyai ciri yang anda suka dalam De’Xandra. Nantikan ya!
Penulis Artikel:
Saadiah Asarani, Team Marketing De’Xandra