Umur Bukan Penghalang Untuk Capai Cita-Cita.

Tahukah anda kita mempunyai ramai tokoh-tokoh usahawan wanita yang boleh dibanggakan? Sebut saja nama mereka, pasti ramai yang mengenalinya. Contohnya Allahyarhamah Maznah Hamid, Christy Ng, Vivy Yusof, Neelofa dan pastinya pengasas De’Xandra, Puan Ernayanee sendiri. Jika ditanya pasti ramai yang mempunyai impian untuk menjadi seorang wanita yang berjaya. Namun bagaimana kita mahu jadi seorang wanita yang berjaya?
Insya-Allah mudah saja, selagi ada mindset dan tips yang betul. Dengan mengamalkan tips ini, ia mampu untuk membawa anda ke tahap yang lebih tinggi dalam kerjaya yang anda ceburi.
1. Mencipta matlamat diri
Sepertimana sesebuah syarikat mempunyai visi dan misi mereka sendiri, anda sebagai individu juga perlu mempunyai matlamat diri bagi tempoh masa jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Ini dapat membantu anda membentuk perancangan hala tuju bagi mencapai impian yang diinginkan. Puan Ernayanee di dalam bukunya, pernah mencadangkan untuk bakal-bakal usahawan membuat ‘Dream Board atau papan impian’ mereka di mana segala matlamat dan impian mereka dizahirkan pada papan tersebut. Ini membolehkan kita sentiasa mengingati diri kita akan apa matlamat kita supaya tidak tersasar dalam melakukan sesuatu.
2. Berani melakukan perubahan
Keberanian dalam melakukan perubahan adalah bermula dengan mengenal diri sendiri. Apakah kekuatan anda? Apakah kelemahan anda? Setelah mengenali diri, cubalah untuk memperbaiki kelemahan diri tersebut dan memperkuatkan kelebihan diri anda supaya anda dapat berubah ke arah yang lebih positif dalam membina kerjaya di masa akan datang.
3. Mempunyai minat
Setiap impian yang hendak dicapai adalah bermula dengan minat. Jika kita minat dengan bidang yang dipilih kita akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk capai apa yang telah kita impikan itu. Tidak semua orang berminat dalam berniaga tudung, baju, kasut atau mekap. Mungkin anda meminati bidang kek dan pastri contohnya. Jadi apa kata anda cuba mengusahakan minat tersebut menjadi kerjaya? Bak kata pepatah ‘jika anda berada dalam bidang yang anda minat, anda tidak merasa seperti bekerja sehari pun dalam hidup anda’.
4. Sering mencari pengalaman baru.
Pengalaman baru dapat membantu kita untuk mendapatkan pengetahuan untuk dijadikan sebagai inspirasi serta idea dalam meningkatkan keyakinan diri kita bagi mencapai impian yang diinginkan. Sertai kumpulan sukan baru. Ikuti kelas pendidikan untuk meningkatkan ilmu. Cuba merantau ke tempat baru. Kadangkala perubahan ini memberi idea segar kepada anda dalam minat dan kerjaya anda.
Untuk wanita berketerampilan seperti anda, selepas ini jangan risau tentang penampilan diri anda lagi kerana anda akan tampil lebih bergaya dan classy dengan Twist & Spray Class. Class ini sangat sesuai dengan personaliti anda kerana wangiannya yang lembut tapi formal, cukup sesuai untuk wanita-wanita korporat. Mesti tak sabar kan nak dapatkan Twist & Spray Class ni sebab nak aura personaliti anda terserlah untuk memukau mata orang lain. Jadi tunggu apa lagi klik link di bawah untuk dapatkan Twist & Spray Class anda sekarang sebelum anda terpaksa berputih mata.
www.dexandra.com/chooseyours