Wangian boleh menghilangkan stress?

31 July 2018 Izzati Hassan Tips

“Aduh, stressnya kerja semenjak dua menjak ni. Rasa macam nak berhenti je.”

Eh, sebelum anda angkat pen dan tuliskan surat berhenti tu, tunggu dulu. Mungkin ubatnya ialah membuka sebotol perfume.

Tak percaya?

Bila kita bercakap tentang menghilangkan stress, mungkin penggemar aromaterapi ada jawapannya. Kajian yang baru diterbitkan dalam Jurnal Agricultural and Food Chemistry mencadangkan bahawa menghilang rasa risau dan stress boleh dilakukan dengan menghidu bau tertentu. Dalam kajian tersebut, penyelidik memelihara tikus dalam persekitaran yang stress dan sentiasa diganggu. Kemudian, mereka memberi sebahagian tikus tersebut bahan kimia linalool, iaitu bau yang biasa ada dalam pewangi sebagai bau kulit kayu manis, bergamot atau pudina.

Kesemua tikus itu diuji secara biokimia dan didapati tikus yang diberi aroma wangi linalool lebih kurang menunjukkan keadaan stress berbanding tikus yang tidak diberi bau.  Badan tikus itu juga lebih sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda stress. Malah selepas diuji secara genetik, penanda aras stress tidak dikeluarkan langsung!

Satu lagi kajian tentang stress dan aromaterapi turut dijalankan, berkenaan bau lavender dan pencegahan stress lepas bersalin (postpartum depression).

Dalam kajian di Iranian Journal of Midwifery, lebih 100 orang wanita dalam wad bersalin diberikan bau lavender selama 8 jam setiap hari dan selepas sebulan diuji paras stress mereka. Didapati paras postpartum stress pada wanita yang diberi bau lavender lebih rendah berbanding yang tiada. Satu lagi kajian pula menetapkan pewangi lavender diletakkan di sebelah bantal dan dihidu sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur ibu baru bersalin.

Hakikatnya perkara ini sudah lama diketahui oleh penggemar wangian sebelum zaman pengujian saintifik lagi. Oleh sebab itu, terapi aroma menawarkan banyak jenis bau-bauan yang khusus untuk mengurangkan stress seperti ros, geranium, melur, neroli dan kenanga.  Bau-bauan ini dibuktikan secara turun temurun dapat mengubah mood pembaunya dan memberikan rasa tenang. Ini juga antara penyebab penggemar wangian setia dan seolah ‘ketagih’ untuk membeli wangian yang mereka suka — kerana wangian juga boleh ‘mengubati’ mereka!

Jadi mana-mana rakan yang stress di luar sana, jangan gundah gulana. Mungkin apa yang anda perlukan ialah setitis wangian di udara. Boleh saya cadangkan, De’Xandra?