Sunnah Di Pagi Raya

23 May 2019 De'Xandra Titipan Wangian Ramadhan

Hari Raya Aidilfitri akan disambut oleh semua umat islam pada 1 Syawal pada tahun Hijrah. Hari Raya Puasa, ini merupakan hari raya bagi kesucian manusia. Aidilfitri adalah hari umat Islam menyambut kemenangan kerana telah berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadan dan menghalang diri melakukan perkara dilarang.

 

Sambutan Aidilfitri ini adalah saat terbaik untuk kita mengeratkan hubungan silaturahim sesama umat kerana ia sudah menjadi budaya bukan sahaja budaya bagi umat Islam, malah masyarakat pelbagai agama dan bangsa di negara ini juga mengamalkan budaya saling kunjung-mengunjung pada hari raya.

 

Di hari raya suasana harmoni dan keamanan dapat kita rasai di saat sanak saudara, sahabat handai serta jiran tetangga datang berkunjung ke rumah sepanjang Syawal. Pelbagai juadah yang dihidangkan buat tetamu lagi memeriahkan suasana raya. Namun, jangan lupakan perkara-perkara yang amat digalakkan untuk dilakukan semasa tarikh 1 Syawal nanti:

 

Amalan Sunnah Di Pagi Hari Raya Aidilfitri

  1. Mandi di pagi Aidilfitri – Tidak kira samada anda hanya duduk di rumah sahaja di pagi raya mahupun anda ke masjid, mandilah seperti biasa. Cuma jangan lupa niat mandi sunat Aidilfitri ya.

 

  1. Memperindah diri di pagi Aidilfitri – berpakaian kemas dan bersih amatlah disarankan pada 1 Syawal. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah, ahli keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Ia memberikan mood kegembiraan dan kemenangan bagi sesiapa yang melihatnya.

 

 

  1. Takbir Aidilfitri – Takbir kini disiarkan di TV dan radio sepanjang pagi raya. Tapi melagukannya sendiri bersama-sama rakan di taman perumahan atau di masjid pada sembahyang raya lebih feel daripada hanya mendengarnya sahaja!

 

  1. Makan sebelum keluar bersolat Aidilfitri – Rasulullah SAW tidak akan keluar dari rumah pada pagi raya melainkan dengan sedikit alas perut, sekurang-kurangnya kurma. Biarpun anda mungkin risau lewat sampai, ambillah sebutir kurma dan seteguk air dulu. Moga mendapat tenaga untuk bersolat dan bertakbir Raya.

 

 

  1. Berjalan kaki ke tempat solat Aidilfitri – Setiap langkah kita ke masjid adalah pahala. Namun bagi yang rumahnya agak jauh dari masjid, tak perlulah menapak seawal Subuh untuk sampai pada masanya – cukuplah sekadar menggunakan kenderaan ke masjid dan parkir di tempat yang disediakan sebelum sambung berjalan kaki. Yang penting elakkan menghalang lalulintas dengan parkir menghalang pagar dan jalan utama masjid ya!

 

  1. Pulang dari solat Aidilfitri jalan berbeza – amatlah digalakkan untuk menggunakan jalan yang paling jauh semasa pergi dan jalan yang paling dekat semasa pulang dari sembahyang Raya. Ini memberikan pahala yang maksimum kepada anda sebagai pengunjung masjid. Nak lebih lagi? Kalau pakai kenderaan, tumpangkan kawan!

 

  1. Bergembira pada hari Aidilfitri – sentiasa ceria dan bergembira pada hari ini. Lupakan sebentar kerisauan di dalam hati. Hari Raya kan sekali setahun!

 

 

  1. Bermaaf-maafan di pagi Aidilfitri – Raya ialah peluang untuk anda bertemu rakan dan saudara lama. Jadi ini juga masanya untuk memohon maaf atas kesilapan dan kekhilafan yang mungkin berlaku sepanjang tahun lepas.

 

  1. Menziarahi Kubur di pagi Aidilfitri – Kadangkala anda hanya pulang ke kampung sekali setahun, atau dua kali setahun bagi yang telah berkahwin. Maka, ambil peluang ini untuk menziarah dan membersihkan kubur lama mereka yang telah tiada. Jangan lupa mensedekahkan ayat Al-Quran atas nama mereka.

 

https://youtu.be/1eSXyUK6XbE