Top 10 Wangian Kesukaan Kaum Cina

18 January 2019 Zatul Akma Uncategorized

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting bagi mereka berbangsa Tionghua. Ia melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Tidak lupa juga, buah tangan dan hadiah diberikan kepada ibu bapa atau mereka yang lebih tua sebagai tanda penghargaan dan kasih kepada mereka.

Antara buah tangan yang popular adalah makanan seperti daun teh, oren dan kuih-muih. Bagi yang tidak gemarkan makanan, pemberian wangian juga popular di kalangan warga muda China.

Namun, tidak semua jenis wangian menjadi kegemaran orang Cina. Umumnya, mereka menggemari wangian lembut, halus dan floral sebagai wangian harian mereka. Mereka juga menggemari aroma yang mempunyai dua fungsi iaitu wangian yang membawa sifat teraputik atau dapat mencegah penyakit. Berikut adalah aroma-aroma yang digemari oleh kaum Cina pada masa kini.

Limau mandarin menjadi pilihan sebagai salah satu bahan yang digunakan dalam penghasilan minyak wangi. Aroma buahan tropika yang amat manis ini melambangkan kekayaan dan kemakmuran bagi orang Cina. Warnanya yang kuning terang adalah simbol ‘yang’ dalam yin-yang dan juga diibaratkan seperti matahari. Minyak wangi yang berasaskan limau mandarin dapat memberi imej yang elegan dan eksklusif kepada si wanita dan sangat sesuai untuk digayakan pada hari keramaian seperti Chinese New year (CNY).

Jika anda ingin mendapatkan wangian yang mempunyai bauan seperti ini, anda boleh mencuba wangian De’Xandra iaitu ELENOR. ELENOR sesuai digunakan oleh semua jenis umur, kerana baunya yang feminin dan lembut serta ringan untuk penggunaan harian.

Orkid atau anggerik bagi orang Cina, bukan sekadar hiasan taman. Spesis Dendrobium officinale contohnya, telah lama digunakan sebagai ubatan herba dalam rumusan ubat tradisional Cina. Dalam wangian pula, biasanya orkid genus Catteleya digunakan atas aromanya yang manis, segar, dan harum seperti bedak.

Jika anda ingin mendapatkan wangian yang mempunyai bauan seperti ini anda boleh mencuba wangian De’Xandra iaitu DELUNA. DELUNA sesuai untuk golongan yang berusia 20-30 tahun dan DELUNA merupakan pilihan yang sesuai digunakan untuk suasana petang.

Peony adalah simbolik ‘kekayaan dan kehormatan’ dalam budaya Cina, dengan seribu kelopak yang menceriakan serta bau yang harum semerbak. Ia bukan saja digunakan sebagai bunga hiasan, malah dipercayai mempunyai khasiat perubatan serta lazat dibuat minuman. Tidak hairanlah ia menjadi bunga kegemaran para sarjana dan raja-raja China sejak zaman Dinasti Tang.

Jika anda ingin mendapatkan wangian yang mempunyai bauan seperti ini anda boleh mencuba wangian De’Xandra iaitu CHALEUR. CHALEUR mempunyai bauan seperti fruity-floral yang sangat lembut dengan campuran bau buah delima, bunga peony dan buah lemon. Perfume ini memang senang untuk membuat pengguna jatuh cinta dan jadi pengguna tetap De’Xandra.

Teratai tumbuhan akuatik yang amat sinonim dengan kepercayaan Buddha. Hidup di dalam air, memekarkan kuntuman bunga yang indah, tetapi juga melambangkan kesucian, keteguhan peribadi, dan kehormatan diri. Tumbuhan daripada famili nymphaeaceae ini juga adalah simbol perkahwinan atau penyatuan dan selalu menjadi hiasan majlis perkahwinan. Dua bunga yang tumbuh dari batang yang sama diibaratkan sebagai penyatuan hati dua jiwa.

Jika anda ingin mendapatkan wangian yang mempunyai bauan seperti ini anda boleh mencuba wangian De’Xandra iaitu NEMESIS. NEMESIS ini mempunyai bau seakan bau lautan yang dicampur dengan buah-buahan citrus yang sangat segar dan lembut. Baunya tidak terlalu pekat dan sedap untuk dihidu sepanjang masa.

Bunga magnolia atau “orkid jed” jika diterjemah dari dialek Cina, menjadi bunga yang selalu ditanam di taman-taman bunga sekitar kuil Buddha. Ia dikatakan simbol kepada kesucian diri. Bukan sahaja mempunyai kecantikan, magnolia juga mempunyai wangiannya yang tersendiri. Baunya kuat walaupun tidak terbuka sepenuhnya dan bauannya agak sedap dibau dan amat manis.

Jika anda ingin mendapatkan wangian yang mempunyai bauan seperti ini anda boleh mencuba wangian De’Xandra iaitu MARILYN. MARILYN selalunya menjadi pilihan wanita yang bekerja di kawasan dalam pejabat. bagi wanita yang mahu merasa berbeza dan unik daripada wanita lain, wangian ini sangat sesuai untuk dijadikan pilihan kerana wangian ini memberi tenaga dan kekal sepanjang hari.

Buah peach adalah antara buah yang cukup menyegarkan dari segi rasa dan aromanya. Bauan semulajadi pic adalah manis-lembut. Ia juga menarik kerana bunganya kembang sebelum daunnya tumbuh, yang menurut budaya Cina melambangkan ‘panjang umur’. Tidak hairanlah menjadi buah kegemaran para raja dan bangsawan di China.

Jika anda ingin mendapatkan bauan wangian yang berjus manis pic, anda boleh mencuba wangian De’Xandra iaitu Belle.  Pasti akan buat anda ceria sepanjang hari.

Rose (China Rose)— aroma floral ros tidak asing lagi dalam dunia wangian. Perfume menggunakan proses penyulingan bunga ros diperkenalkan oleh Ibnu Sina. Aroma air mawar yang dihasilkan sangat harum, feminin dan menyenangkan menyebabkan proses ini menjadi popular ke seluruh dunia.

Terdapat banyak wangian ros namun jika anda ingin mendapatkan bauan ros yang yang harum seperti bedak, romantik, dan feminin, anda boleh mencuba wangian De’xandra iaitu Marilyn.

Orange Blossom— Selain daripada buah oren, putik bunga oren juga terkenal sebagai wangian. Kuat, segar dan manis-manis aromanya, bunga ini biasanya dipetik dari pokok oren yang pahit (Bitter Orange) yang biasanya hidup di Himalaya. Wangian ini sangat sesuai untuk digunakan untuk sebarang perayaan terutamanya perkahwinan. Ia dikatakan bauan yang boleh mengghairahkan! Tidak hairanlah dalam kepercayaan Cina, bunga oren dikaitkan dengan kesuburan dan pertambahan rezeki.

Jika anda ingin mendapatkan bauan wangian yang mengandungi orange blossom seperti ini, anda boleh mencuba wangian lelaki De’Xandra iaitu Titus.

Lychee sesuai untuk wanita yang sukar difahami, tegas tetapi mempunyai kehebatan tersendiri dan lelaki sofistikated yang inginkan perhatian. Terbukti keunikkan laici ini akan memberi erti kepada si pemakai. Harumannya adalah gabungan nota ros, halus dan berjus seperti buah-buahan tropika. Ia juga amat digemari oleh para bangsawan dan raja di China.

Jika anda ingin mendapatkan bauan wangian yang menggabungkan keharuman laici bersama bunga-bungaan lain seperti ros, anda boleh mencuba wangian De’Xandra iaitu Lady Rose.

Bunga Melur yang dikenali juga sebagai Jasmine merupakan tumbuhan yang terkenal di Kepulauan Melayu seperti Malaysia dan Indonesia. Namun bunga melur juga cukup popular di kalangan orang Cina sehinggakan diabadikan dalam lagu rakyat mereka, Mo Li Hua;

“好一朵美丽的茉莉花 (2x)
芬芳美丽满枝桠
又香又白人人夸
让我来将你摘下
送给别人家
茉莉花呀茉莉花”
(Bunga melur yang indah, melur yang indah
Harum dan cantik
Termasyhur sebagai yang harum dan putih suci
Benarkanlah aku memetik kamu
Untuk ku kongsikan bersama mereka yang lain
Oh melur, oh melur)

Sepertimana lagu ini, bunga melur bukan sahaja dipetik untuk dijadikan haruman, malah ia diberikan sebagai hadiah kepada yang tersayang dan dijadikan teh jasmine.

Disebabkan keharumannya yang amat menyenangkan, kebanyakan wangian De’Xandra yang lelaki mahupun yang perempuan mempunyai aroma melur ini. Namun jika anda ingin wangian melur yang diserikan dengan kelembutan bunga gardenia serta aroma oren mandarin, anda boleh mencuba wangian De’Xandra iaitu Grace.

Terdapat banyak lagi aroma yang terkenal di dalam masyarakat Cina. Namun sampai sini dulu untuk kami nukilkan. Ada masa, kami kongsi lagi. Sebelum itu, kami nak tanya — wangian mana anda paling suka? 🙂