Tips Berniaga: Tanda-tanda pelanggan ingin beli pewangi anda.

18 October 2018 Izzati Hassan Tips

Bayangkan situasi ini.

Ada pelanggan datang booth atau kiosk anda. Firasat anda kuat mengatakan dia berminat untuk membeli produk anda. Anda bersungguh-sungguh menerangkan tentang pewangi kepadanya dari A-Z dan menunjukkan semua 35 SKU yang ada…sehingga dia tiba-tiba berundur dan mengatakan tak jadi membeli! Anda cukup terkejut, apa yang dah jadi? Tak sempat nak close, prospek sudah lari.

Sebenarnya, jika pelanggan di dalam mindanya sudah berhasrat untuk membeli, namun anda sambung bercakap dan tidak cuba ‘closing’ mereka, ia akan membuatkan pelanggan tidak selesa dan mungkin sekali terus membatalkan pembelian. Jadi bagi pelanggan yang tidak menzahirkan hasrat mereka untuk membeli, macamana caranya untuk anda meneka bahawa mereka berminat, sekaligus, terus melakukan closing?

Mudah sahaja, dengan melihat gaya bahasa tubuh serta ayat tersirat mereka. Antaranya:

  1. Menangguk-angguk dan melihat mata anda ketika bercakap – tandanya dia sudah berminat dengan produk anda. Terus tawarkan harga yang terbaik dan minta mereka membayar sebelum minat mereka hilang!
  2. Bertanyakan lebih lanjut tentang produk – contohnya “Ada pewangi ni yang bau fruity lebih sikit tak”. Tandanya mereka sudahpun berniat membeli pewangi, cuma mahukan yang lebih sempurna. Cadangkan satu dan terus closing.
  3. Mereka menggunakan ayat-ayat pemilikan – Mereka sudahpun membayangkan apa berlaku jika mereka menggunakan pewangi anda. “Hm, Zahra ni sesuai lah pakai ke office saya.”
  4. Bila pelanggan mula berbincang tentang harga – Walaupun belum berkata “saya nak beli”, bertanya tentang harga dan diskaun sudahpun menandakan mereka berminat. Apalagi jika mereka tiba-tiba bertanya “beli banyak dapat diskaun tak?”, mungkin mereka ingin belikan untuk rakan-rakan atau keluarga juga.Terus berikan tawaran yang paling baik ya!
  5.  Jika berniaga online, apabila pelanggan bertanya tentang postage – Soalan “bayar harini bila pos?” biasanya menandakan  pelanggan mempunyai wang dan tidak sabar untuk mendapatkan produk anda.
  6. Bila pelanggan bertanya soalan tentang jaminan produk – Soalan seperti “tahan lama tak?” “kalau botol pecah masa pos, macamana?” Bukan bermakna mereka sangsi dengan anda. Tapi mereka sendiri kurang berkeyakinan dan perlukan jaminan dari anda. Jika anda berjaya membuatkan mereka rasa selamat, mereka bukan saja akan membeli, malah menjadi pelanggan tetap anda.

Jadi ini antara tips yang admin dapat kongsikan untuk semua reseller di luar sana. Semoga ia dapat membantu dalam menjalankan pernigagaan De’Xandra anda dengan lebih baik. Jumpa lagi di masa akan datang!