Tenang di Tahiti

24 December 2018 Izzati Hassan Uncategorized

Tahiti, negara kepulauan kecil di antara benua Amerika, Eropah dan Australia, merupakan gugusan pulau pasifik yang berhawa panas tropika sepanjang tahun. Tahiti terkenal dengan lautnya yang biru, pantainya yang hitam, gunung-ganang yang tinggi serta masyarakat yang masih mengekalkan kesalian budayanya.

Tahiti mempunyai beberapa pulau kecil termasuk Pulau Bora-Bora yang cukup terkenal di seluruh dunia. Gugusan pulau-pulau ini terbentuk dari hasil letusan gunung berapi dan dikelilingi batu karang menjadikan pesisir pantainya cetek. Oleh sebab topografi yang unik ini, ombaknya dikatakan antara yang terbesar di dunia. Oleh itu ia menjadi persinggahan para peluncur serta tempat berlangsungnya pertandingan luncur air dari seluruh dunia. Selain daripada itu warga Tahiti juga mempunyai sukan mendayung kanu dinamakan sukan Va’a. Tidak hairanlah antara team sukan dayung terhebat dunia datang dari Tahiti!

Tahiti juga merupakan tempat lahirnya ‘black pearl’ atau mutiara Tahiti. Mutiara yang dihasilkan di sini berona hitam berkilat, dan lebih hitam lebih tinggi harganya. Selain itu juga Tahiti merupakan tempat asal bunga Tiare atau dipanggil bunga Gardenia Tahiti, yang juga digunakan dalam wangian kerana baunya yang harum. Biasanya warga Tahiti merendam bunga Tiare di dalam minyak kelapa untuk menghasilkan minyak wangi yang juga melembutkan kulit. Kini Tiare juga digunakan dalam wangian komersil namun disebabkan ia sukar didapati, wangiannya agak mahal.

Bunga ini juga dikatakan menjadi penanda status seseorang. Gadis Tahiti yang menyelit bunga ini di kiri telinga menandakan mereka sudah berpunya, manakala di kanan telinga bermaksud mencari pasangan. Jangan tersilap ya!

Tidak berkesempatan ke Tahiti? Jangan risau, wangian kami boleh membawa anda ke sana, bila-bila masa, dan di mana jua. Ambil mood ala Tahiti dengan menyembur wangian DX Blossom untuk si gadis serta DX Primus untuk si jejaka. DX Blossom yang beraroma sitrus floral, cukup lembut dan romantis sesuai digunakan ke pantai. DX Primus membawakan mood ‘asli’ dengan aroma segar kehijauan, sesuai bagi para pencinta eco-travel.