Sydney Kota Gadis Ceria

18 December 2018 Izzati Hassan Uncategorized

Sydney, Australia sering menjadi tempat kunjungan warga Malaysia sejak dahulu lagi. Selain dari jaraknya yang agak dekat dengan kita, kota metropolitan moden ini juga setanding dengan kota-kota Barat besar seperti London, Paris, dan New York. Dipenuhi infrastruktur moden dan cantik, ia cukup menggamit kita untuk datang lebih dari sekali.

Jika anda ke Sydney, bangunan yang pertama anda akan lihat dari kapalterbang adalah Sydney Opera House. Bangunan ini ikon bandar Sydney kerana reka bentuk bumbungnya yang unik. Sepertimana Istana Budaya di Malaysia, di sini juga tempatnya untuk semua pelancong menikmati persembahan kebudayaan dan hiburan. Jika anda tidak berapa minat persembahan seni, tak apa! Anda boleh duduk di jambatan Sydney Harbour pada malam hari dan melihat persembahan cahaya laser yang memukau.

Terdapat juga pusat membeli-belah besar yang memuatkan semua jenama terkenal eksklusif  dari negara mereka seperti Bonds, Billabong, Cotton-On, Aesop Skincare, dan Hungry Jack. Jika membeli-belah bukan kegemaran anda, anda boleh juga ke pantai Bondi melihat para peluncur laut. Jika anda melawat dengan anak-anak pula, pastikan anda melawat Sea Life Aquarium untuk haiwan laut yang menarik, atau Zoo Sydney untuk melihat haiwan-haiwan marsupial seperti koala dan kanggaru yang hanya terdapat di benua Australasia ini.

Andainya anda berpeluang ke Sydney dalam masa terdekat, jangan lupa bawa bersama wangian De’Xandra yang sesuai. Bukan sahaja ia tahan lama, wangi, malah bekasnya juga mudah dibawa dalam penerbangan. Kami sarankan anda mendapatkan dua perfume Rare ini – DX Rose untuk wanita dan DX Black untuk lelaki. Bau bunga yang manis dalam DX Rose sesuai untuk kegunaan harian gadis-gadis muda ceria terutamanya jika anda ke sana pada musim bunga. DX Black pula manis, hangat dan sedikit berempah, sesuai untuk menaikkan mood percutian bagi seorang jejaka.

Apalagi, jom ke Sydney bersama De’Xandra VacayScent Sale!