Inilah 10 Wangian Romantik Yang Terbaik

12 February 2019 Izzati Hassan Uncategorized

Hari kasih sayang menjelma tiba lagi tahun ini! Samada anda merayakannya atau tidak, tentunya garis masa media sosial anda dipenuhi perutusan bertemakan kasih sayang. Tidak kurang juga iklan-iklan menjual bunga, coklat dan promosi makanan bertemakan ‘couple’.

Tahun ini apa kata kita ubah sedikit selera kita. Dengan memberi dan menggunakan perfume yang bertemakan cinta dan kasih sayang. Aroma-aroma dalam wangian biasanya dikaitkan dengan sesuatu ‘feeling’ atau ‘mood’, jadi tentunya ada aroma yang memberikan mood romantik. Di sini kami senaraikan 10 aroma dalam wangian yang mempunyai sisi tersebut. Jom baca!

Top 10 wangian romantik

1. Ros – Aroma ini tidak lagi asing dalam tema cinta dan kasih sayang. Ros dengan aroma yang lembut, ‘powdery’, dan selesa sering menjadi perlambangan. Lady Rose untuk De’Xandra  Women adalah antara bestseller bau ros yang boleh tahan kuatnya. Untuk penggemar bunga ros, ini biasanya pilihan nombor satu mereka!

2. Tonka Bean – Kacang tonka ini mempunyai bau antara campuran vanila, almond, zafran, kulit kayu manis dan cengkih. Pada zaman dahulu ia dibuat teh kerana dipercayai boleh menenangkan jiwa, menghilangkan rasa susah hati dan kesedihan. Kini ia lebih popular dalam wangian kerana aromanya yang menggoda, memikat dan bersemangat. Helena, wangian De’Xandra Women mempunyai aroma ini pada not dasarnya, menyebabkan ia sesuai dengan wanita jenis ‘daring’ dan penggoda.

3. Coklat – Aroma ini juga tidak asing lagi bagi dunia romantik. Dikatakan aroma dan rasa coklat menaikkan syahwat dan meningkatkan mood seorang wanita, sebab itulah ia cukup popular sebagai hadiah untuk memikat kaum hawa. Angela DX Rare bagi De’Xandra mempunyai aroma ini, memberikan dimensinya yang cukup unik pada si pemakai, yang tentunya menyebabkan orang menoleh dua kali.

 

4. Orange blossom – Berbeza dengan coklat dan tonka bean yang aroma agak sensual, putik bunga oren ini lebih lembut dan ‘sopan’. Ia sering digunakan dalam majlis kahwin pada zaman dahulu kerana melambangkan kesuburan dan keharmonian rumahtangga. Aroma ini sesuai untuk dihadiahkan kepada wanita yang lebih konservatif atau kata lainnya ‘control ayu’. Tak percaya? Cuba bau Belle dari De’Xandra Women.

5. Ylangylang (Kenanga)- Pada zaman dahulu, kaum lelaki dari Eropah menggunakan minyak rambut ‘Macassar Oil’ yang diperbuat dari kenanga dan minyak kelapa untuk membuatkan rambut mereka berkilat, wangi dan terletak. Untuk wanita pula, ia biasanya digunakan sebagai aromaterapi bagi menyembuhkan masalah dalaman wanita. Dikatakan juga kenanga ini mempunyai kebolehan memikat dengan baunya yang menaikkan syahwat dan erotik, maka tidak hairanlah ia digunakan dalam wangian yang stail menggoda dan ceria. Kenal wanita begini? Hadiahkan Lozen dari De’Xandra Women untuk mereka.

6. Vanilla – manis, menyenangkan, menggamit jiwa, siapa tak kenal bau vanila? Kehebatan aroma ini terkenal seluruh dunia hingga dijadikan apa saja dari pewangi kepada alatan mandian, makanan, dan minuman. Versatiliti vanila menyebabkan ia antara aroma yang paling kerap dihasilkan samada secara sintetik mahupun asli. Inginkan rasa vanila dalam wangian anda? De’Xandra Men dan Women kedua-duanya mempunyai perfume vanila – Deluna untuk wanita dan Zephyr untuk lelaki.

7. Jasmine – Jasmine atau melur amat dikenali dalam masyarakat Nusantara. Ia lazimnya dijadikan hiasan rambut pengantin orang Aceh dan dijadikan mandian bunga orang Melayu. Oleh itu seperti orange blossom, wangian ini juga dikaitkan dengan keharmonian dan perkahwinan. Dapatkan wangian yang beraroma melur dari De’Xandra seperti Grace, Zahra, Chaleur dan banyak lagi.

8. Lavender – Dikenali sebagai wangian yang kuat tapi menenangkan, lavender juga digunakan secara meluas sebagai wangian, penambah perisa makanan dan minuman.  Wangian lavender mempunyai kemanisan dan kadangkala sedikit ‘berangin’ dan ‘berherba’, oleh itu ia banyak digunakan dalam wangian lelaki.  Ada kajian dari Turki yang menyatakan aroma lavender mengurangkan stress di kalangan isteri-isteri yang baru bersalin. Jadi pakailah perfume dengan aroma lavender seperti De’Xandra for Men, Clubman. Moga-moga mudah sejuk hati si isteri dengan anda

9. Musk – Kasturi atau Musk tidak asing lagi dalam wangian lelaki. Ia sebenarnya daripada kelenjar dalam sejenis rusa dari Asia Tengah, Rusa Kasturi. Sepertimana aroma ini digunakan rusa jantan untuk menggoda rusa betina, dikatakan aroma ini juga memikat orang perempuan juga! Hampir semua wangian lelaki dari De’Xandra mempunyai Musk, termasuklah Nemesis dan Blaze, wangian for Men yang paling popular dalam De’Xandra.

10. Black pepper – Ya, lada hitam sememangnya nampak ganjil dalam senarai ni. Tapi siapa sangka sedikit ekstrak lada hitam yang dicampurkan dengan aroma lain seperti lavender, cendana, kenanga, ros atau melur, memberikan lebih ‘wow factor’ dalam wangian itu. Kehangatan lada hitam menaikkan dan menarik perhatian seseorang kepada anda dan membuatkan mereka lebih teringin untuk mendekati anda. Tak percaya? Jom cuba Romeo dari De’Xandra. Confirm terangkat!

Kalau nak diikutkan hati, semua wangian De’Xandra adalah romantik. Tapi kalau mengikut pengalaman, 10 aroma ni lah yang akan membuatkan si dia ekstra terpikat sempena hari istimewa ni. Samada untuk dipakai sendiri ataupun dihadiahkan kepada seseorang, kami pasti ada wangian untuk anda. Selamat mencuba!