Tips Bersihkan Perfume Tumpah – No. 5 Paling Pelik!

Bayangkan, masa sedang sibuk memasak dan mengemas, si kecil senyap saja bermain di suatu sudut rumah. Biasalah, kita katakan dalam hati. Tiba-tiba terdengar bunyi pecah. Lalu satu bau yang amat dikenali meresap ke dalam hidung. Bukan biasa-biasa- sepuluh kali ganda kuat baunya. Kita pun menoleh mencari punca aroma. Nampak si kecil terdiam sendirian dengan sebuah botol di lantai.
Alamak, perfume kita lah!!
Anak-anak kecil memang aktif. Lagi-lagi dalam fasa ‘mengembara’ mereka. Habis semua benda dalam rumah nak dicuba. Semua benda di dalam rumah menarik perhatian dia. Termasuklah wangian kesayangan kita. Pantang lepa dibiar sebentar di atas meja. Tau-tau aje, dah tumpah atau habis dipakai. Waduh!
Perfume ni pula, macamana suka pun kita pada aroma dia, kalau satu botol terkeluar isinya pening jugak kepala. Jadi untuk membantu korang, kami sediakan tips-tips menanggalkan wangian pada permukaan rumah mahupun pada badan sikecil. Semoga bermanfat!
Tips #1
Pes Baking Soda
Baking soda atau soda bikarbonat adalah ramuan wajib dalam dapur masakan sejak dulu lagi. Antara jenama yang biasa kita lihat ialah Arm and Hammer (kotak oren), Royal (tin warna merah) dan Kings (botol biru). Selain daripada memasak, produk ini juga sangat berguna untuk menyerap bau yang tidak diingini terutamanya pada fabrik seperti karpet dan kusyen sofa. Hanya ambil beberapa sudu dan campurkan air untuk dijadikan pes. Sapukan pada karpet, baju, atau sofa anda. Biarkan sehingga kering kembali menjadi serbuk lalu sapu atau vakum. Insyaallah hilang diserap tepung soda tu, kalau ada lagi bau ulang sama sekali lagi.
Tips #2 – Cuka
Cuka mempunyai sifat yang berasid, dan juga mempunyai kekuatan untuk meneutralkan bau. Tidak hairanlah di zaman dulu ia juga digunakan untuk membersihkan rumah. Caranya, masukkan sedikit cuka ke dalam botol semburan, atau tuang pada kain lap, dan sembur atau tutup tempat berbau itu dengan cuka. Mula-mula ruang anda akan dipenuhi dengan bau cuka yang kuat, tapi lama-kelamaan bau itu akan pudar, dan membawa bau perfume tu bersama. Kelebihan menggunakan cuka ini ialah ia juga boleh digunakan pada rambut untuk membuang wangian tak menyenangkan.
Tips #3 –Baby oil
Baby oil amat sesuai untuk permukaan seperti kayu dan juga permukaan kulit manusia. Sesuai terutamanya jika wangian tertumpah ke atas tubuh badan dan perlu dicuci segera. Hanya tuang baby oil pada badan, urut-urut sehingga serap, dan mandikan diri dengan air dan sabun seperti biasa. Selain dari baby oil, boleh juga gunakan minyak lain seperti almond, jojoba atau grapeseed.
Tip tambahan untuk penggemar perfume: bawa sekali minyak ini dalam putik kapas semasa sedang ‘testing’ perfume di kedai untuk memudahkan anda menanggalkan bau yang tidak diingini. Dan jika anda mempunyai kulit dengan aroma natural yang membuatkan aroma wangian anda berubah, cuba sapukan baby oil pada kulit sebelum meletakkan perfume anda.
Tips #4 – makeup remover
Makeup remover juga sama seperti baby oil – kedua-duanya boleh menyerap dan memerangkap molekul wangian. Cari jenis makeup remover yang diformulasi khas untuk mekap kalis air. Cara penggunaan sama seperti baby oil, hanya pedapkan sikit pada kulit dengan pad kapas hingga hilang baunya.
Tips #5 – deodoran dan sabun basuh
Idea ini jarang disebut tapi khabarnya menjadi untuk tumpahan terutamanya pada kulit. Iaitu menggunakan kombinasi dua barangan dalam rumah korang yang paling tak disangka iaitu deodoran dan sabun basuh! Caranya sapu kulit anda dengan deodoran, biar selama beberapa minit. Kemudian gunakan detergen (pastikan yang tiada bau juga), dan gunakan ia untuk mencuci deodoran itu dari kulit. Khabarnya aroma kulit anda akan reset balik ke sediakala tanpa bau wangian langsung! Betulkah? Kami belum pernah try lagi tapi khabarnya yang pernah cuba mengakui ia menjadi.
Manakah antara tip ini yang anda ingin cuba? Share jika berminat!